Kerusi yang berada di luar rumah di duduki nya untuk menghirup udara segar pada waktu malam.Matanya melihat langit yang dipenuhi bintang pada malam itu.Senyuman di bibir terukir manis.
"Tak ada yang lebih indah selain bintang yang berada di langit pada waktu malam..perfect view" Ucap Hanis memuji ciptaan Allah SWT.Ya,Dia selalu melihat langit pada waktu malam dan melihat bintang yang berselerak penuh indah di atas langit.
Beberapa minit kemudian terlihat kereta Berjenama Myvi yang tak asing di matanya memarkir di depan rumah sewa nya itu.Hembusan nafas di lepaskan perlahan.Ya! dia tahu siapa yang datang malam-malam begini..siapa lagi kalau bukan Nor.
"Apa lagi kau nak?"
Belum sempat Nor masuk kedalam rumah sewa Hanis.Wajah sinis Hanis sudah memberi tahu segalanya.
"Bukalah dulu pagar ni,bagi aku masuk dulu.." mohon Nor.
Pandangan tajam di keluarkan oleh Hanis kepada Nor.
Hembusan nafas kasar dikeluarkan oleh hanis.malas mahu buka pagar sebenarnya..tapi walaubagaimanapun Nor tetap kawannya,takkan dia mahu halau pulak kan?
Kaki melangkah menuju ke arah pagar.Kunci pagar dibuka perlahan.Nor melangkah lalu mula duduk di kerusi luar rumah Hanis.Matanya tak habis-habis melihat wajah Hanis dengan penuh harapan.
Dia masih nekad mahu meneruskan rancangan nya itu.Hanya ini yang terbaik untuk dirinya dan anaknya Mika.
"Apa hal kau datang sini..jangan cakap kau nak paksa aku kawin dengan duda kau tu lagi.kau tahu kan apa jawapan aku"
Bawah bibir digigit oleh nor.memang itu yang dia mahu bincangkan sekarang ini.
"Is ..kau je yang boleh tolong aku..ini je satu-satu nya jalan untuk aku jumpa anak aku..kau faham situasi aku sekarang kan..please Tolong aku" Rayu Nor .Dia sudah tak boleh fikir lagi cara lain untuk berjumpa dengan anaknya itu.Ini sahaja satu-satu nya jalan.
Hanis memutarkan anak matanya 360 darjah.Ingat dia apa? suka-suka suruh dia kawin dengan duda,Ingat dia tiada rasa malu? nanti apa ibu dan abah nya katakan kalau tahu tentang hal ini.Ditambah lagi mulut-mulut orang kampung.
Kepala digeling pantas oleh Hanis.Tak dapat dia bayang kan hal buruk itu akan terjadi nanti.Kawin dengan duda kawan sendiri ? logik ke?!
"aku bukan tak nak tolong kau tau..tapi ni melibatkan masa depan aku..kau faham kan.kalau aku kawin dengan duda kau sebab aku kesian kan kau..tak ada makna.Lagipun macam mana aku nak kawin dengan dia kalau aku tak cinta kan dia dan dia tak cintakan aku.." Luah Hanis .Jujur dengan isi hatinya.Dia tak mahu menyesal dikemudian hari sahaja nanti.
Nor yang mendengarkan setiap bait perkataan dari Hanis terdiam membisu.
"Kau ingat soal kawin ni boleh main-main ke Nor..aku macam ni pun aku tak nak ada kata cerai dalam hidup aku"Sambung Hanis lagi bila melihat Nor sudah terdiam menunduk ke lantai.
Kepalanya di donggakkan kembali menghadap Hanis.
"Kalau kau jadi aku ..kau akan buat benda yang sama juga is,dah lah aku balik dulu"
Sebaris kata sayu daripada Nor memenuhi ruang telinga hanis kini.Matanya melihat tepat ke arah sosok nor yang sudah masuk kedalam kereta myvi.kemudian,kereta itu berlalu dari situ.
Hembusan nafas perlahan dilemparkan oleh Hanis.
"Dah gila agaknya..suruh aku kawin dengan duda dia..ingat aku apa?kutip bekas orang..arhh.."Kata sinis daripada hanis.sebelum dia melangkah mengunci pintu pagar kembali dan masuk kedalam rumahnya.Malas lah dia mahu fikirkan lagi tentang nor.buat sakit kepala sahaja!
***
Jaket hitam dipakai oleh Hanis kemas .Helmet yang berada di atas meja di ambil lalu dilap terlebih dahulu sebelum memakai nya.
Motorsikal berjenama Yamaha Y15ZR sudah tersedia di hadapan rumahnya.terus sahaja dia menutup pintu lalu mengambil kunci motor untuk menstart motor nya itu.Cermin motor dilihat terlebih dahulu untuk membetulkan sedikit rambutnya.
Ok siap!
________________
Entah mengapa fikirannya masih terganggu oleh kata-kata Nor semalam.Kepala digeling nya pantas melarikan fikiran nya itu.
Prkkkkkkkkkkkk!!!!!!
Namun tiba-tiba sahaja motornya hilang kawalan lalu terjatuh di tepi jalan raya.Kakinya yang terhempit motorsikal cepat diselamatkan nya.Dia berdiri tegap sambil membuka helmet nya.
Terlihat satu kereta mewah berjenama Mazda belakang nya kini.dia memang pantang kalau ada kereta yang langar dia sampai jatuh seperti itu.Amboi! sudah salah langar orang langsung tidak keluar untuk meminta maaf ! memang nak kena dengan Hanis !
"Woi!!! keluar! kurang ajar betul! dah aku tergolek macam ni ..kau masih nak sembunyi kat dalam kereta!" Marah Hanis .kesal dengan sikap tak sopan pemilik kereta itu.
Terlihat anak kecil berumur 5 tahun keluar dari kereta itu.Hanis terus mendekati anak kecil itu dan menunduk sedikit.
"Kau siapa?"Soal Hanis kepada anak kecil itu.
"Mika..Mika nak minta maaf.."
Hanis yang masih kesal dengan tuan kereta itu sudah mengulum lidah nya ke tepi pipi .Tambah kesal bila melihat anak kecil yang meminta maaf kepada nya bukan lelaki yang berada di kereta itu.langsung tak sopan!
"kejap ye adik"
Kaki melangkah laju ke arah lelaki yang berada di kereta itu.Entah kenapa entah.. lelaki itu langsung tak keluar dari kereta.takut sebab sudah langgar dia?
Belum sempat Hanis mengetuk cermin kereta .Anak kecil itu sudah menahan Hanis.
"Jangan..jangan kacau papa..nanti papa marah.."
'Aku peduli apa!' Bisik hati Hanis masih berdegil mahu mengetuk cermin kereta itu.orang begini memang tak boleh dia biarkan.
"Woi! keluar!!" Cermin di ketuk-ketuk oleh hanis dengan kasar .
"Keluar lah!"
Sedar sahaja seseorang mengetuk cermin kereta nya.lelaki itu terus membuka pintu lalu melihat wajah Hanis tajam.
"cik ada masalah apa?ketuk-ketuk cermin kereta saya sampai macam tu sekali" soal Lelaki itu straight.
"Masalah? kau tak tengok ke motor aku dah jatuh macam tu ?"
"So? nak saya dirikan juga ke? cik ada tangan kan?"
Hanis sudah menarik dan menghembuskan nafas kasar.
"kau ni bodoh ke apa! Motorsikal aku jatuh sebab kau tak reti pandu kereta ?! aku tak kira bayar ganti rugi..kau tak tengok tangan aku luka macam ni" Kata Hanis sambil melihat tajam wajah lelaki itu.
Senyuman sengit di berikan oleh lelaki itu untuk Hanis.mata nya melihat tangan Hanis yang hanya terguris sedikit.
"Luka? erh? muka ganas,takkan luka sikit dah minta ganti rugi.."Sindir lelaki itu.
Hanis yang masih dengan amarah nya itu sudah terdiam kesal.Baru kali ini dia berjumpa dengan lelaki seperti ini.besar kecik..besar kecik sahaja dia lihat lelaki itu.
"cik nak saya angkat kan motorsikal cik ke?"
semakin meningkat kemarahan Hanis pada saat ini.mata di sepitkannya.menahan amarah di hati.
'Kalau ikut kan hati aku..nak aku patah kan tulang rusuk mamat ni! poyo gila!' Luahan hati dari hanis.sakit hati dengan sikap lelaki itu.
Mata Hanis melihat ke arah anak kecil di sebelah lelaki itu lalu menunduk sedikit.
"Adik...nanti kalau kau dah besar jangan jadi kurang ajar macam papa kau ni eh.."beritahu hanis kepada anak kecil itu lalu kembali ke arah motornya.
Motorsikal di capai lalu di tunggang nya lagi.Sumpah..pagi-pagi lagi dia sudah berjumpa dengan lelaki seperti itu.Ish! memang sial betul hidup nya hari ini!
Share this novel