"Apa hal kau lambat hari ni ?" Soal Taufiq sambil melihat penampilan Qaisy hari ini.Selalu nya segak bergaya sahaja lelaki itu masuk office Tapi hari ni serabai pula dah? apa dah jadi ?
Qaisy melihat wajah taufiq.Jari jemari nya yang sibuk menekan keyboard komputer di berhentikan nya.Nafas di lepaskan perlahan.
"Tak payah lah kau tanya pasal ni..aku malas lah nak cerita.." Tangan Qaisy mencapai laci lalu dibuka perlahan .Cermin yang berada di dalam laci itu di ambil nya.
Tali leher di kemaskan.
Taufiq hanya mampu membawa bibir nya ke bawah .Dia pun malas mahu tahu tentang masalah Qaisy nanti tak pasal-pasal dia pula yang kena tengking.
"Ah yelah..btw tu bekas bini kau dah tunggu kat bawah.." Beritahu taufiq.Punggung lelaki itu sudah bangkit dari kerusi yang diduduki nya kini.
Qaisy yang mendengar kan kata - kata Taufiq tadi sudah mengerutkan dahi dan kening.Perasaan tak sedap hati menjelma di lubuk hatinya kini.Apa lagi urusan perempuan itu mahu berjumpa dengannya.
Melihat Qaisy hanya terdiam di kerusi nya.taufiq sudah mengelingkan kepala.
"woi! apa lagi..pergi lah jumpa,tercengang pula " Kata Taufiq kemudian pergi dari bilik qaisy.
Qaisy terus melangkah pergi meninggalkan bilik nya itu untuk berjumpa dengan qaisy.handphone iphone 5s nya di letakkan di dalam poket seluar.
_________
NOR menunduk ke lantai sebaik sahaja dia melihat Qaisy yang sudah semakin mendekatinya.Kaki nya di rapatkan serapat nya.Tidak tahu kenapa begitu formal suasana pada saat ini.
Qaisy melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan Nor.satu butang bawah jaket jaz nya di buka agar dia boleh duduk dengan lebih selesa.
"Ada apa awak nak jumpa saya ?" Soal Qaisy bernada serius.
Nor menelan air liur kelat.
"I nak kita hidup macam dulu.." Ungkap Nor . straight to the point.
Kini Qaisy melihat wajah Nor.Bibir nya tersenyum sengit.Hidup macam dulu ? Hidup yang tidak tahu di mana jalan bahagia ? itu yang perempuan di hadapan nya itu mahu ?
"Hidup macam dulu?ermmmm.." Qaisy menghembuskan nafas perlahan, ketawa sinis di keluarkannya seakan - akan menyindir kata - kata perempuan itu.
Nor cuba memberanikan diri untuk melihat Qaisy tepat.
"Qaisy..I betul-betul nak hidup macam dulu lagi demi Mika..I nak kita rujuk.."
Qaisy tertawa besar mendengar kan hal itu.Apa yang Nor katakan semua itu kelakar baginya.Demi Mika ? Dulu perempuan itu curang di belakangnya tiada pula perempuan itu ingat tentang anak mereka itu..tapi sekarang tiba-tiba bawa-bawa nama Mika untuk minta rujuk dengannya.
"Don't laugh! i'm serious Qaisy!" Bidas Nor .Tak habis fikir dengan reaksi Qaisy saat ini.Dia tidak ada masa untuk bergurau bagai.
Qaisy memberhentikan ketawa nya.Senyuman nipis diberikan untuk Nor.
"Awak cakap demi Mika ? are you serious?Aihh..cuba lah dulu awak terfikirkan pasal Mika kan,tak lah kita bercerai macam ni" Sindir pedas dari Qaisy.Wajah Nor dilihatnya tepat.Senyuman masih diukir dibibirnya untuk menutup rasa sakit di hatinya kini.
Nor mula sedikit merasa sebak di dadanya.
"I tahu i salah..tapi tolong..maaf kan I dan terima I dalam hidup you balik..Sejujurnya,i masih cintakan you" Luah Nor meluahkan isi hati di dalam lubuk hatinya kini.Ya,Di dalam hatinya dia masih cintakan Qaisy.Sebab itu juga dia mahu batalkan rancangan nya bersama Hanis hari itu bukan hanya sebab dia kesian kan Hanis namun,ini juga tentang perasaan cintakan nya kepada Qaisy yang masih belum pudar.
"jangan risau..saya dah lama maaf kan awak..dah tak pernah ingat pasal dulu..dah lupa dan lupa tu..sampai saya dah tak pernah ingat yang saya ni pernah hidup dengan awak.."
"Dan sekarang ni saya cuma ada mika.Kalau nak terima awak tu.Mungkin hal tu takkan berlaku.." Ungkap Qaisy .Dia terus bangkit dari sofa itu lalu melangkah pergi meninggalkan Nor.
Air mata sudah membasahi pipi Nor kini.Esakkan tangis cuba untuk di tahannya tak mahu sesiapa tahu tentang kesedihannya itu.
***
BENGKEL
AIR mineral di berikan oleh ikmal kepada Hanis.Peluh yang berada di dahi Hanis di lap nya perlahan menggunakan tuala yang berada di leher Hanis.Melihat tindakan Ikmal Hanis terus melihat wajah Ikmal lama sebelum mengalihkan tangan Ikmal dari dahinya.Tidak suka diperlakukan sebegitu oleh Ikmal.
Hem!
Deheman Hanis meredakan keadaan yang tiba-tiba janggal pada saat itu.
"kau apa hal ni mal? tiba-tiba buat-buat sweet dengan aku. demam?"Kata Hanis sedikit mengelingkan kepala nya.pelik dengan sikap Ikmal.
Ikmal mengaru belakang kepala nya.Wajah Hanis di tatap nya.
Hanis yang di tatap sebegitu sekali oleh Ikmal terus menutup wajahnya menggunakan surat khabar di dekatnya saat itu.
"Kau apa hal ni mal?! sekali lagi kau pandang aku macam tu..aku cungkil biji mata kau !Aish! semaklah!" Kesal Hanis .Sudah semakin tak suka dengan sikap Ikmal pada ketika ini.Dia terus menjauhkan diri dari Ikmal.
Ikmal masih melihat Hanis.
"Siapa lelaki tadi tu ?" tanya Ikmal seolah-olah bernada seperti seorang teman lelaki yang posesif .
Hanis sudah melihat ikmal tepat.kening sebelah kanan di naikkan nya.
"Pelangan kita lah..siapa lagi?" Kata Hanis.Polos.
"bukan tu maksud aku.."
"Habis tu ?" soal Hanis lagi.
"Kau kenal dia ?" Soal Ikmal kembali.
Hanis mengangguk pantas tanpa ragu.
"kenal lah..dia duda Nor..kawan aku yang aku pernah cerita kan kat kau.." Beritahu Hanis bersahaja.
Ikmal terus mengulum lidahnya ke tepi pipi.
"Kenapa ? dia hensem kan..tapi sayang duda..ish-ish..ditambah lagi mulut dia yang aduh macam longkang tu..erm.." Beritahu Hanis kepada Ikmal.
Ikmal sudah beriak datar.
"Jadi kau suka kan dia ?" Tanya Ikmal.Mata Hanis dilihatnya tepat.
"Aku? hahahahaha! memang tak lah..kau kenapa ni ? tanya sampai macam tu? kau boyfriend aku ke? sibuk je" kata Hanis lalu mulai menyambung kerjanya yang tertangguh akibat Ikmal tadi.
Ikmal masih terdiam di situ.Dia tahu dan dia dapat rasakan Hanis sudah mula ada perasaan terhadap lelaki yang dia maksudkan tadi.Dia nampak dari anak mata perempuan itu.Keluhan panjang di lepaskan oleh Ikmal...
Share this novel