28

Romance Completed 136098

PAGI itu Pak Halim sudah bersedia mengeluarkan dua buah motor Honda untuk mereka pergi memancing di sungai hari ini.Terlihat Mika sudah berlari pantas mendekati pak Halim.Baju lama Hanis yang dikenakan sedikit besar di badan Mika.

"cucu atuk dah sedia nak pergi mancing?"

"Dah" kata mika penuh semangat.

Qaisy yang masih belum mandi lagi masih menunggu Hanis keluar dari bilik itu.Dia mahu minta tolong pada Hanis tapi malu pula dia.

Pintu bilik Hanis tiba-tiba terbuka terus sahaja Qaisy mendekati Hanis.

"Hanis..tolong saya" minta Qaisy muka nya sudah semakin memerah.

"Apa?"Kata Hanis.

Qaisy sudah mengaru belakang kepalanya.aduhai..malu dia mahu minta tolong tapi terpaksa.Lama dia berdiam diri dilihatnya Hanis sesaat kemudian kembali bertingkah tak tentu arah.

Hanis yang melihat kelakuan Qaisy sudah mengerutkan kedua keningnya.

"Cepatlah..cakap nak minta tolong tadi"Hanis sudah menyandar di pintu.penat dia tunggu lelaki itu bercakap.

"Erm..tolong beli kan seluar"kata Qaisy.

"Seluar? kan abah aku dah bagi dah kan semalam.Pakai jelah"

Qaisy membetulkan rambut nya yang menghalang pandangannya kini ke belakang.Aduh macam mana dia mahu cakap eh? malu!

"Bukan..bukan seluar tu.." jelas Qaisy.

"Bukan?" Hanis semakin kebingungan.

"Seluar..seluar pendek"beritahu Qaisy lagi.Berusaha menahan malu.

Hanis mengerutkan dahinya.

"kan ada tu seluar pendek setengah lutut kan"

"Bukan..bukan tu..erm.." Qaisy masih ragu-ragu mahu beritahu Hanis.

"Boxer"Bisik Qaisy mendekati telingga Hanis.

Hanis sudah membesarkan kedua matanya.

'takkan lah kau nak minta tolong aku belikan benda tu,kau sendiri boleh kan' bisik hati hanis.aduh! heh! fix lelaki tu dah gila.hah! tulah nak ikut sangat dia sampai kampung.

Hanis menjauhkan diri sedikit dari Qaisy.

Wajah Qaisy sudah memerah menahan malu.

"Boleh tak?"Tanya Qaisy.

"beli lah sendiri..tak jauh mana pun lah bandar tu" Gila dia mahu beli boxer lelaki nanti orang nampak fikir bukan-bukan pula.

"Saya tak reti bawa motor..awak tahu kan,please lah.."Rayu Qaisy.

"Ish! menyusahkan lah kau ni..yelah-yelah" kesal Hanis.

Qaisy sudah memberikan Rm100 kepada Hanis.Hanis menyambut pantas duit lalu pantas melangkah ke arah motorsikal Honda milik abahnya itu.

"first time Aku minta beli dekat perempuan benda tu..aduh malu aku!"ungkap Qaisy bernada perlahan.Rasa malu belum hilang dalam dirinya.

****

TAK sampai setengah jam Hanis sudahpun sampai di sebuah kedai pakaian di bandar itu.Motorsikal Honda di parking nya tepat di hadapan kedai itu.Nafas di tarik panjang dan dilepaskan perlahan.
"Tak pasal-pasal kena beli boxer pula dah" Rungut Hanis.Ni semua duda sengal itu punya pasal Ish!

Kaki nya melangkah perlahan masuk kedalam kedai pakaian itu.Dilihatnya kawasan pakaian dalam lelaki di sebelah kiri terus sahaja dia melangkah perlahan.Dengan pantas dia terus mengambil apa yang diminta oleh Qaisy tadi.Beberapa orang yang lalu di situ melihat nya dengan pandangan pelik terus sahaja dia pergi ke kaunter.

malas lama-lama disitu .malu dia!

Selesai membayar terus sahaja dia keluar dari kedai pakaian itu.Tebal betul muka nya pada saat ini.Seluruh tubuh terasa panas.Malu!

"YaAllah malu aku!" kesal Hanis.

Tiba-tiba satu tangan menjalar di bahu nya.terus sahaja dia melarikan tangan itu dan melihat kelibat di belakang nya kini.

Air liur ditelan perlahan.Mata nya sayu melihat wajah orang di hadapannya kini.

"Abang"

"Adik"

Terus sahaja Hanis memeluk erat tubuh abangnya itu.tak sangka Hanis masih ingat dengan wajahnya.

"Adik masih ingat abang?"Soal Iskandar abang kandung hanis.Rasa rindu kepada adiknya itu terubat kini.

Hanis melepaskan pelukan nya.Anggukan kepala perlahan di berikan untuk Iskandar.

"Abah dengan mak macam mana?"Tanya Iskandar penuh sayu.

"Semua nya sihat.."jawab Hanis sambil mengukir senyum nipis.

Iskandar membalas senyuman Hanis.plastik yang di pegang Hanis dilihatnya tepat.

"Adik beli apa kat sini? baju?" tanya Iskandar.

Hanis melihat plastik nya itu lalu di gengam lebih erat tak mahu abangnya terlihat isi di dalam plastik itu.

Hanis mengukir senyuman.

"Em baju" beritahu Hanis.

"Abang tak nak balik rumah ke ?" soal Hanis.

Iskandar terdiam seketika.Kepala digelingkannya.Mungkin belum saat nya lagi dia balik.Dia tahu abahnya pun belum maafkan dia lagi.

"Nanti kalau sampai masanya abang balik ya sementara ni biarlah abang tinggal dekat rumah kawan abang,abang balik dulu" Jelas Iskandar melangkah meninggalkan Hanis.

Hanis melihat sosok abangnya dari belakang dengan sayu.Matanya sudah berkaca-kaca menahan sebak di dadanya.Dia rindu dengan keluarga nya yang dulu selalu bersatu bukan terpisah sebegini.

Nafas di tarik nya panjang dan dilepaskan perlahan.dia terus menaiki motorsikal nya bergerak untuk balik ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience