42

Romance Completed 136098

ISKANDAR memberanikan diri melangkah perlahan menaiki anak tangga rumah.Nafas diatur agar perasaannya sedikit tenang.Bila sahaja dia berhadapan dengan pintu rumah itu tangannya perlahan mengetuk pintu itu dengan ragu-ragu dan masih merasa takut untuk menghadap mak dan abahnya nanti.

Tok..Tok..tok!

Pintu diketuk perlahan.

Beberapa saat dia menunggu, pintu terbuka perlahan membuatkan hatinya mula berdegup kencang takut bersemuka dengan abahnya.Dia tahu selama bertahun-tahun Pak Halim iaitu abahnya berdendam dengan dia dan dia juga tahu Pak Halim takkan pernah maafkan kesalahan nya sampai bila-bila.

Dia cuma mahu melihat wajah kedua orang yang dia sayang itu walaupun sekejap sahaja.

Bila sahaja pintu itu terbuka luas Mak Salmah yang berada benar-benar di hadapan Iskandar hanya terdiam namun,terlihat jelas anak mata perempuan berumur 50-an itu sudah berkaca-kaca.

"Mak.." Suara sayu Iskandar membuatkan air mata mak Salmah mengalir perlahan di pipi begitu juga dengan lelaki itu.Hanya dia dan Allah SWT sahaja tahu macam mana perasaannya sekarang ini.

"Mak..Iskandar minta maaf mak" esakkan tangis Iskandar kini menguasai dirinya dia tidak mampu mengawal perasaan sebaknya itu lagi.

Perlahan kaki nya berlutut meminta keampunan kepada mak nya itu,kepala sudah menyentuh lantai rumah.

"maafkan Iskandar mak...maafkan Iskandar" rintihan Iskandar berkali-kali dengan esakkan yang semakin kedengaran jelas di telinga mak Salmah.

Mak Salmah menutup matanya perlahan dia tidak mahu terlalu terbawa suasana.Dia memegang bahu anaknya itu dan mengukirkan senyum nipis untuk Iskandar agar Iskandar sedikit merasa tenang.

"Iskandar..bangun nak.." kata mak Salmah bernada lembut dan tenang.

Iskandar bangun perlahan dan mula memeluk erat tubuh emaknya itu dia benar-benar rindu dengan mak nya itu.Mak Salmah membalas pelukan anaknya sulungnya itu dan mengusap perlahan belakang badan Iskandar.

Pak Halim yang baru sahaja balik dari surau menghentikan langkah kakinya apabila melihat Iskandar berada di rumahnya saat ini.

"Siapa suruh kau balik sini ?"

Suara itu mengejutkan Iskandar dan terus melepas pelukan nya kepada mak Salmah tadi.Di lihatnya abahnya sudah berada di hadapannya.Perasaan takut mula muncul kembali.

"abah.."

"tak payah panggil aku abah ...aku tak ada anak macam kau...memalukan keluarga" bidas Pak Halim walaupun suara nya bernada datar tapi kata-kata itu membuatkan hati Iskandar terasa sedikit sakit, kemudian meneruskan langkahan kakinya untuk masuk kedalam rumah.Perlahan kaki nya melangkah anak tangga.

sekarang ini dia dan abahnya benar-benar dekat membuatkan Iskandar terdiam dan secara automatik kaki nya melutut sayu dihadapan pak Halim.Namun,kepala nya hanya menunduk.

"Abah iskandar minta maaf...minta maaf" sekali lagi ungkapan ‘maaf' menjadi ulangan disetiap katanya.Rasa bersalah menguasai dirinya sendiri.

"berambus dari rumah aku" ungkap Pak Halim dia benar-benar tidak boleh melihat wajah anak sulung nya itu baginya dia hanya ada seorang sahaja anak iaitu Hanis.Hanya Hanis sahaja yang dia perlukan dalam keluarga ini.Sudah cukup dia tahan muka menghadap seluruh orang kampung mengata keluarga mereka.

"Abah iskandar minta maaf abah..." rayu Iskandar namun masih sahaja hati Pak Halim langsung tidak terbuka untuk memaafkan anak nya itu.

"aku kata pergi dari sini..pergi" ungkap Pak Halim lalu masuk ke dalam rumah tanpa melihat Iskandar sama sekali.

Iskandar yang dari tadi menahan kesakitan di hatinya kini sudah mengalir kan air mata dengan deras.Kakinya melangkah pantas menghalang Pak Halim lalu berlutut di hadapan orang tua itu.Kepala di tundukkan nya ke lantai.

"Abah iskandar minta maaf abah..tolong maafkan is abah.."Esakkan tangis menguasai diri Iskandar kini.

Pak Halim hanya diam tanpa bereaksi sama sekali.

Tring!Tring!Tring!

Telefon rumah berbunyi secara tiba-tiba membuat kan mak Salmah terus mendekati telefon itu untuk mengangkat panggilan.

Panggilan di angkat....

"Assalamualaikum" kata mak Salmah memulakan kata.

"Waalaikumussalam ini dengan Salmah binti Mohd ke?" Tanya orang di dalam panggilan saat ini.

"iya saya"

"Saya ada terjumpa nombor telefon ni dalam handphone salah seorang pesakit kami yang terlibat dalam kemalangan tadi pagi iaitu cik Hanis Zalikha binti Muhammad Halim..puan kenal ke?"

Mendengar sahaja kata-kata itu mak Salmah terdiam kaku air mata mengalir di pipi secara tiba-tiba dia tidak mampu berkata-kata sama sekali.

"Kalau puan kenal sebaiknya puan datang ke hospital keadaan pesakit dalam keadaan kritikal.."

Mak Salmah perlahan meletakkan telefon rumah.Mata mak Salmah terus tertuju ke arah Pak Halim dan air mata mengalir perlahan di pipi.Pak halim yang melihat itu semakin risau dengan keadaan isteri nya itu.

"Abang,Hanis kemalangan"

"Astagfirullah al-Azim anak aku.." Pak Halim terus menarik tangan mak Salmah untuk terus pergi ke Kuala Lumpur dia cepat-cepat melangkah laju.Iskandar yang melihat itu sedikit khawatir kerana dia tahu abah dan mak nya tidak pernah ke KL sama sekali dan dia juga tahu mereka tidak faham apa-apa untuk pergi ke Kuala Lumpur.

Kereta proton lama dihidupkan oleh Pak Halim.

Iskandar pantas berlari untuk mendapatkan mak dan abahnya.

"mak!"

mendengar laungan Iskandar Pak Halim dan mak Salmah tertumpu ke arah lelaki itu.

"Biar is yang bawa abah dengan mak pergi KL..lagipun Is risau dengan keadaan Hanis sekarang.."

"Tak payah"

"abah ..is mohon dengan abah walaupun abah tak akan pernah maafkan is tapi tolonglah sekali ni je biar is tolong abah dengan mak" Mohon Iskandar merayu agar mak dan abahnya tidak menolak pertolongan nya kali ini.

Tanpa mendengarkan jawapan Pak Halim Iskandar terus sahaja membuka pintu kereta proton lama itu dan memandang penuh makna mata Pak Halim seolah-olah dia benar-benar ingin menyakinkan pak Halim yang dia tidak berniat apa-apa selain ingin membantu dengan tulus dan ingin melihat kondisi adiknya sekarang ini.

Pak Halim menghembuskan nafas perlahan dan terus keluar dari kereta itu untuk duduk di belakang dan membiarkan Iskandar memandu kereta proton lamanya.

iskandar tanpa membuang masa terus sahaja memegang stereng kereta untuk memandu ke station bas untuk membeli tiket pergi ke Kuala Lumpur.

***

4:30 PM


QAISY sudah melaporkan tentang kehilangan anaknya Mika yang sejak tadi dia cari namun langsung dia tidak jumpa.Kereta Mazda nya dipandu sedikit laju untuk pergi ke rumah mamanya.Entah kenapa dia merasa ada yang ganjil dengan puan Sri Zalia kerana sejak tadi dia tidak dapat menghubungi mamanya itu.

Sampai sahaja di hadapan rumah banglo Qaisy terus sahaja keluar dari kereta nya dan mengetuk pintu rumah dengan keras.Pengawal di rumah itu di cari-carinya namun tiada seorang pun yang berada di situ,pagar rumah pun terbuka luas.

TOK!TOK!TOK!

pintu diketuk sekeras mungkin agar ada sesiapa yang membuka pintu rumah itu.

"Ma!" laung Qaisy.

Namun tiada seorang pun yang menjawab.

"Papa!"

tiba-tiba suara teriakkan itu menguasai telinganya terus sahaja Qaisy berusaha menolak pintu rumah itu dengan keras dia tahu itu suara mika.Hatinya semakin risau apabila esakkan tangis menguasai rumah itu.

"Mika!" pintu ditolak lebih kuat dengan bahunya menggunakan seluruh tenaga nya.

Pakkkk!

Badan Qaisy terus terhempas kuat ke atas lantai apabila pintu itu terbuka luas kerana tolakan kuatnya tadi,tanpa berfikir panjang dia terus mencari-cari kelibat Mika dan mamanya di seluruh rumah.

Kakinya melangkah laju menaiki anak tangga.

"Papa!!!"

laungan itu kembali menguasai rumah tetapi kali ini terdengar lebih dekat.

"Mika" Qaisy berlari menuju bilik mamanya.

Pintu dibuka dengan sekelip mata menggunakan tenaganya.Dia benar-benar terkejut apabila melihat mamanya sudah mencekik leher Mika dengan begitu kuat.Terus sahaja dia menolak puan Sri Zalia dengan sekuat tenaga nya dan terus memeluk tubuh anak nya yang kini terlihat lemah dan pucat.

"Apa mama buat ni!!" Amarah Qaisy kepada puan Sri zalia.dia sudah tidak boleh tahan lagi dengan sikap syaitan mamanya itu dia tidak mahu menjadi anak yang derhaka tapi keadaan memaksanya.

Qaisy tanpa berfikir panjang terus merangkul dan mendokong tubuh anaknya untuk dibawa ke hospital.Kaki melangkah pantas tanpa menghiraukan puan Sri Zalia sama sekali.

Kereta Mazda di bawa laju untuk menuju ke hospital.

.........

DALAM perjalanan ke hospital tiba-tiba sahaja handphone nya berbunyi menanda kan ada seseorang yang menghubunginya.Dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Asalamualaikum saya dari pihak hospital"

"waalaikumussalam...macam mana dengan keadaan Hanis cik?" soal Qaisy risau dengan keadaan perempuan itu dia tahu dia bukan lelaki yang baik kerana tidak menemani Hanis berada di hospital dalam keadaan yang seperti itu tapi dia benar-benar tiada pilihan.Dia terpaksa meninggalkan Hanis demi menyelamatkan Mika.

Hembusan nafas berat di lepaskan oleh jururawat yang menelefon nya saat ini.

"Keadaan pesakit sekarang semakin kritikal encik...saya harap encik boleh datang ke sini."

"Ya Allah.." Sesak rasa dadanya mendengar kan semua itu dari jururawat tadi.Matanya melihat mika yang masih dalam keadaan lemah dan pucat terlihat bekas merah di leher nya.Perasaan sakit di hatinya muncul kembali.Air mata mengalir membasahi pipinya.

'aku tak mampu lindungi orang yang aku sayang...Mika ..Hanis...Kenapa bukan aku yang berada di dalam posisi mereka ya Allah...kenapa bukan aku' Sesal Qaisy menyalahkan dirinya sendiri.

"Aku gagal yaAllah.." rintih Qaisy mengusap cepat air matanya agar Mika tidak melihat dia dalam keadaan sedih seperti sekarang ini.

"Mika...Mika tahan ya sayang" kata Qaisy mengusap lembut kepala anaknya itu.Mika hanya mampu mengangguk dan memijam kan mata sebentar untuk menahan rasa sakit nya saat ini.

Share this novel

EMAacik1974
2021-10-20 22:28:02 

bila no sambung sis.. x sabar ni... plisss


NovelPlus Premium

The best ads free experience