33

Romance Completed 136098

BALIK dari bengkel Hanis terus meletakkan beg sandang adidas nya di atas sofa ruang tamu.Kaki nya melangkah pergi ke arah dapur mahu mengambil segelas air mineral untuk dia minum.Banyak sangat kereta hari ini untuk diperbaiki membuatkan dia sedikit berasa penat.

Air mineral di tuang perlahan di dalam gelas.Air diteguk perlahan sehingga habis.

Ahh..baru segar sikit tekaknya.

Gelas diletakkan didalam sinki.kaki nya melangkah kembali menuju ke arah depan rumahnya.Dia menatap dalam motorsikal Ducati Supersport 950 yang diberikan oleh Qaisy pada waktu itu.Hembusan nafas dilepaskan perlahan.

"Mungkin aku patut pulang kan balik apa yang dia pernah bagi kat aku lagipun aku tak sanggup tengok barang-barang yang dia pernah bagi kat aku ada dalam rumah ni"

"Aku tak nak ingat dia dan Mika lagi.." Ungkap Hanis.Walaupun berat untuk dia melupakan Qaisy dan Mika tapi ini jalan yang terbaik untuk semua orang.Beg sandang yang ada di atas sofa ruang tamu tadi diambilnya pantas lalu di pakai elok di bahu nya.

pintu rumah di kunci ketat kemudian kaki nya melangkah mendekati motorsikal ducati SuperSport 950 untuk dia tunggang.Dia mahu kembali kan motorsikal itu ke rumah Qaisy hari ini.malas dia mahu lama-lama simpan motosikal itu lagi nanti tak pasal-pasal hatinya semakin tak mampu melupakan Qaisy.

Lagipun motorsikal Yamaha Y15ZR nya pun sudah lama siap diperbaiki.

Enjin motorsikal di panaskan nya kemudian dia memecut laju namun tetap berhati-hati menuju ke rumah Qaisy.

_______

DALAM perjalanan nya menuju rumah Qaisy tiba-tiba pula dia teringat akan sesuatu yang sekarang ini asyik menganggu fikirannya sahaja.

"Kalau aku sampai rumah Qaisy nanti aku tak kena maki ke? aduh..kenapa lah aku tak terfikirkan pasal ni tadi! Ish bodoh lah kau ni Hanis! bodoh!" Kesal Hanis pada dirinya sendiri.Ya..walaupun dia terlihat tidak terlalu kisah dengan setiap makian yang diberikan oleh Nor atau pun Qaisy tapi dia juga terasa dengan kata-kata mereka itu.Ingat dia juga manusia sama seperti orang lain.

Nafas ditarik perlahan dan dihembuskan serta merta.Tak apalah sudah dia alang-alang setengah jalan begini takkan lah dia mahu patah balik pulak kan? tahan hati sahaja lah!

Matanya tiba-tiba memerhatikan sesuatu di atas jalan.Kening dikerutkannya.Entah apa yang di atas jalan raya itu.tidak terlihat jelas membuatkan dia memperlahankan sedikit motorsikalnya itu.

Bila sahaja dia menghampiri.Anak mata nya membesar secara automatik terus sahaja dia memarkir kan motorsikal nya di tepi jalan raya kemudian cepat-cepat turun dari motorsikal Ducati SuperSport 950 itu.

Terlihat seorang anak kecil lelaki terbaring pucat diatas jalan raya dia terus meluruskan kepala anak kecil itu.tubuh badan anak kecil itu terasa sejuk dia terus cuba mengangkat tubuh kecil itu sebelum melihat wajah anak kecil yang berumur sekitar 4-6 tahun itu.

Sekali lagi matanya automatik membesar bila melihat wajah anak lelaki itu.

Mika?

"YaAllah.." Hanis terus sahaja mengangkat tubuh Mika dengan berhati-hati dan pantas sahaja dia berusaha mengambil satu kain panjang berwarna putih di dalam beg sandangnya menggunakan tangan kanannya.

Tubuh Mika di letakkan dahulu di atas motorsikal itu sebelum dia mendokong Mika dan mengikat tubuh Mika dengan kain yang diambil nya tadi di belakang dirinya dengan ketat agar tubuh Mika tidak terjatuh semasa dia mengendara motor nanti.Hujung kain di simpul kuat di bahu dan perut nya.

Dengan tergesa-gesa dia terus menunggang motosikal itu dan memecut laju pergi ke arah hospital dengan cepat.

***

HOSPITAL

HANIS kehulu ke hilir tak tentu arah kerana risau dengan keadaan Mika sekarang ini.Bahu nya yang terlihat semakin membiru akibat kain yang terikat dibahunya untuk membawa Mika dengan motorsikal tadi sudah tidak dipedulikan nya kerana terlalu bimbang dengan keadaan anak kecil itu.

"YaAllah..kenapa Mika boleh jadi macam ni?" Ungkap Hanis tak tahu kenapa Mika dalam keadaan seperti ini dan apa penyebabnya? dia takut kalau ini semua ada kena mengena dengan dia?

Beg sandang yang terletak di atas kerusi itu diambil nya dia hampir lupa untuk memberitahu Qaisy tentang hal ini.Cepat sahaja dia mengambil beg itu dan mengeluarkan handphone neffos c5a nya untuk menelefon Qaisy.

Bila melihat nombor Qaisy dia terdiam sejenak.Dia sedikit ragu untuk menelefon Qaisy kerana hubungannya dengan lelaki itu tidak lagi seperti dulu.Tapi...

"Hanis..ingat mika" bisik Hanis untuk dirinya sendiri mengingat kan dirinya agar tidak memikirkan tentang masalahnya dengan Qaisy..dan ini tentang Mika bukan tentang mereka.

Nombor Qaisy ditekan pantas.

Lama panggilan itu dibiarkan sebelum diangkat oleh Qaisy.

"Qaisy.." Panggil Hanis namun tak dipedulikan oleh Qaisy hanya bunyi angin yang berada di dalam talian itu.

Hanis menghembuskan nafas perlahan.

"Mika masuk hospital.kau datang lah sini" Beritahu Hanis.

Mendengarkan itu Qaisy terus mematikan panggilan nya.Hanis yang tersedar panggilan sudah dimatikan oleh Qaisy hanya mampu menghembuskan nafas panjang dan menyimpan kembali handphone nya didalam beg sandang adidas nya.

SETELAH beberapa minit terdengar bunyi tapak kasut mendekati Hanis terus sahaja Hanis menoleh tepat melihat sosok dari bunyi tapak kasut tersebut.Terlihat Qaisy bergegas menuju ke arah nya.

"Mika mana?" tanya Qaisy masih mengatur nafasnya.

"Kat dalam masih belum sedar kan diri lagi"

Mendengarkan itu anak mata Qaisy melihat Hanis tajam.

"Apa kau buat dengan mika?!"

"Aku?aku yang tolong hantar Mika pergi hospital apa maksud kau tanya aku macam tu?" Tanya Hanis sedikit bernada agak kasar.kesal dengan soalan Qaisy tadi seolah-olah menundingkan jari untuk menyalahkan dirinya.

Qaisy hanya diam masih melihat Hanis dengan pandangan tajam.

"kau ingat aku jahat sangat ke nak apa-apa kan Mika? aku tak sejahat tu lah lagipun aku sayang Mika.."

Qaisy sudah memandang ke arah lain dan bibirnya mengukir senyum sinis.Sayang? Entah dia boleh percaya atau tidak kata-kata dari Hanis tadi.

"Sayang? kau siapa dalam hidup Mika?"

Hanis terdiam mendengar kan persoalan Qaisy.Dia tak mampu untuk menjawab persoalan itu.Ya.. pada nyatanya dia memang bukan siapa-siapa dalam hidup Mika tapi..dia sayang kan Mika ikhlas.

"Aku tahu aku bukan siapa-siapa tapi tak salah kan kalau aku sayang kan dia!"

"Salah! sebab aku tak suka orang yang aku benci sayangkan anak aku"kata Qaisy bernada kasar sudah tidak ada lagi ungkapan yang lembut dan halus seperti dulu lagi setiap kali bertemu dengan Hanis.

Hanis terkaku seketika mendengarkan kata benci itu dari mulut Qaisy sendiri.

"kau benci kan aku.."Hanis melihat tepat ke arah wajah Qaisy.

Qaisy melarikan pandangannya dia tak mahu melihat wajah perempuan itu.kepala nya diraupnya kasar.

"Kau benci aku ke Qaisy?aku buat semua tu sebab aku nak kau bahagia dengan Nor dan Mika ..aku tak nak tengok mika membesar tanpa mama..tapi kau tak pernah faham sikit pun apa aku buat.."

Anak mata Hanis sudah mula berkaca-kaca.

Qaisy terus menghadap Hanis tepat.Wajah nya sudah mula memerah.Mata nya sudah mula terlihat menahan air mata.

"memang! memang aku tak pernah faham!aku tak faham kenapa kau tak pernah jujur dengan perasaan kau sendiri? kenapa hanis?!" ungkap Qaisy.

"kau nak aku jujur apa lagi? ah apa?" Suara Hanis sudah semakin serak menahan sebak dihatinya.Sakit yang terasa didalam hatinya kini semakin sakit apabila mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Qaisy.

"Tentang perasaan kau.."

Hanis melihat Qaisy dengan pandangan sepi.

"A--aku..." Hanis memberhentikan kata-katanya itu.Badannya terasa lemah dan dia terus terduduk di atas kerusi itu.Beg sandang adidas nya di letakkan nya dibahunya.Dia tidak mampu untuk mengatakan yang dia cintakan Qaisy.Mulutnya seakan terkunci.

Keadaan tiba-tiba terasa senyap.

Qaisy mengalir kan air mata nya yang dia tahan sejak tadi lalu di kesat cepat kemudian, dia melangkah menjauh sedikit dari tempat duduk hanis untuk menenangkan dirinya sendiri.Dia betul-betul kecewa dengan Hanis.

Sampai sekarang Hanis langsung tak pernah mengatakan yang dia cintakan lelaki itu..Dia cuma mahu dengar perkataan 'Cinta' itu dari Hanis.

'Sesusah tu ke kau ungkap kan kata cinta untuk aku Hanis?' Bisik hati Qaisy kecewa dengan perempuan itu.

'Aku cintakan kau qaisy' Bisik hati Hanis meluahkan apa yang ada di hatinya.kalau boleh dia mahu luahkan ini di hadapan Qaisy tapi dia tidak mahu memburukkan keadaan lagi.Dia tahu kalau dia meluahkan kata itu mesti hati nya lebih terluka kerana dia tidak mampu mempertahankan cinta nya kepada Qaisy.biarlah dia menipu diri nya sendiri dengan mengatakan yang dia tidak mencintai lelaki itu.

Tiba-tiba doktor yang berada di dalam wad Mika tadi keluar.Terus sahaja Hanis berdiri dan menghadap doktor itu.sementara Qaisy masih menenangkan dirinya terlebih dahulu sebelum turut menghadap doktor.

"Alhamdulilah anak puan dengan tuan tak apa-apa dia cuma kekurangan air dalam badan..kalau tuan dengan isteri nak tengok anak boleh lah masuk" kata doktor itu sebelum meninggalkan Qaisy dan Hanis di situ.

Hanis sudah memegang dadanya merasa bersyukur dengan keadaan Mika.Alhamdulilah mika tidak apa-apa.Qaisy terus sahaja masuk kedalam wad Mika begitu juga dengan hanis.

Namun,belum sempat Hanis masuk kedalam Qaisy menghalang Hanis dengan menekan bahu perempuan itu.Tidak mengizinkan perempuan itu masuk kedalam untuk berjumpa Mika.

"Qaisy..tolonglah aku nak jumpa Mika"

"Mulai hari ni jangan pernah jumpa Mika lagi" Jelas Qaisy menutup kasar pintu di hadapan muka Hanis membuatkan perempuan itu tertolak kebelakang.

Hanis menutup matanya dan kembali membuka perlahan.Dia tidak mahu pergi dari situ sampai dia jumpa Mika.Hanis kembali di atas kerusi itu.

DI DALAM wad keadaan Mika sudah terlihat pulih namun badannya masih lemah.Terlihat sahaja papanya menuju ke arah nya.Mika sudah mengukirkan senyuman untuk Qaisy.

"Mika ...Mika Okay?" Tanya Qaisy memberikan senyuman manis untuk Mika.Mika menangguk perlahan.

"okay.."Kata mika.mendengarkan suara putera kecil nya itu hati Qaisy sudah tenang.Wajah mika dilihat nya lembut.

"Papa" panggil Mika.

"iya mika.."

Mika berusaha mengukirkan senyum dibibirnya.Tangannya perlahan didepa nya mahu meminta pelukan dari qaisy.dia rindu dengan papanya itu.

Qaisy yang melihat itu terus menghampiri Mika dan memeluk perlahan tubuh kecil Mika.

"Mika saaaayaaang papa" kata mika kemudian mencium pipi Qaisy.

"Papa pun saaaayaaang dengan Mika..I love you Sayang"

"i love you Papa"

Hanis yang melihat itu dari cermin pintu bilik itu sudah mengukirkan senyuman nipis.Dia rindu untuk memeluk Mika.Air mata mengalir di pipinya.

"auntie hanis rindu dengan Mika" luah Hanis perlahan sambil mencapai cermin pintu bilik itu.Membayangkan dia mampu dekat dengan Mika.

Pelukan dilepaskan perlahan oleh Mika.Qaisy kemudian duduk di tepi katil anaknya itu.Mika masih dengan senyum nya,tanpa dia sengaja matanya tertuju ke arah cermin pintu bilik itu matanya di besarkan nya agar dia tidak salah lihat.

Auntie hanis?

"Auntie hanis?" kata mika membuatkan Qaisy melihat ke arah cermin pintu itu terlihat Hanis sudah melambaikan tangannya menuju ke arah Mika.

"papa Mika nak jumpa dengan auntie...mika rinduuuu sangat dengan dia.."

Qaisy memandang mika.kepala Mika di elusnya perlahan.

"tak payah lah jumpa auntie ya...papa kan ada"

Senyum Mika tiba-tiba menghilang dengan serta merta.Air mata mengalir di pipi anak kecil itu.Pandangan matanya tidak lepas melihat Hanis melalui cermin pintu itu.

"kenapa? kenapa semua orang tak izinkan Mika untuk jumpa dengan auntie ..mika sayang sangat dengan auntie.." Air mata nya terus mengalir merasakan rindu nya kepada Hanis semakin terasa di hatinya.

Melihat Mika seperti itu Qaisy menghembuskan nafas perlahan dan memberikan senyuman nipis untuk anaknya itu.wajah Mika dihadapkan perlahan kepada nya,pipi anak nya itu di tekan perlahan dan mengesat lembut air mata mika.

"papa izinkan Mika jumpa auntie" Kata Qaisy.

"Betul ke papa?"

"hm" Kata Qaisy kemudian melangkah mendekati pintu bilik itu untuk mengizinkan Hanis untuk berjumpa dengan Mika.

Hanis sudah mengukirkan senyuman bahagia.Sebelum perempuan itu masuk Qaisy sempat mendekati telingga Hanis dan membisik kan sesuatu untuk perempuan itu.

"Ini kali terakhir aku izinkan kau jumpa anak aku" bisik Qaisy sebelum membiarkan Hanis mendekati Mika.

Hanis hanya mampu diam dan terus sahaja mendekati Mika dengan senyuman di bibirnya.

"Mika.." Hanis sudah di hadapan mika.

"Auntie hanis.." Panggil Mika terus memeluk Hanis dengan erat.Hanis mengelus perlahan belakang badan Mika.

"Mika rindu auntie hanis.."

"auntie pun rindu Mika.."

"Auntie..auntie Sayang Mika tak?"

"sayang sangat" jawab Hanis mencium pipi anak kecil itu menghilangkan segala rindu yang ada di hatinya saat ini.

"sayang papa juga tak?" Tanya Mika.Polos.

Mendengarkan itu Hanis terus melepaskan pelukan nya kepada Mika dengan perlahan.Senyuman nipis diberikan untuk Mika dan memandang Qaisy beberapa saat sebelum menghadap Mika kembali.

"Sayang" jawab Hanis membuatkan Qaisy memandang Hanis begitu dalam namun dia hanya mampu diam dan hanya melihat Mika dan Hanis sahaja saat ini.

"Habis tu kenapa tak kahwin dengan papa..Mika nak sangat panggil auntie hanis mama Lagi macam dulu masa mula-mula Mika jumpa auntie"Ungkap mika.

Hanis mengelus pipi tembam mika dan memberikan senyuman kepada anak kecil itu.

"Auntie Tak boleh.." ungkap Hanis.

"tapi kenapa?" tanya Mika wajah nya terlihat sedih.

Hanis terus memandang ke arah lain tak sanggup melihat wajah sedih milik Mika.Bila sahaja melihat mika seperti itu terasa sebak di hatinya.

"Mika...kalau Mika nak panggil auntie Mama ..mika Boleh panggil.." Beritahu Hanis sengaja mengalihkan perbicaraan Mika dan dia tadi.Mika memandang Hanis kembali dan tersenyum manis.

"mama.." kata mika memeluk erat Hanis.

Qaisy melihat Mika dan Hanis satu perasaan tiba-tiba terasa di hatinya.Perasaan yang berat untuk dia katakan.Di dalam lubuk hatinya dia tak mampu untuk membenci kan Hanis seperti apa yang dia katakan kepada Hanis tadi..tapi...dia tidak mampu melawan takdir yang dia dan Hanis memang tidak akan bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience