45

Romance Completed 136098

QAISY masih memerhatikan Ikmal saat ini perlahan kaki nya melangkah mendekati lelaki itu sebelum tangannya menyentuh bahu Ikmal untuk menyedarkan lelaki itu.

Ikmal yang tersedar terus sahaja melihat ke belakang.Bila sahaja dia melihat Qaisy berada di belakang nya dia terus berdiri melihat tajam lelaki itu.

"Apa kau buat dengan Hanis?" Sinis sahaja soalan itu masuk ke telinga Qaisy saat ini.

Qaisy hanya mengendahkan Ikmal sambil menarik bangku yang berada benar-benar di hadapannya dan duduk di bangku itu dengan perlahan.Ikmal yang melihat Qaisy memperlakukan diri nya seburuk itu terus sahaja menarik kolar baju Qaisy dan melemparkan satu tumbukan di pipi kiri Qaisy dengan deras.

Qaisy memandang tajam anak mata Ikmal dan hanya melayangkan senyuman sengit.

Sekali lagi tumbukan deras mendarat di pipi Qaisy dengan lebih kuat membuatkan Hanis terbangun kerana bunyi tumbukan di pipi Qaisy tadi.Apabila sahaja Hanis terbangun tubuh Ikmal ditolak nya kuat membuatkan Ikmal tersandar di belakang dinding.

Qaisy membantu Hanis duduk dengan perlahan bibirnya tidak henti memberi kan senyuman untuk Hanis.Dia tidak melawan Ikmal bukan sebab dia takut dengan lelaki itu kalau dia mahu dia boleh sahaja belasah Ikmal sampai mati tapi dia tidak mahu memberikan Hanis tekanan buat saat ini.

"Ikmal?" kata Hanis terkejut dengan keberadaan Ikmal disitu secara tiba-tiba seperti ini.

Mendengar nada suara Hanis seperti itu Qaisy sudah merasa sedikit lega kerana Hanis juga tidak tahu Ikmal berada disitu dan dia tidak perlu rasa cemburu terhadap mereka berdua.

"Is..."

tiba-tiba sahaja Ikmal sudah memeluk erat Hanis membuatkan hanis terkejut tak mampu menolak pelukan lelaki itu.qaisy yang melihat Ikmal memeluk Hanis sekuat itu di depan matanya cepat-cepat menarik Ikmal untuk menjauh dari Hanis.

"Kau apa hal?!" Amarah Ikmal semakin meningkat kini.

"Kau tak nampak ke Hanis masih sakit lagi? kau peluk dia macam tu kau nak dia mati?" Kata Qaisy tidak mahu keadaan Hanis semakin teruk sekaligus melampiaskan rasa cemburu nya melihat pelukan erat Ikmal untuk Hanis tadi.

"Qaisy...dahlah" kata Hanis memberhentikan pertengkaran antara Qaisy dan Ikmal.Kepala nya yang tiba-tiba sahaja sakit di pegangnya lalu mencuba untuk berdiri perlahan kakinya di lepaskan ke lantai.

"Hanis..awak nak pergi mana?" tanya Qaisy bimbang dengan Hanis.

"Kau nak aku tunggu sini sampai korang berdua bersilat bagai? aku nak keluar" jawab Hanis merasa tak nyaman berada di bilik itu dengan situasi Qaisy dan Ikmal bergaduh seperti itu.

Qaisy menghentikan Hanis.

"Hanis..awak masih dalam keadaan yang tak stabil lagi biar saya je yang keluar.."

Hanis menatap wajah lelaki itu.Perasaan bersalah nya tiba-tiba terasa di dalam hatinya.Lengan lelaki itu di pegangnya dan mengeling perlahan.Dia tidak mahu Qaisy pergi meninggal kan dia.

Melihat itu Qaisy tersenyum lebar dan mengusap kepala Hanis perlahan.Baru kali ini dia melihat Hanis bertingkah manja seperti itu.Comel.

"Jangan risau saya ada kat luar.." kata Qaisy menenangkan hati Hanis.Hanis hanya mampu melepaskan lengan Qaisy perlahan.Entah kenapa dia tidak mahu Qaisy hilang dari pandangan matanya.

Bila sahaja Qaisy sudah keluar dari bilik itu.Hanis kembali duduk bersandar.ikmal yang dari tadi hanya melihat kemesraan kedua orang itu sudah menjeling tajam memandang Qaisy melalui cermin pintu itu.Kaki melangkah mendekati Hanis.

"Is" tangan Hanis di genggam nya namun cepat Hanis menarik tangan nya.tak mahu Ikmal menyentuh nya sama sekali.

Ikmal terdiam melihat tindakan Hanis.Namun,dia masih tersenyum melihat perempuan itu.

"Is kau tahu kan aku cinta kan kau.."

kata Ikmal terlihat ketulusan di dalam matanya.

mendengar kan itu Hanis sudah melihat tajam ke arah wajah Ikmal.

"Tapi aku tak cintakan kau" kata Hanis tanpa berkias sama sekali .dia tidak mahu lelaki itu mengharapkan dia lagi.

"aku tak boleh buang perasaan cinta dan sayang aku untuk kau walau kau benci kan aku sekalipun hati aku hanya untuk kau is.."

"jadi kau nak aku buat apa? jadi isteri kau?" Soal Hanis tak suka mendengar kata-kata itu dari Ikmal.

Ikmal melihat wajah Hanis sebelum memeluk tubuh perempuan itu hatinya berdetak hebat setiap kali dia memeluk Hanis dia tidak dapat lagi menyembunyikan keinginan nya untuk memiliki perempuan itu.

"Iya aku nak kau jadi isteri aku.." jujur Ikmal membuatkan Hanis menolak tubuh Ikmal untuk lepas dari pelukan itu.Hanis melihat tepat Ikmal tanpa kata sedikit pun.Dia hanya diam kerana dia tak sangka Ikmal benar-benar mencintai nya seperti ini sekali.

"please be my wife" ungkap Ikmal tulus untuk Hanis.

Hanis terdiam kaku tak mampu menjawab kata-kata itu.

***

NOR memberhentikan kereta Myvi nya.kemudian dia terus berlari untuk menuju ke arah bilik wad Hanis kerana dia tahu Qaisy pasti berada di situ.

Sampai sahaja di kawasan bilik wad Hanis terlihat Qaisy berdiri melihat kecermin pintu dan hanya terdiam di hadapan pintu bilik wad itu.Kaki melangkah pergi ke arah Qaisy.

"Qaisy?" panggilan Nor membuatkan Qaisy tersedar dan mula duduk di atas bangku kembali.Nor yang berdiri ngam-ngam di cermin pintu itu melihat Ikmal dan Hanis berada di dalam bilik.Senyuman penuh makna terukir di bibirnya.

"Kan dah kata dari awal pempuan tu tak baik,buktinya dia curang depan mata awak sendiri"

Qaisy yang mendengarkan kata-kata itu dari mulut Nor sudah ketawa kecil.Geli hatinya mendengar kata-kata seperti itu keluar dari mulut Nor.

"Kenapa ketawa?!" bidas Nor.

"Lain kali fikir lah dulu diri sendiri sebelum nak nilai orang..."Kata Qaisy sebelum pergi meninggalkan Nor.

Nor yang mendengarkan kata-kata itu sudah merasa tersindir dan hanya mampu membiarkan Qaisy pergi tanpa mengejar kembali lelaki itu.Lagipun dia datang ke hospital itu bukan saja-saja nak jumpa Qaisy tapi sekaligus mahu berjumpa dengan Hanis.

"Tak pe kalau aku tak boleh dapatkan kau...tak ada sesiapa yang boleh rampas kau dari aku" kata Nor merasakan kemarahan dan kesakitan di dalam hatinya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience