27

Romance Completed 136098

"Duda?"

"Iya pakcik saya duda" Jawab Qaisy tanpa ada perasaan ragu-ragu sedikit pun.Tangan Mika di gengamnya erat.

Wajah Pak Halim sudah berubah semakin datar dan serius wajah Hanis di tatap nya tajam.Hanis menghembuskan nafas perlahan,Jari telunjuknya mengaru dahinya perlahan sebelum berdiri mendekati abahnya itu.

"Abah..tak salah kan kalau adik dengan duda?" Tanya Hanis menatap mata abahnya.

"Adik..kan abah dah pesan.."Tegas abahnya namun nada suara di kecilkan tak mahu Qaisy terdengar perbualan mereka walau apa pun dia tetap ingin menjaga hati lelaki itu.

Hanis terdiam beberapa saat.Iya..sebenarnya dia pun tidak mahu anggap Qaisy sebagai bakal suaminya tapi dia terpaksa.Sudah lelaki itu ikut dia sampai di sini kalau bukan sebab Qaisy ikut dia malas dia mahu dekat dengan lelaki itu lagi!

"Bah..bukan senang tau orang nak dekat dengan adik,abah tau kan adik ni macam mana,dia je yang boleh cair kan hati adik ni" Ungkap Hanis berharap abahnya tidak mempersalahkan status Qaisy lagi.

lagipun malas dia mahu bertengkar tentang hal yang tidak nyata.

Pak Halim melihat wajah anak nya itu.Iya..dia tahu Hanis susah untuk mempunyai perasaan dengan seorang lelaki lagipun tidak salah status duda Qaisy untuk menjadi menantunya.

Kepala di anggukkan oleh Pak Halim dengan perlahan,Senyuman diberikan untuk Hanis dan pandangannya berpindah ke arah qaisy dan mika.matanya tiba-tiba tepat melihat mika,senyuman lebar diberikan untuk anak kecil itu lagipun tak lah lambat dia nak jadi datuk sudah ada sedia cucu di hadapan mata.

"Sini dekat atuk"Panggil Pak Halim sambil melambai kan tangan.

'Atuk? Aik? tadi bukan main tak suka' bisik Hanis di dalam hati.Tiber pulak dah panggil atuk? Heh!

Mika melihat wajah qaisy.qaisy melepaskan tangan Mika dan memberikan anaknya itu senyuman.Mika perlahan Melangkah mendekati pak Halim.Pertama kali dia ada orang mengenalkan diri kepadanya sebagai atuk.Allah SWT sahaja tahu bagaimana gembira nya hati anak kecil itu saat ini.

Mika tanpa lama terus memeluk lembut pak Halim.

"Atuk.." Kata mika sambil mengukir indah senyuman di bibir.

"Iya atuk..nak pergi mancing dengan atuk tak esok?" Tanya pak Halim mengelus lembut kepala Mika.

"Nak! nanti ajak papa dengan kak Hanis sekali " kata mika penuh semangat.

"Boleh..tapi kenapa panggil kakak? panggil auntie atau mama..Kan nanti nak jadi bakal mama Mika juga" Beritahu Pak halim.kurang sesuai untuk Mika panggil Hanis kakak dengan hubungan Qaisy dan Hanis yang sebentar lagi akan menjadi suami isteri.

"Tapi..papa tak bagi mika panggil kak Hanis mama" jelas Mika.

Mendengarkan itu Hanis sedikit terkejut namun di kawal nya.

'Hah? ke-kenapa dia tak bagi mika panggil aku mama? jadi betul lah Qaisy nak rujuk dengan Nor sampai tak bagi mika panggil aku mama?,Tapi aku sendiri yang tak bagi dia panggil aku mama...ta-tapi..Argh! peninglah!' Hanis kebinggungan memikirkan persoalan yang ada di kepalanya kini.Mata di pejam ya ketat kemudian di buka nya kembali.

"adik" panggil Pak Halim bila melihat Hanis terdiam sebegitu.

"adik!" laung pak Halim membuatkan Hanis tersedar dari lamunan nya terus sahaja dia memandang tepat ke arah pak Halim.

"Ah?"

"kenapa tak bagi mika panggil kamu mama?"

'Tanyalah duda sengal tu ah' bisik hati Hanis sambil menjelingkan anak matanya ke arah Qaisy.

"erm..saja" jawab hanis.dia tak tahu lagi mahu jawab apa.

"Saja?" Soal Mak Salmah yang dari tadi hanya mendengar perbualan anak beranak itu kerana dia pun baru sahaja menyiap kan tempat tidur untuk Qaisy dan Mika.

Hanis sudah semakin tak berkutik pada saat itu entahlah dia pun tak tahu lagi jawab apa nanti kalau dia jawab cerita sebenar habis lah semuanya nanti terbongkar.

Anak matanya melihat Qaisy.Ish duda sengal ni pun tak ada ke rasa nak defend dia sedikit!

Qaisy membalas pandangan itu.

"Saja sebab Hanis pun nak Mika panggil dia mama lepas kami kahwin nanti..kan sayang" Jelas qaisy sambil melangkah mendekati Hanis.

Glup!

Air liur ditelan pahit oleh Hanis.

'Sayang?eiiiiiii' Bisik hati hanis.geli dia!

"Iya" jawab Hanis menolak sedikit tubuh Qaisy kerana terlalu dekat dengannya.

"Owhh" kata serentak dari Pak Halim dan mak Salmah.Mika melihat Qaisy dan Hanis sambil mengukirkan senyuman.

"tak pe Mika panggil auntie Jangan panggil kakak" Jelas Pak Halim.

'Auntie? tua ke aku?erm..lantaklah' Bisik hanis.redha sahaja dia pada saat ini.Nak panggil apa pun panggil lah.Jangan panggil tok Wan sudah.

"Okay..erm Jadi papa dengan auntie bila kahwin atuk?" Tanya mika.polos.

"Tu kena tanya papa" Jawab Pak Halim.

"Dah..dah jom pergi makan.."Kata mak Salmah mempersilakan semua orang untuk menjamu selera terlebih dahulu.

Bila sahaja tinggal Hanis dan Qaisy di situ suasana tiba-tiba sahaja terlihat canggung.Hanis terus melihat Qaisy.

"Terima kasih" ucap Hanis.

"For?"

"sebab dah berlakon tadi" kata Hanis lagi.

"Okay sama-sama" Balas Qaisy terus melangkah pergi menuju ke dapur.

Hanis yang masih di situ seorang diri sudah menghembuskan nafas perlahan.

"Bukan dia ke kena terima kasih dekat aku? yelah aku dah penat - penat berlakon tadi supaya dia boleh tinggal sini..kenapa aku yang terima kasih kat dia ? ah lantak lah!" Hanis turut melangkah ke dapur untuk mengisi perut nya yang kosong.

***

Joe melihat setiap inci wajah perempuan yang ada di dalam handphone nya itu.Dia tak tahu kenapa dia seperti pernah melihat wajah perempuan itu tapi dia tak ingat di mana dan siapa perempuan yang bernama Hanis ini?

"Jahat sangat ke dia sampai puan sri tak suka pempuan ni dekat dengan encik Qaisy?" persoalan itu sering kali bermain di minda nya.Bila di lihat-lihat cantik juga perempuan itu cuma agak kasar sedikit.

"Aduhh! penat aku!" Rungut Azad yang baru sahaja balik dari mencari maklumat tentang orang terdekat Hanis tapi belum jumpa lagi.

Melihat sahaja Azad sudah kembali ke rumah Joe terus menutup handphone nya dan terus berpura-pura melihat televisyen.

"Macam mana bro jumpa?" Soal Joe.

"Tak! aku tak tahu lah siapa pempuan ni dekat" kata Azad sambil meraup wajahnya kasar.kesal dengan dirinya sendiri kerana tidak dapat mencari Hanis.

"Owh" balas joe.matanya kembali ke arah televisyen di hadapannya.

"owh je? woi tolong lah aku cari" Kata Azad kesal melihat sikap Joe seperti mahu tak mahu sahaja mencari perempuan itu.

"Kau cakap kau boleh selesaikan semuanya.."

"Lembab ke apa kau ni? memang lah tapi takkan lah kau nak goyang kaki tak buat apa-apa"Azad mula kesal dengan kawannya seorang itu.

"iyalah nanti aku tolong kau cari"Joe sudah menekan-nekan remote televisyen mencari siaran yang dia suka.

Melihat sikap Joe yang seperti itu Azad sudah mengelingkan kepalanya.

"Dahlah aku nak rehat kejap.." kata Azad sambil kakinya sudah melangkah masuk ke dalam biliknya.

Bila sahaja Azad sudah tidak terlihat di matanya Joe terus mengambil handphone nya untuk memperhatikan wajah Hanis untuk sekali lagi dia tidak tahu kenapa dia rasa dia kenal dengan perempuan itu.Entahlah? perasaan nya sahaja atau memang dia kenal dengan Hanis.

"Kenapa aku rasa aku kenal dia" Ungkap joe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience