1:00PM
HANIS melemparkan beg sandang adidas nya dengan perasaan marah yang masih melekat di hatinya akibat kata-kata Qaisy tadi.Dia pun satu.sudah tahu lelaki itu IQ rendah masih mahu menerima permintaan Nor untuk kawin dengan duda sengal itu.
Rambut depan yang sedikit menutup mata di larikannya kebelakang.
"Patutlah Nor pun tak tahan dengan mamat sengal tu ...rupa-rupanya..macam ni perangai dia"Ungkap Hanis .kesal dengan sikap lelaki itu.
Hanis mengeluh perlahan.
"tak sekarang ni..macam mana aku nak goda dia ni..."
Hanis terdiam sebentar..Goda? perkataan itu buat kan dia berfikir panjang dan jijik sendiri bila mendengar kata goda.
Eyewwww!
"Ish!bukan goda...bukan-bukan..goda tu macam pempuan jalang pulak dah..no-no Aku bukan pempuan jalang.."ungkap Hanis tak terima dengan perkataan 'goda' yang dia sebut sendiri.
Kepala digaru- garu oleh Hanis kembali memikirkan bagaimana mahu mengambil hati seorang duda.
"erm..macam mana aku nak ngorat duda sengal ni?dah lah mulut dia tak ada insurans macam tu..aduh! kusut ah!"
Entahlah.dia pun tak tahu macam mana mahu mengorat seorang lelaki lebih tepatnya seorang duda,Susah betul mahu bercakap baik - baik dengan lelaki itu.
Tring!tring!
Tiba - tiba handphone nya berdering tanda ada seseorang mencall nya.Handphone Neffos C5a nya di ambil lalu panggilan terus diangkatnya.
"Asalamualaikum Hanis..macam mana dah dapat cair kan hati dia?" Soal nor.memulakan perbualan.
"Erm...........sikit lagi.." jawab Hanis .tak mahu malu di hadapan Nor.Lagipun dia sudah menolak rancangan Nor sebelum ini dan lebih memilih menggunakan cara nya sendiri.
"Sikit lagi? ke tak di layan langsung" teka Nor tahu akan sikap bekas suaminya itu.tawa kecil terlepas di hujung kata.
Hanis sudah memutar anak mata nya ke atas .Berani betul Nor pandang rendah akan dia.Ingat dia tidak boleh mengambil hati lelaki itu dengan cara nya sendiri.
"Eh kau jangan nak rendah kan aku tau..asal kau tahu,aku dengan duda kau tu esok nak pergi dating!" Kata Hanis .kesal dengan kata-kata Nor tadi.
Nor sudah ketawa kecil .Macam lah dia tak tahu Hanis hanya main cakap sahaja realiti nya seperti yang dia fikirkan tadi.
Mendengarkan ketawa itu dari dalam talian.Hanis sudah memuncungkan bibir tambah geram dengan reaksi Nor.
"okay! Kalau kau tak percaya esok kau boleh tengok aku dengan dia dating dari jauh ..jangan jealous dah lah.." Ejek Hanis kembali.
"Okay...kat mana?"
"nanti aku share tempat" beritahu hanis.yakin.
panggilan telefon dimatikan oleh Hanis.Kepala diketuk nya agak kuat.Entah apalah yang dia fikirkan tadi.Macam mana dia mahu dating dengan Qaisy kalau sikit pun lelaki itu tidak mahu melihat nya.
Hembusan nafas dilemparnya kuat.
***
OFFICE
"So kau nak plan bila projek tu ?" soal Taufiq kawan baik Qaisy a.k.a kawan sekerja nya juga.
Qaisy masih memandang kosong tanpa melihat Taufiq sedikit pun.Dia masih memikirkan siapa Hanis sebenarnya? sudah 3 kali dia berjumpa dengan perempuan itu .perasaan musykil nya semakin menebal.
"Qaisy!" Panggil Taufiq bila melihat qaisy tanpa reaksi sama sekali.
bila mendengarkan itu baru Qaisy perasan akan kewujudan Taufiq.Kening nya mula berkerut tak sedar Taufiq sudah tertengek di hadapan nya sekarang dengan fail di atas meja nya.
"Bila kau masuk?" Soal Qaisy .hairan.perasaan tiada pula dia terdengar bunyi ketukan pintu.
"aik? engkau ni hanggau ke apa? selalunya aku masuk bilik kau,tak de pula kau buta macam ni.."Kata Taufiq .hairan dengan sikap Qaisy hari ini.
"kau kenapa ni?masih ingatkan bekas isteri kau ke? dah lah Qaisy move on lah"ungkap Taufiq .Perasan dengan sikap Qaisy yang tak seperti selalu .
Qaisy menyegitkan senyum nya.dia ingatkan bekas isteri nya lagi ? memang tak mungkin lah..sudah lama dia lupakan perempuan itu..hatinya pun sudah luput dari kisah-kisah silam itu.
"Aku? ingatkan bekas isteri aku? memang tak lah.."
"habis tu..yang kau menung je ni dah kenapa?"
"aku ingatkan satu pempuan ni.."Beritahu Qaisy .masih teringat wajah Hanis di matanya.
Ha'hem!
deheman Taufiq mempunyai makna tertentu, iyalah sudah lama dia tak mendengar Qaisy bercerita tentang perempuan lain selain nor.itu pun sudah lama.
"ermmm ada cinta baru ke cik abang oi" Usik Taufiq sambil tersenyum - senyum melihat Qaisy.
Qaisy menghembus nafas perlahan.mesti kawan baik nya itu memikirkan tak tentu arah.
"bukan tu lah maksud aku Fiq..engkau ni kan.."
"Jadi apa?" soal Taufiq lagi.
"Pempuan tu dia pelik lah..kau bayangkan dia baru kenal aku tapi dia dah ajak aku kawin.." Jelas Qaisy menyimpulkan segala kemusykilan nya.
Taufiq sudah menutup mulut nya ingin menahan tawa .Namun,ketawa nya itu akhirnya pecah.
"Haahhahhahaa!!!! macam tak biasa kau kan duda hot"Usik Taufiq lagi.sudah banyak perempuan yang tawarkan diri untuk jadi isteri Qaisy di office ini baginya perkara itu tidaklah pelik untuk Qaisy.
Qaisy menggosok dahi nya perlahan.Senyum malu nya terlukis di bibir.
iya,itulah gelaran nya di office ini duda hot atau daddy hot.sejak banyak staff perempuan tahu dia sudah bercerai dengan Nor semua tergedik-gedik mengoda nya dengan bermacam cara .
Ada yang setiap hari menghantarkan bunga dan coklat ada juga yang membancuhkan nya kopi pada waktu pagi.Namun bagi Qaisy usaha mereka hanya sia - sia kerana dia langsung tidak tertarik kepada perempuan seperti itu.
Lagipun baginya perempuan yang setia belum lahir di atas muka bumi ini atau mungkin sudah tidak ada lagi.
"tapi Fiq ..pempuan ni lain lah..dari penampilan dia .dari cara dia bercakap ,cara dia tengok aku tak macam pempuan lain yang pernah aku jumpa.." Luah Qaisy .baru kali ini dia berjumpa dengan perempuan berbeza seperti Hanis.sangat berbeza.
"erm..lain macam mana?" soal Taufiq ingin tahu apa perbezaan perempuan yang dimaksudkan oleh Qaisy .
Qaisy mengingat kembali keperibadian Hanis .
"Dia tak gedik..dia tak bergaya,tak fashionable,Tak make up,Tak feminim,natural,kasar,kuat memaki,tak sopan..pelik" Jelas Qaisy.
"cantik?" soal taufiq.senyuman lebar terukir di bibir.
"Cantik apa?dah macam gangster aku tengok" Beritahu Qaisy .ketawa lepas mendengar kan soalan Taufiq.baginya Hanis langsung tidak macam perempuan lain.Mungkin kerana sikap perempuan itu.
Taufiq juga turut tertawa dengan kata-kata jujur Qaisy tadi.
"Kau jangan Qaisy nanti gangster tu yang jadi wife kau baru padan muka .hahahaha!" Usik taufiq.ketawa lepas.
"tak nak aku.."jawab Qaisy tak rela beristeri kan seorang perempuan jadi-jadian seperti hanis.jauh-jauh lah dapat isteri seperti itu.
Share this novel