NOR masuk ke dalam bilik Hanis dengan perlahan kakinya melangkah ke arah Ikmal dan memerhatikan lelaki itu dengan pandangan tajam.
"Aku nak bercakap dengan Hanis" kata tegas oleh Nor tanpa berdalih.
Ikmal yang mendengarkan itu melihat Hanis sejenak terdetik perasaan risau nya untuk meninggalkan Hanis dan Nor sahaja di bilik itu.
Hanis yang sedar dengan perasaan risau Ikmal terus memberikan senyuman nipis untuk lelaki itu memberikan isyarat yang dia tidak akan apa-apa.Ikmal hanya mengangguk kecil dan mula berdiri dari bangku itu dan melangkah pergi meninggalkan Hanis dan Nor.
Sebaik sahaja tidak terlihat bayang Ikmal di hadapan mereka terus sahaja Nor duduk di atas katil Hanis bersebelahan dengan perempuan itu.Senyuman lebar di berikan untuk Hanis sambil mengeluh panjang.
"Hmmm...aku ingatkan kau boleh tolong aku dulu..rupanya harap kan pegar,pegar makan padi" Sindir Nor sambil mengambil sebotol mineral yang belum berbuka di atas meja lalu di teguk nya .
Hanis yang mendengarkan kata-kata Nor tadi sudah menjeling kan anak matanya tajam ke arah Nor.Dia tahu apa yang di maksud kan oleh Nor.Sengaja sahaja mahu cari masalah dengannya!
"Kau ingat aku tak faham ke apa yang kau maksudkan? Ah!" bidas Hanis merasakan emosi nya kini semakin meningkat.
"Hmm..aku ingat pempuan macam kau ni bodoh rupanya kau pandai juga kan"
Hembusan nafas kasar di lepaskan oleh Hanis.Mengawal kemarahan di hatinya.
"Kau nak aku koyak kan mulut kau ke?!"
Hanis sudah merasa tak nyaman dengan keberadaan Nor di situ.kalau lah dia sihat mahu sahaja dia tendang perempuan itu keluar dari bilik nya saat ini.
"Wuuuu....kau nak koyakkan mulut aku? aku rasa aku yang akan buat benda tu kat kau..kau tahu tak aku ingat kau lah kawan yang paling boleh aku harapkan tapi ermmm rupanya aku salah.."
Nor melepaskan punggungnya dari katil itu dan mula melangkah dan berjalan perlahan-lahan sambil melihat tajam Hanis.
"Hmm..kadang kan aku terfikir juga kenapalah aku ada kawan paling sial dalam hidup aku macam kau ni..kenapa erk? kau ambil Anak aku,kau ambil kebahagian aku,kau ambil Qaisy dari aku!!! and everything!"
Nor yang mula merasakan dendam di dalam lubuk hati nya pantas mendekati Hanis dan menekan kedua pipi Hanis dengan tangan kanannya kuat terlihat merah pipi Hanis ketika ini.Hanis yang masih dalam keadaan lemah tidak mampu untuk melawan perempuan itu.
"Lepas lah!" teriak Hanis kesakit pada saat ini.
Mulut Hanis di tutup nya ketat agar tiada siapa mendengarkan suara perempuan itu lagi.
"Uishhh!!!! eh pempuan sebab kau anak aku mati! kau tahu tak sebab kau anak aku dah tak ada!!! kau sengaja kan nak bunuh Mika supaya aku dah tak ada alasan nak kembali dengan Qaisy kan! kau tahu tak kau pempuan paling kejam! syaitan!"
Kedua tangan Nor sudah menjalar kuat ke leher Hanis kini.Hanis cuba melawan dengan sekuat tenaga nya badan nya mula mengelumpur untuk lepas dari Nor saat ini.Tangannya dipaksakan nya untuk menekan butang merah di atas nya namun tidak sampai.
"QA...ISY..." Hanis hanya mengharapkan lelaki itu muncul di hadapannya saat ini.Hanya itu yang perempuan itu mahu.Kalau lah dia mati untuk saat ini biarlah dia sempat melihat wajah lelaki itu.
"QA..ISY.." air mata kesakitan nya mula mengalir membasahi pipi nya saat ini.Sakit....
Terlihat leher nya mula membiru.
Nor yang semakin mendengar nama Qaisy disebut berkali-kali oleh Hanis menambahkan kesakitan dan dendam nya pada perempuan itu.Ingat dia akan lepaskan perempuan itu? tidak kalau dia tak dapat memiliki Qaisy tiada siapa yang boleh hidup bahagia bersama bekas suaminya itu.
Mata nya mula tertutup perlahan.Badan nya semakin lemah terasa nafas sudah berada di hujungnya.Perlahan matanya semakin tertutup.
Prakkkk!!!!
Pintu terbuka luas.Qaisy yang melihat Nor mencekik leher Hanis saat ini cepat menolak Nor membuatkan perempuan itu terjatuh kuat ke lantai.Tiba-tiba sahaja kejadian Puan Sri Zalia mencekik Mika terbayang-bayang di kepalanya kini terus sahaja dia memeluk Hanis memastikan perempuan itu tidak apa-apa.Butang merah ditekannya untuk memanggil doktor.
Dia pun tidak tahu mengapa dia terasa ingin pergi melihat Hanis tadi seperti ada satu suara yang memanggil nya.Hanis mengatur nafas nya kembali pelukan Qaisy di balasnya untuk yang pertama kali.
"Terima kasih" ungkap Hanis sambil air mata nya mengalir membasahi pipinya.
"sakit.." Qaisy melepaskan pelukan nya dan memeriksa leher Hanis yang terlihat jelas bekas merah dan semakin membiru.
Hanis mengangguk perlahan membuatkan Qaisy teringat kejadian arwah putera nya Mika.Dia tidak mahu orang yang dia sayang meninggal dalam keadaan yang sama.Dia tidak mahu kehilangan orang yang dia cintai lagi.
"Maafkan saya.." ungkap sayu qaisy mengusap pipi Hanis.Hanis memberikan senyuman nipis kepada Qaisy.Kemudian tiba-tiba sahaja dia batuk berkali-kali.Masih merasa sakit akibat perbuatan Nor tadi.
Nor berdiri dari lantai dan melepaskan pegangan tangan Qaisy dari kepala Hanis saat ini.Dia tidak suka lelaki yang dia cintai mesra seperti itu dengan perempuan lain.
"Qaisy! awak milik saya.." ungkap Nor memeluk seratnya tubuh Qaisy.
Qaisy menolak tubuh Nor menjauh darinya.Semakin hari semakin rasa benci nya menebal ke arah perempuan itu pelukan Nor terus di tukarnya cepat dengan lengannya sudah berada di leher Nor agar Nor tidak boleh lari dari hospital.
Handphone iphone nya di ambilnya lalu mendail nombor pegawai polis .Kali ini Nor memang sudah melampau dan tidak boleh dia biarkan.Takut nanti Nor akan buat lagi teruk dari ini pada Hanis.
Selesai menghubungi polis tubuh Nor disandarkan nya di dinding.Wajah nya mula mendekat kearah Nor.
"jangan pernah sentuh perempuan yang aku cinta" ungkap Qaisy memandang tajam ke arah Nor.Baru kali ini dia melihat sikap seperti ini ada dalam diri qaisy.Selama dia kahwin dengan Qaisy dia tidak pernah melihat Qaisy menjaganya seperti ini.
Sekarang baru dia sedar cinta Qaisy pada Hanis tidak seperti cinta Qaisy padanya pada suatu ketika dahulu.Air mata nya mengalir ke pipi dia tidak tahu perasaan sakit hati apa yang ada dalam dirinya kini.Rasanya benar-benar sakit.
"Awak memang tak pernah cintakan saya..tak pernah" Ungkap Nor sudah menyerah dengan apa yang dia sudah buat selama ini.Dia sedar cinta Qaisy sudah tidak ada lagi untuknya tapi perasaan benci nya pada Hanis tidak akan pernah berubah.
Nor merasa lemah saat ini.Kakinya perlahan tersungkur di hadapan Qaisy.Suasana tiba-tiba terasa sunyi.
....................
Doktor yang tiba-tiba sahaja masuk kedalam bilik Hanis terus sahaja memeriksa keadaan hanis.terlihat Hanis baik-baik sahaja dan nasib baik Qaisy sempat menghalang perlakuan Nor tadi kalau tidak mungkin Hanis juga akan berjumpa dengan Mika.
****
NOR dibawa ke dalam kereta polis.Jabatan tangan di berikan oleh ketua polis itu dan dibalas senang oleh Qaisy dengan mengangkat tangannya di atas dahi tanda hormat untuk ketua polis itu.
Qaisy cepat melihat keadaan Hanis.Ikmal yang dari tadi hanya berada disitu mendekati Hanis.Namun belum sempat dia dekati terlihat Qaisy yang sudah semakin dekat dengan Hanis.Ikmal terus melangkah pergi.
"Cinta aku hanya untuk kau Hanis" ungkap Ikmal.Dia tidak mampu lagi untuk melihat wajah Hanis.Tak mungkin dia akan melihat orang yang dia sayang bahagia bersama orang lain.Dia bukan Munafik mahu pura-pura bahagia agar terlihat begitu kuat.
_______
HANIS terdiam air mata mengalir tanpa dia sedari .
"Mika.." dia langsung tidak sangka Qaisy sanggup sembunyikan hal sepenting ini pada dirinya.
"Hanis..." panggilan lembut dari Qaisy dia menggenggam erat tangan Hanis.
"Kenapa kau tak bagitahu aku Mika dah meninggal..kau tahu tak benda ni penting! sangat penting...kau masih anggap aku orang asing ke? sampai kau tak pernah bagitahu Mika dah tak ada..." Kecewa Hanis melihat sikap Qaisy seperti ini.
"saya minta maaf,sa..ya " Sayu sahaja nada suara Qaisy saat ini membuatkan Hanis merasa serba salah tak sepatutnya dia bernada begitu kasar dengan Qaisy tadi dia tahu Qaisy juga tentu susah untuk mengatakan hal ini dengannya kerana keadaan nya yang seperti sekarang ini.
Hembusan nafas dilepaskan perlahan oleh Hanis .perasaan bersalah menguasai dirinya.
Perlahan tangan Hanis memupuk bahu Qaisy.Menenangkan lelaki itu.Dia tidak mahu menambah kesedihan Qaisy kerana sikap nya tadi.Dia juga tidak mahu mementingkan perasaan nya sahaja tanpa menghiraukan perasaan Qaisy yang jelas-jelas Bapa kandung arwah anak kecil itu.
"aku minta maaf,kita sama-sama relakan pemergian Mika ya.." Ungkap Hanis membuat kan Qaisy langsung tak berkata apa-apa dan tidak sangka Hanis bersikap lembut seperti itu.dia tahu Hanis seorang perempuan yang berbeza.Walaupun dia terlihat gembira tapi dalam hatinya hanya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu.
"tolong janji dengan aku...kalau aku dah sihat,kita pergi kubur arwah..." Mohon Hanis memberikan senyuman nipis kepada Qaisy untuk menutup kesedihan nya.Dia tidak mahu arwah terseksa di alam sana jika dia meratapi pemergian arwah.Dia redha dengan ketentuan Allah SWT.
Qaisy mengangguk perlahan kalau pun Hanis tidak berkata begitu dia akan tetap pergi ke kubur Mika bersama Hanis apabila perempuan itu sudah sihat.
Share this novel