10:00 AM
HANIS menunggu lama di taman itu tempat dia dan Qaisy akan berjumpa hari ini.Hatinya seakan tidak mampu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki itu dan mika.Mata dipejam nya perlahan menenangkan hatinya.Angin menampar lembut wajahnya kini.
"Awak?"
Tiba-tiba suara itu menerjah ke telingga nya terus sahaja dia membuka matanya pantas kemudian melihat di sampingnya .Terlihat Qaisy dan Mika sudah duduk di sampingnya.
"Sebelum tu saya nak bagi awak sesuatu..." Kata qaisy sambil tersenyum dan memandang wajah Mika.Mika hanya membalas senyuman papanya dengan lebar.
"mama kena pakai ni..nah!" Kata Mika sambil tangannya menyeluk satu kain berwarna hitam di dalam beg galas kecil nya itu.Kain hitam di berikan kepada Qaisy.
Qaisy mengambil perlahan kain hitam itu sambil bangkit dari bangku nya dan melangkah perlahan ke arah belakang Hanis.Mata Hanis di tutup nya rapat.
Hanis hanya terdiam mengikuti apa sahaja yang Mika dan Qaisy lakukan terhadap dirinya.Hatinya tiba-tiba terasa pedih...Air mata mengalir di pipinya,Kepala di tundukkan nya.Tangan nya pura-pura menyapu-nyapu pipinya untuk mengelap air matanya itu.
Kepala di donggakannya semula.Lengan Hanis di pegang lembut oleh Qaisy dan Mika mengengam tangan Hanis perlahan mahu menunjukkan sesuatu untuk Hanis.
"Okay..Awak dah sedia.."Tanya Qaisy.Hanya anggukan kepala yang diberikan untuk Qaisy.
Kain hitam yang berada di mata Hanis di buka perlahan.Mata Hanis terbuka perlahan-lahan.
"Untuk mama!" Kata mika penuh semangat wajah Hanis ditatap nya penuh dengan senyuman yang berada dibibirnya.
Hanis melihat Mika .bibirnya mengukir senyuman nipis.Terlihat sekarang ini sebuah motosikal Ducati SuperSport 950 dihadapan nya,dia mendekati motorsikal itu.Cantik...Air mata mengalir di pipinya perlahan.
Dia bukan terlalu gembira kerana mendapat hadiah itu tapi dia sedih ..dia sedih kerana Qaisy dan mika masih belum tahu apa alasannya bersetuju untuk berjumpa dengan Qaisy hari ini.
Dia takut untuk tinggalkan Mika dan Qaisy...
Qaisy yang tersedar dengan riak wajah Hanis.Dia mendekati hanis.Lengan Hanis di capainya dan membawa perempuan itu menghadap nya kini.
"Hanis..awak kenapa ?" tanya Qaisy.
Hanis melihat wajah qaisy.Senyuman lebar diberikan untuk Qaisy menyembunyikan segala rasa sedih nya kini.
"Ah? Tak de apa lah..mata aku sakit..tulah beair tu..lupa pula aku nak pergi hospital tadi,aduh macam mana lah aku boleh lupa haahhahaa" Beritahu Hanis cuba menutup perkara yang sebenar.Qaisy sudah tersenyum mendengarkan penjelasan Hanis tadi.Dia risau Hanis ada masalah sahaja tadi.
Mika melihat Hanis dan qaisy mula melangkah mendekati qaisy.kemeja putih Qaisy di tarik nya perlahan.Qaisy menundukkan badannya sedikit untuk mendengarkan Mika.
"Papa cepatlah.." Bisik mika ketelingga qaisy.
"Owh okay.." Bisik Qaisy pula .
Hanis sudah mengerutkan dahi.hairan pula dengan sikap anak beranak di hadapannya itu.
Mika mengeluarkan kotak berwarna merah dan diberikan pada Qaisy .iPad yang berada di beg nya juga diberikannya pada Hanis.Hanis hanya menyambut iPad itu dengan perlahan.
Terpapar satu video di iPad itu.Video dipasangnya tanpa ragu.
"Hanis Zalikha saya dah jatuh cinta dengan awak"
"Saya cintakan awak..saya sayang dekat awak..."
Selesai sahaja video itu diputarkan,Qaisy terus melutut di hadapan Hanis.kotak merah itu di buka perlahan dan tujukan pada Hanis terlihat sebentuk cincin berada di dalam kotak merah itu.
Hanis tak mampu berkata apa-apa.dia tak mampu untuk mengungkap kata walau hanya sebaris ayat sekali pun...
"Dulu awak selalu Ajak saya kahwin...tapi sekarang..."
"Hanis Zalikha..sudi tak awak jadi isteri seorang duda yang bernama Tengku Adam Qaisy dan jadi mama untuk Mikael Aryan..." Ungkap Qaisy melihat lembut wajah Hanis pada saat ini.
Hanis terkaku...
'qaisy,Mika a..aku minta maaf..' Ucap hati Hanis.
Mata nya melihat wajah Mika dan Qaisy.ipad yang berada ditangannya di berikan pada Mika semula.Mika mengambil iPad itu lalu disimpan kembali ke beg nya.tangan Hanis di gengam nya erat.
"Erm..kau..kau diri lah..aku tak suka kau berlutut macam ni" Minta Hanis.Qaisy hanya mengikuti kata-kata Hanis.
"Qaisy..."
Pandangan Qaisy hanya tertumpu kepada Hanis.
"Aku tak ada apa-apa perasaan dengan kau..kosong..aku dekat dengan kau pun sebab Mika..bukan sebab apa-apa..Aku harap kau faham lah,Aku tak cintakan kau"Kata Hanis.Mata nya melihat Qaisy.Hatinya menahan rasa sedih nya kini.Dia terpaksa mengata kan semua ini agar Qaisy tak mendekati dia lagi.
Senyuman dibibir Qaisy sudah mula pudar.Mika yang mendengarkan Pengakuan daripada Hanis tadi sudah melepaskan genggaman tangannya.Mika sudah perlahan menjauhkan diri dari Hanis dan mendekati papanya .
"Hanis awak .."
"Qaisy..aku tak boleh tipu perasaan aku..aku tak pernah ada perasaan dengan kau,iya..aku mengaku aku sayangkan mika.tapi bukan bererti aku cintakan kau.." kata Hanis lagi.
Qaisy sudah menelan air liur kelat.Dada nya sesak dan hatinya sakit mendengarkan setiap bait perkataan yang di katakan oleh Hanis.Qaisy hanya menganggukkan perlahan dan memalingkan pandangannya kearah lain.
Hanis menarik dan menghembuskan nafas nya serta merta.
Dia mendekati Mika perlahan.
"Mika..mama dah tak boleh jumpa Mika lagi..mama minta maaf ya.."
Mendengarkan kata-kata Hanis tadi wajah mika mula berubah 360 darjah.Terlihat air mata anak kecil itu sudah mengalir deras namun dia tidak mengeluarkan bunyi esakkan sedikit pun.
Hanis mengalihkan pandangan nya ke arah lain tidak mahu melihat Mika bersedih seperti itu.Dia cuba untuk mengawal rasa sedih nya.
"Qaisy.Aku tak boleh terima cincin tu,aku tak boleh terima hadiah kau ni..aku minta maaf" Ungkap Hanis .Dia terpaksa melakukan ini demi kebaikan semua orang.
Hanis melangkah untuk pergi dari taman itu.Dia sudah tak sanggup lama-lama disitu untuk melihat kesedihan di wajah Mika dan Qaisy.
Qaisy melihat kearah Hanis.Hembusan nafas perlahan di lepaskan nya menahan segala kekecewaan dihatinya kini.
"Hanis.."
Mendengarkan suara itu .Langkah kaki Hanis terhenti seketika.
"awak boleh tolak cinta saya..tapi tolong terima hadiah yang saya bagi..saya ikhlas anggap lah hadiah ni tanda terima kasih saya sebab awak dah tumpang kan kasih sayang untuk mika.."
Hanis yang mendengarkan itu.Sudah merasakan hatinya semakin sebak.Anak matanya mula berkaca-kaca menahan segala kesedihan di dalam hatinya.
"Terima kasih juga sebab awak dah tumpangkan kebahagian untuk saya..."Ucap Qaisy kemudian memegang tangan mika lalu mengendong anak nya itu.air mata yang mengalir di pipi Mika di lapnya perlahan.belakang badan Mika di usapnya perlahan untuk menenangkan anak kecil itu.
Kaki melangkah perlahan meninggalkan Hanis yang masih terdiam di situ.Sebaik sahaja mereka sudah pergi Hanis memejam kan matanya ,air mata mengalir tanpa dia sedar.
"A..ku...cintakan kau" Luah Hanis menusuk ke hatinya serasa pedih dan sakit untuk melepaskan orang yang dia cinta.
Share this novel