25

Romance Completed 136098

5 JAM BERLALU

SETELAH bas berhenti Hanis terus sahaja bergegas turun dari bas itu.Qaisy dan Mika juga turut turun dari bas namun sampai kini Qaisy langsung tidak melihat sosok Hanis padahal dia pasti Hanis naik bas itu.
matanya kehulu ke hilir mencari kelibat Hanis,Mata nya terhenti secara tiba-tiba apabila melihat Hanis berbual dengan seorang lelaki tua yang berada di dalam kereta.

"Kenapa tiba-tiba Hanis balik ni?" Soal Pak Ali kawan baik kepada abah Hanis.Nasib baik lah orang tua itu kebetulan di situ senang lah sedikit dia menumpang untuk ke rumahnya.

"nak jumpa mak dengan abah lah pak ali..ni boleh Hanis tumpang pak ali balik rumah tak?"Tanya Hanis.berharap pak ali mempersilakan dia masuk ke dalam kereta itu.Tolonglah...

"Eh Boleh ..masuk lah masuk beg tu taruh je kat dalam belakang kereta"kata pak ali sudah memegang stereng kereta nya.

Hanis menarik nafas lega.Fuh..nasib baik pak ali bagi tumpang..Beg bagasi di masukkan ke dalam belakang kereta berjenama proton lalu dia terus masuk ke dalam perut kereta.

Qaisy yang melihat itu terus bergegas ke arah kereta proton itu tangan Mika di pimpin nya erat.

"Tunggu!"

Teriakan Qaisy membuatkan pak Ali sedikit terkejut dan terus memandang ke arah Qaisy dan Mika pada saat itu.Kening di kerutkannya.

'Aik ? Siapa pula Dia ni dengan bawa Anak bagai?' Pak ali kebinggungan.

"Kawan kamu ke Hanis?" Tanya pak ali.iyalah mana tahu kawan perempuan itu sebab setahunya dia tak pernah pula tengok wajah lelaki itu sebelum ini.

Hanis sudah menjelingkan anak matanya.Ish!duda sengal ni pun!

"Bukan" Jawab Hanis malas.

Qaisy yang mendengarkan jawapan Hanis sudah sedikit tersentak.Tentu orang tua itu tidak mahu menumpang kan dia dan Mika sama sekali kalau Hanis tidak mengaku yang mereka saling kenal.

"Saya bukan kawan dia tapi saya ex-husband dia"Jawab qaisy sambil matanya melihat Hanis.

Mendengarkan itu Hanis sudah membesarkan anak matanya.Berani betul duda sengal itu mengaku seperti itu?! eh! Ni mesti jadi gosip kat kampung nanti! Matilah dia mati!

'Aku dapat kau aku cincang-cincang kau!! tak guna ! ' Kata Hanis di dalam hati.geram betul dia dengan lelaki itu.

"No! Bukan!"

"Sayang...abang tahu sayang takkan mengaku yang abang ni ex-husband Sayang tapi sayang tak boleh tipu satu hal.. Mika anak kita kan" Kata Qaisy lagi untuk meyakinkan pak ali pada saat itu.

"Bila kamu kahwin Hanis..anak dah besar macam ni?" Soal Pak ali semakin binggung.

"Tak..dia bukan bekas suami Hanis lah..bukan..dahlah tak payah lah pedulikan lelaki sengal ni.." Kata Hanis.Malas lah dia mahu layan perangai gila lelaki itu.

Pak Ali mengaru-garu kepala nya.Entahlah mana yang patut dia percaya satu cakap macam ini satu cakap macam itu lama-lama boleh naik darah tinggi dia dibuatnya.

Mata nya tiba-tiba teralih ke arah anak kecil disebelah Qaisy sudah penuh dengan peluh.Rasa simpati muncul di hatinya.

Hembusan nafas dilepaskan oleh Pak ali.

"Erm..takpelah kamu naik lah kesian juga dengan anak kamu tu..naik,naik"

Qaisy sudah tersenyum lebar.Pintu kereta di buka dan dia duduk disebelah Hanis.Hanis sudah memutarkan anak matanya dan terus membuka pintu kereta untuk keluar dari kereta itu.

Pak ali mula kebingungan lagi.Mahu kemana pula perempuan itu?

"Hanis nak kemana?" Tanya pak ali.

"Pindah tempat" jawab Hanis lalu berpusing untuk duduk di tepi pak ali.Tempat duduk depan.

"Kamu ni.."Kata pak ali mengelingkan kepala nya perlahan-lahan.tak faham dia dengan budak-budak zaman sekarang ini.

Qaisy melihat Hanis lalu automatik bibirnya mengukir senyum.

***

SAMPAI sahaja di halaman rumah Hanis terus sahaja Hanis bergegas mengambil beg bagasi nya dan di sorong pantas untuk masuk ke dalam rumah.Qaisy dan Mika juga turut keluar dari kereta itu.

"Eh! kau buat apa turun?" Soal Hanis bila melihat Qaisy turun selamba sahaja macam lah dia yang bawa lelaki itu ke sini.

Pak ali sudah beredar meninggalkan mereka.

" kenapa? tak boleh?" Sengaja Qaisy mempersoalkan soalan itu.

Hanis memutarkan anak matanya 360°.

"Iyalah tak boleh!nanti kalau mak dengan abah aku tengok kau ahh kena kerat 15 kau nak?"

"Tak kisah pun.."Kata Qaisy sambil menuju ke arah tangga rumah Hanis sambil memimpin Mika.

'Selamba je dia' Bisik hati Hanis.Sumpah! dia geram betul dengan duda seorang ini.

Kaki nya menuju ke arah Qaisy dan Mika.

"Ehh pergilah..ni rumah aku tau.."

"Jadi? takkan lah ex-husband Tak boleh masuk kan?" Sakat Qaisy sambil tersengih kecil.

"Ex-husband kepala otak kau! dahlah pergi ah!"

"kak Hanis halau Mika dengan papa ke?" soal mika.polos.

Mendengarkan itu Hanis sudah menarik nafas perlahan dan melepaskannya serta merta.Dia hampir terlupa Mika pun ada di situ pada saat ini.Bahu Mika di pegangnya lembut dan menunduk sedikit.

"Erm...tak..tapi.."

"Adik balik?" Suara itu terus menyedarkan Hanis terus sahaja Hanis menoleh ke arah suara itu.Dilihatnya mak Salmah iaitu emak kandung nya sudah berdiri di tangga sambil mengukir senyum lebar.

"Iya Adik dah balik baru je sampai .." jawab Hanis lalu mencium tangan mak Salmah lembut.Mika dan qaisy turut mencium tangan mak Salmah.

Mak Salmah memerhatikan wajah Qaisy dan Mika.Hairan.terus sahaja dia menarik tangan Hanis dan berbisik kearah anaknya itu.

"Adik siapa ni? Adam ke?" Soal mak Salmah.

Hanis sudah melihat wajah Qaisy.Aduh malas dia mahu mengaku yang Qaisy itu adalah Adam yang dia maksudkan tempoh hari.

"Erm Adam" jawab hanis.malas.

"Budak tu siapa pula takkan anak dia kut?" Soal mak Salmah lagi.

"Anak dia lah tu" Jawab hanis.selamba.

"kamu biar betul? jadi kamu ni perampas laki orang ke apa.adik jangan macam-macam mak tak pernah ajar adik rampas laki orang"

"Apa pula ke situ mak ni..dia duda" Jawab Hanis.Dia tahu sudah apa yang emak nya akan cakap nanti.

Mak Salmah sudah mengelingkan kepala nya.Aduhai sekali dapat menantu duda pula ? tak faham dia dengan pilihan anaknya itu.

"Adam naik lah dulu ya" pelawa mak Salmah sudah mencubit kecil belakang badan Hanis.

Mata Hanis sudah melebar menahan cubitan dari emak nya itu.Sumpah sakit!

'Adam?' Soal Qaisy dalam hati.Macam mana Mak Salmah boleh tahu yang namanya Adam.Jarang-jarang orang panggil dia Adam.Senyuman kecil terukir dibibirnya lalu perlahan memimpin Mika untuk masuk ke dalam rumah.

Cubitan mak Salmah sudah dilepaskan nya.Hanis sudah terkejang-kejang menahan pedih dibelakang badannya tadi.

"Mak sakit lah..apa mak ni tiba-tiba cubit adik pula" Kata Hanis berair matanya menahan kesakitan cubitan maut dari mak Salmah itu.

"Kamu kan kenapa tak bagitahu mak yang bakal suami kamu tu duda? aduh adik ni kalau abah tahu ni habis kamu"

"kan abah dah pesan dulu kalau cari suami biar bujang..bukan nya duda..adik ni degil tau!" Kata mak Salmah menampar bahu Hanis.Hanis sudah menggosok-gosok bahu nya itu.

"Mak kan yang nak menantu cepat..adik carilah cepat-cepat ..ah dah nak cepat dapat lah duda cuba mak bagi adik masa 10 tahun baru lah dapat yang bujang-bujang"Jawab Hanis.

"menjawab kan..sekejap lagi kamu jawab macam ni dekat abah kamu.."Kata mak Salmah sudah menuju ke dalam rumah.

Hanis sudah menelan air liur kelat.Aduh! entah macam mana lah dia mahu jawab semuanya nanti kalau abahnya sudah balik rumah.Mampus!

"Macam mana ni...ni kalau aku tahu dia ikut aku sampai macam ni sekali aku bekurung je kat dalam rumah!Ish!" Rungut Hanis sudah membawa beg bagasi nya masuk kedalam rumah.Tak tahulah apa akan jadi nanti.

12 Jun - 18 Jun saya tak update sebab saya nak study Dan ada Exam pada 15 jun..Jumpa lagi pada 19 Jun jangan lupa kan Duda untuk Aku ya.Harap sabar tunggu bye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience