14

Romance Completed 136098

6:30AM

QAISY hanya termenung sambil melihat mika yang sedang sibuk bermain sendiri di hadapannya.Sesekali bibirnya tersenyum melihat putera nya itu.

"Mika..sini kejap sayang" panggil Qaisy sambil melambai sebelah tangannya ke arah mika tanda memanggil anak kesayangannya itu.

Mika yang mendengarkan panggilan daripada Qaisy tadi terus berdiri dan menghadap Qaisy.

Rambut Mika di usap nya perlahan Sebelum badan kecil anak kecil itu di peluknya erat.Nafas mula bergerak laju, tiba-tiba air mata jatuh perlahan di pipinya.

"papa kenapa ni?" tanya Mika.Kebingungan.

Tubuh Putera sulungnya itu dilepaskan nya lalu kedua pipi tembam Mika di elusnya perlahan.Bila dia melihat wajah mika rasa bersalah nya terhadap putera nya itu semakin menebal selama ini dia ingat dia boleh berikan kasih sayang yang sempurna kepada Mika tanpa seorang insan yang bergelar 'Mama' tapi dia salah.

Dia tak mampu berikan kasih sayang sepenuhnya kepada Mika .Yang dia tahu dia hanya membiarkan sahaja anak kecil itu tanpa mengetahui hati dan perasaan anaknya itu.

"Papa kenapa papa nangis?..pa kalau papa sedih mika pun ikut sedih juga.." Ungkap mika membuat kan hati Qaisy sebagai seorang ayah terharu mendengarkan itu.

Dia beruntung dapat anak yang bijak seperti Mika.Sangat beruntung..

"Papa janji dengan Mika..papa takkan pernah marah Mika lagi..papa sayang Mika" Ucap Qaisy .tubuh kecil Mika di angkat nya lalu di pangku ke riba nya.

Mika tersenyum lebar.pipinya mula memerah.Comel.

"janji tau papa jangan marah Mika lagi.."

"Sayang papa!" Kata Mika sambil memeluk qaisy.qaisy membalas pelukan itu.

***

7:30AM

7 SETENGAH pagi jam lonceng Hanis telahpun memekik dan bernyanyi di gegendang telinganya.Kedua matanya digosok nya sambil Mulut nya menguap kuat.Masih terasa mengantuk!

Tiba - tiba dia terdiam dan teringat kembali akan tragedi semalam.Hembusan nafas perlahan dilepaskannya.

"Aku ke yang salah? aku ni jahat ke?" Soalan itu sering muncul di benak fikirannya sejak semalam.Bibirnya menjuih ke depan.

Entahlah.Nak kata dia salah dia cuma mahu membantu Nor untuk berjumpa dengan Mika.

Nak kata dia tak salah kenapa Nor mengamuk seperti itu malam tadi.

"Ataupun Nor jelaous Kut sebab aku dengan Qaisy semalam.."Teka Hanis.Fikirannya tiba - tiba berfikir seperti itu terus sahaja dia mengetuk dahi tengahnya .

Aduhhh! Memanglah Nor akan mengamuk seperti itu semalam.Sebab perempuan itu cemburu.Aduh kenapalah dia bodoh sangat untuk pergi dinner dengan Qaisy semalam.Tapi itu bukan salah dia sepenuhnya,dia pun tidak tahu apa motif Qaisy menipu nya demi mengajak nya dinner pada malam itu.

"Apa aku nak buat ni? Aku yakin Nor mesti cemburu sebab semalam ..Ish! ni semua sebab duda sengal tu lah! kalau dia tak tipu aku semalam mesti aku tak pergi dinner tu semalam." Rungut Hanis.

Tangannya memegang perutnya yang masih kosong.iyalah.Gara-gara Nor mengamuk semalam dia tak sempat pun mahu makan pada malam itu.

"dahlah tak sempat makan semalam..lapar perut aku" Ungkit Hanis.kesal dengan kejadian semalam.

'Walau apa pun terjadi aku mesti minta maaf dekat Nor..' bisik hati Hanis.

Kaki melangkah pergi meninggalkan biliknya mahu pergi ke dapur mencari sesuatu untuk dimasak pada pagi ini.Tanganya sibuk mencari di peti sejuk namun tiada langsung yang boleh di masak.sudahpun makanan kegemaran nya pun di dalam peti sejuk itu sudah habis tempoh!

"aduh masa ni pula kau habis tempoh ! Aish!malas nya aku keluar hari ni.."Rungut hanis.Kakinya melangkah malas,tangannya mengambil beg sandang lalu diletakkan di bahu kemudian di geser ke belakang beg nya itu.kunci motorsikal sudah di tangannya.

Pintu rumah di tutup rapat.Motorsikal Yamaha Y15ZR nya di tunggang dengan berhati - hati sebelum dia memanaskan enjin dan memecut laju meninggalkan rumahnya itu.

......

Sedang dia memandu motosikal nya itu sebuah kereta betul-betul berada di hadapan nya membuatkan dia bertindak pantas menekan hon nya .Hon motor di tekan-tekan dan berbunyi kuat namun,kereta itu langsung tidak berpindah arah.Hanis tanpa berfikir panjang terus sahaja dia membelok kearah lain namun kereta itu tetap mengikuti arah nya sehinggalah mereka berlanggar antara satu sama lain.membuat kan Hanis terhempas kuat di atas jalan raya.

Arghhhhhhhhh!!!

Teriak Hanis merasakan kesakitan di belakang badannya kini.Kereta itu terus sahaja beredar laju tanpa memperdulikan keadaan nya.Hanis sempat melihat kereta itu.Namun,pandangannya tak begitu terang.

"Sakit...YaAllah.." Rintih Hanis dia tak mampu berbuat apa-apa sekarang ini.seluruh badannya terasa sakit akibat jatuh dari motorsikal nya tadi.matanya sempat melihat motorsikal Yamaha Y15ZR nya yang sudah terpelanting jauh .

Cecair merah pekat mengalir di lengannya.Kepala nya terasa berat.matanya mula tertutup perlahan.Tubuh seakan lemah.

***

HANIS membuka matanya perlahan.Belakang badannya terasa sakit.Bila sahaja dia sedar dia sudah berada di hospital.Otaknya cuba mencerna ingatannya kembali.

Siapa yang membawa nya ke sini?

Matanya melihat ke sisi terlihat Ikmal yang terbaring dan tertidur lemah di sebelahnya sambil tanganya di pegang erat oleh lelaki itu.Wajah Ikmal dilihatnya,Senyuman nipis dibibir terukir.

Tangan nya ditarik perlahan tidak mahu Ikmal terjaga pada saat itu.Namun,Ikmal tersedar juga kerana pergerakkan tangan Hanis.

Ikmal cepat-cepat menggosok matanya.kemudian automatik berdiri tegak bila melihat Hanis sudah tersedar.

"Kau dah bangun?" tanya ikmal.risau dengan keadaan Hanis.

"Kau buta ke Mal..aku dah bangun lah" Kata Hanis saja bergurau dengan lelaki itu.

Ikmal sudah tersenyum lebar .Bahu Hanis di pegangnya erat.wajah Hanis di lihat tepat.

"Alhamdulillah..syukurlah.."kata Ikmal meraup wajahnya.bersyukur kerana Hanis tidak apa-apa.Semalaman dia menunggu Hanis bangun .Akhirnya,perempuan itu bangun juga.Alhamdulilah!

Air mineral di masukkan ke dalam gelas dan di berikan kepada Hanis.

"Siapa yang bawa aku ke sini?" Soal Hanis.

"Erm..ada orang yang lalu masa tu" Kata Ikmal .Tidak mahu memberitahu dengan lebih lanjut apa yang jadi masa itu dan siapa yang menghantar Hanis ke hospital.Dia tak mahu Hanis tahu tentang hal sebenar biarlah dia sahaja yang tahu.

Hanis mengerutkan dahi.

"Habistu macam mana kau boleh ke sini?" Soal Hanis.Ingin tahu.

"Ermmm..hospital call aku" kata Ikmal lagi.

"Owh.." balas Hanis.Ringkas.

Mata Ikmal sudah melihat keluar takut - takut ada sesiapa yang berada di situ.Ikmal melihat tepat ke wajah Hanis.

"Ermmm is ..aku nak keluar kejap.." Kata Ikmal kemudian melangkah keluar.

Hanis hanya melihat sahaja perlakuan Ikmal.


IKMAL sudah terpinga-pinga melihat ke kiri dan ke kanan tidak mahu ada sesiapa tahu tentang Hanis sudah pun sedar.Tambah-tambah lagi lelaki yang bernama Qaisy.Sebenarnya..qaisy yang membawa Hanis ke hospital itu dan Qaisy juga yang menelefon Ikmal untuk menjaga Hanis untuk sementara kerana dia ada urusan sebentar.

Dia tak mahu Hanis tahu tentang hal ini.Dia takut Hanis akan semakin dekat dengan Qaisy.dia tidak mahu kehilangan Hanis.Tak mungkin dia akan rela kalau Qaisy menyimpan hati kepada Hanis.

Terlihat dari jauh Qaisy sudah mendekati wad Hanis.Ikmal terus melangkah menghampiri Qaisy pantas.

"Macam mana dengan Hanis?" Soal Qaisy ingin masuk kedalam bilik Hanis namun di halang oleh Ikmal.

"Dia belum sedar..doktor kata buat masa sekarang jangan ganggu dia dulu..aku rasa kau balik lah dulu,aku boleh jaga dia" Kata ikmal.

Qaisy mengatur nafas akibat bergegas ke sini tadi.pintu bilik Hanis dilihatnya.

"Aku nak jaga dia" tegas Qaisy.

"Kau dengar ke tak apa aku cakap..dia tengah berehat!" Kata Ikmal sudah bernada sedikit kasar.

Melihat itu Qaisy sudah melihat tajam ke arah Ikmal.Senyuman sinis di berikan pada Ikmal.

"Kau siapa nak halang aku?!" Qaisy mengatur emosi nya agar tidak terbawa suasana.entah kenapa lelaki di hadapannya itu bermati-matian menghalangnya untuk melihat Hanis.

"Apa masalah kau ni? aku dah cakap kan dia tengah berehat!" tengking Ikmal di hadapan wajah Qaisy.

Qaisy sudah menunjukkan senyum sengitnya.Bahu ikmal di tepuknya beberapa kali.Dia tak mahu cari gaduh di tempat awam begini.

"Macam Nilah ..aku tak nak gaduh dengan kau..aku yang bawa dia pergi hospital..aku berhak tengok dia!" Tegas Qaisy.Badan Ikmal di tolaknya kuat ke tepi.


MASUK sahaja ke dalam bilik sakit hanis.qaisy terus melihat Hanis yang sudahpun tersedar.Terlihat keadaan Hanis yang stabil dan baik-baik sahaja.Senyuman di wajah terukir manis.

Kaki melangkah mendekati Hanis.

"awak?" panggil Qaisy mendekati Hanis.

Mendengar suara garau itu Hanis terus mendonggak kan kepalanya.

Pakkk!

"Aduh..duhh..argh! sakit!"

"Awww!"

Teriak mereka berdua bila terlanggar antara satu sama lain.Hanis terus melihat wajah Qaisy.Kening mula bercantum rapat.Qaisy? macam mana lelaki itu tahu dia di hospital?

"Kau? macam mana kau tahu aku kat sini?" Soal Hanis.hairan?

Qaisy duduk di atas kerusi di tepi katil Hanis.Wajah Hanis di lihat tepat.

"Saya yang bawa awak kat sini" Jawab Qaisy.

Hanis sudah melebarkan matanya.Tekejut dengan jawapan Qaisy tadi.Jadi Qaisy yang bawa dia kat sini? tapi Ikmal kata tadi..lain pula? pening dia dibuatnya.

"Owhh..jadi macam mana kau boleh tahu aku kemalangan?" soal Hanis sedikit tersekat kerana masih terkejut dengan kata-kata Qaisy tadi.Seakan tak percaya.

"Mungkin Allah SWT memang dah gerakkan hati saya untuk pergi rumah awak masa tu..Jadi Saya nampak awak terbaring kat jalan raya..dengan motorsikal awak rosak habis..saya terus bawa awak ke hospital.."

"Nasib baik saya ada masa tu kalau tak ..tak tahu apa yang jadi dengan awak" Beritahu qaisy masih bernada datar.namun,dalam hatinya hanya Allah dan dia sahaja tahu betapa gembira nya dia melihat Hanis sudah sedar.

Hanis terdiam..

"Tak nak ucap terima kasih?" Usik Qaisy bila melihat Hanis hanya diam membisu selepas dia menerangkan semuanya.

Hanis memutarkan anak mata nya 360 darjah.

"Terima kasih" ucap Hanis.Kemudian,Berusaha untuk berbaring.Melihat Hanis kesusahan seperti itu Qaisy dengan serta merta membantu Hanis untuk berbaring dengan perlahan.

"Terima kasih.." Ucap Hanis sekali lagi.

Hanis melihat qaisy lama.Senyuman dibibir terukir namun cepat-cepat dipadamnya tak mahu Qaisy perasan.

Hem!

deheman Hanis menyedarkan qaisy.terus sahaja Qaisy melihat Hanis.

"Habis tu takkan lah kau nak tunggu aku sampai bangun lagi?pergi lah balik"Kata Hanis.menyuruh Qaisy balik terlebih dahulu.tak selesa rasanya kalau Qaisy tidur di situ.

Qaisy tak menghindahkan kata-kata hanis dia terus menindihkan kepala nya di lengannya lalu berbaring di tepi Hanis.Hanis yang melihat itu sudah menahan geram.

'Ish dia ni..' bisik hati Hanis.Mahu buat macam mana lagi terpaksa lah dia biarkan sahaja Qaisy tidur disitu.

Ikmal yang melihat itu dari luar bilik Hanis tidak mampu berbuat apa-apa lagi.Dia hanya duduk di luar bilik.Wajah nya mula memerah menahan emosi di hatinya.Mungkin kali ini dia tak boleh halang Qaisy tapi dia tetap akan berusaha mendapatkan hati dan cinta perempuan yang bernama Hanis Zalikha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience