SEMINGGU berlalu,Lama Hanis tidak melihat Nor lagi.Bukan setakat tidak berjumpa chat pun kawannya itu sudah tidak lagi ada.Mungkin Nor betul - betul marah dengan dia sebab Hanis tolak untuk kawin dengan duda perempuan itu.
Tapi ada dia kisah? yang penting masa depan dia tak hancur gara - gara kawin dengan duda orang.
"Ha'ah buat apa aku nak fikir kan sangat pasal si Nor tu..dia nak marah ke apa ke ? ada aku peduli..lantaklah" Ungkap Hanis .Tak kisah walau apapun terjadi antara dia dan Nor .
Ikmal mendekati Hanis perlahan.Bahu Hanis di cuit nya sedikit.
Hanis melihat wajah Ikmal.Kening di naikkan nya ialah biasanya Ikmal seperti itu ada apa-apa yang ingin di katakan.
"Is..tu" beritahu Ikmal.Jari telunjuknya mengarah ke arah sebuah kereta Myvi .
Anak mata Hanis sudah membulat besar.terkejut dengan kedatangan Nor secara tiba-tiba seperti itu.Ingatkan perempuan itu sudah tak mahu berjumpa dengan nya.
Takkanlah Nor mahu paksa dia lagi untuk kawin dengan duda perempuan itu?
Kereta Myvi memarkir elok di hadapan bengkel mereka.Nor sudah keluar dari kereta itu .kemudian melangkah perlahan ke arah Hanis.
Ikmal melihat wajah Hanis sambil tertawa kecil.sengaja mengejek Hanis .
"Cik Nor datang.. dengan lengang lenggok nya,cik Nor datang dengan lengang lenggok nya..." Nyanyian khusus oleh ikmal untuk ketibaan Nor sebelum dia pergi meninggalkan Hanis.
Hanis sempat Menumbok bahu milik Ikmal sebelum lelaki itu pergi dari situ.Geram betul tak habis-habis mengusik nya !
Sampai sahaja Nor di hadapan Hanis.Sengaja Hanis pura-pura sibuk mengemas semua peralatan di bengkel itu.Dia malas mahu bincangkan tentang hal itu lagi.Tak habis-habis!
"Is...boleh kita bercakap sekejap?" Tanya Nor sambil melihat Hanis yang masih sibuk mengemaskan semua peralatan bengkel.
Hanis membuka topi nya lalu melihat wajah Nor.
"Aku sibuk.." Balas hanis .ringkas.
Nor sudah memasang wajah sedih.Air mata sudah mengalir.Nafas nya kini sudah tak teratur dan terdengar bunyi tersedu-sedu perempuan itu kini.
Hanis yang melihat Nor menangis seperti itu sekali sudah semakin cemas.Tak sangka pula dia perempuan itu menangis sampai begitu sekali.Kepala yang tak gatal di garu nya .Dia cuba mendekati Nor.Belakang badan Nor di usap nya perlahan.
"Aduh..yelah..ok..tapi sekejap je tau" Kata Hanis mengalah dengan situasi sekarang ini.Takut pula dia Nor menangis lagi kuat bila dibiarkan.
Nor mengukir senyum.
Mereka berdua terus melangkah masuk kedalam kereta Myvi mahu ke taman untuk membincangkan hal ini.
***
TAMAN
"Please is kau je boleh tolong aku"Mohon Nor.Makin hari rasa rindu nya terhadap Mika anaknya kandung nya itu semakin menyeksa dirinya sendiri.
"tolong apa! tolong kawin dengan duda kau !" Kata hanis bernada sedikit kasar .Kalau dia kata dia tak nak ..dia tak nak lah! buat apa mahu paksa - paksa lagi? kenapa tak suruh orang lain sahaja yang kawin dengan duda perempuan itu.kenapa mesti dia?
"Apa kata kau suruh je orang lain..kalau kau minta aku kawin dengan duda kau..sampai kau mampus pun aku tak nak..faham?!" bidas Hanis .
Nor melihat Hanis sayu.
Hanis menghembuskan nafas perlahan.Entahlah macam mana lagi dia mau beritahu Nor yang dia memang tak mahu kawin dengan duda perempuan itu.Tak pelik ke ? kalau orang tahu tentang hal gila ini ..mesti heboh nanti.
"Is..please..kau je boleh tolong aku..please.." Rayu Nor lagi.
"Tak nak" balas Hanis .Sudah bulat keputusan nya itu.Walaupun hati nya ada sedikit rasa kesian dengan Nor tapi dia tetap tidak mahu menerima permintaan Nor.
Nor sudah berdiri dari bangku kemudian bersujud di hadapan Hanis.Dia sanggup bersujud merayu agar Hanis menerima permintaan nya ini.Dia betul-betul sayangkan anaknya.
"Aduh..apa lagi kau ni..sujud bagai..kusut lah!"
"Duda Kut ! memang tak nak lah aku! kau ingat aku apa ! mentang-mentang aku macam ni kau bagi aku duda kau!tak nak aku!" Bantah Hanis lagi.Dia bukan kejam tapi memang dia tak boleh terima status duda menjadi suaminya kelak ditambah lagi duda bekas kawan nya sendiri.memang mimpi buruk!
Nor kembali duduk di sebelah Hanis.
"Is kau je boleh tolong aku,aku rindu anak aku..kau tau kan Qaisy takkan pernah temu kan aku dengan anak aku lagi..kalau kau jadi aku,kau sanggup ke tengok anak kau membesar tanpa tahu mama dia..please..Tolong aku" Rayu Nor .Separuh harapan nya hanya kepada hanis.
Hanis terdiam.Mata di tutup nya rapat .hembusan nafas di lemparkan nya keluar dengan perlahan.
"Apa yang kau nak aku buat ni? kalau aku kawin dengan duda kau ...apa kena mengena dengan anak kau?" Soal Hanis .
Nor melihat wajah Hanis.senyuman segaris diberikan kepada perempuan itu.Mendengarkan persoalan itu dari mulut Hanis dia yakin Hanis semakin luluh dan bersimpati dengannya.
"Kalau kau kawin dengan duda aku nanti kau boleh bawa anak aku jumpa aku kat taman ni..kau kan dah jadi mama dia mesti bekas suami aku tak curiga.." Terang Nor sambil menggenggam erat telapak tangan Hanis.
Hanis melihat wajah Nor.Tangannya di tarik nya kembali.Lama dia terdiam sebelum kembali melihat wajah kawan nya itu.
"Baiklah..sebelum tu aku nak tengok muka suami kau dengan anak kau dulu..kau tau kan aku tak pernah tengok muka suami kau..kalau anak kau dulu masa dia umur setahun je kan..mesti muka anak kau sekarang dah berubah kan"Minta Hanis sebelum menjalankan permintaan Nor.
Nor mengukirkan senyum lebar.Akhirnya,Hanis bersetuju dengan permintaan nya ini.Syukurlah..
Nor mengambil handphone nya dari handbag nya lalu menskrol gambar anak nya dan bekas suaminya lalu di berikan kepada Hanis.
"Aku yakin kau takkan menyesal kawin dengan duda aku..dia hensem,kaya,baik.."Puji Nor .Ya,Dia tak menyangkal kalau Qaisy memang seorang lelaki yang baik.Tapi dia yang tersilap langkah lebih memilih lelaki lain daripada suaminya sendiri pada waktu itu.
Kalau boleh dia putar kembali masa...mungkin kejadian itu takkan pernah berlaku dan dia juga yakin hubungan dia dengan Qaisy akan sentiasa bahagia.tapi semuanya sudah terlambat....
Melihat sahaja gambar di dalam handphone itu.Mata Hanis mula membesar dan bibirnya terbuka besar .tak tahu lagi apa yang harus dia katakan.
APA!
BIAR BETUL?!!!!!!!!!!!!!!!!!!
'Aduhhhh!dalam banyak-banyak orang kenapa lelaki ni? patut lah macam pernah dengar nama Mika....Aduh!!No!Aku tak nak kawin dengan lelaki sengal tahap babun ni' Rungut hati hanis.entah malang apa entah melekat di dirinya ini.semua nya malang!
Namun,bila dia melihat wajah Nor yang masih dengan senyuman lebar dan tulus itu.tiba - tiba pula perasaan kesian nya semakin menebal untuk Nor.
Fuhh!
'is kau jangan fikirkan pasal lelaki tu..kau hanya perlu fikir pasal Mika dan Nor..itu sahaja..okay!.'bisik hati Hanis menguatkan dirinya sendiri.
"Okay..aku akan kawin dengan dia..dan aku akan buat dia nak kawin dengan aku..kau jangan risau" Tegas Hanis.Senyuman nipis diberikan pada Nor.
Mendengarkan itu Nor terus memeluk tubuh Hanis .Dia tak dapat bayangkan rasa gembira nya sekarang ini bagaimana lagi.Gembira yang amat!
Share this novel