26

Romance Completed 136098

APABILA sahaja dia melihat Hanis di halaman rumah sedang duduk sendiri di sebuah pondok yang tidak jauh dari rumah perempuan itu Qaisy terus menuruni anak tangga kemudian melangkah perlahan mendekati Hanis.

"Saya nak tanya awak something boleh?"Suara Qaisy terdengar serius di telingga perempuan itu.

Terus sahaja Hanis menoleh ke arah qaisy hanya anggukkan kepala yang diberikan oleh Hanis.Hatinya sedikit berasa berdebar apabila mendengar suara Qaisy bernada serius seperti itu.

"Apa yang awak cuba buat sebenarnya ?" Soal Qaisy.Pandangan tajam melihat ke arah Hanis.

Hanis terdiam sejenak.Apa maksud Qaisy bertanya seperti itu ?

"Soalan apa yang kau bagi aku ni?"Soal Hanis kembali.Atau jangan-jangan Qaisy sudah tahu tentang semuanya?Tentang semua yang dia lakukan selama ini? tentang rancangan nya bersama Nor ?

Semua itu berlegar dikepala nya pada saat ini.

Qaisy perlahan menghembuskan nafas nya.Dia duduk.Kedua tangannya memegang kedua bahu Hanis dengan serta merta pandangan mata mereka bersatu.

"Awak cintakan saya ?" soal Qaisy menatap dalam mata perempuan itu.

Hanis menelan air liur perlahan.Senyuman perlahan diukir dibibir kemudian melarikan pengangan tangan Qaisy di bahu nya.

Dia mula ketawa lepas pada saat itu.

Qaisy mengerutkan kedua keningnya.

"Hahahahaha! cinta-cinta..dahlah aku tak suka kau tak pernah cintakan kau..owh..jadi kau ikut aku sampai sini semata-mata nak kepastian yang aku cintakan kau atau tak?" Kata Hanis.

Qaisy terdiam cuba mengingat kembali apa yang dia dengar pada saat itu.Dia yakin apa yang dia terdengar pada malam itu.dia sangat yakin tapi kenapa perempuan itu masih tidak mahu jujur dengannya?

Qaisy menatap wajah Hanis dari samping kemudian dia menunduk perlahan.

"kalau suatu hari nanti saya rujuk dengan bekas isteri saya apa awak nak buat?"

Ungkapan Qaisy membuat kan Hanis menghentikan tawanya.Senyuman yang tadi ada di bibir sekejap sahaja lenyap.Suasana tiba-tiba terasa sunyi.

Bibir seakan terkunci rapat tidak dapat untuk menjawab soalan Qaisy tadi.Tubuh terasa keras tak mampu untuk melakukan apa-apa.

Melihat Hanis terdiam kaku Qaisy menarik nafas panjang kemudian di lepaskan perlahan.Dia perlahan berdiri lalu meninggalkan Hanis sendiri di pondok itu.

Tersedar sahaja Qaisy sudah tidak berada di sisinya.Hanis memejam matanya beberapa saat kemudian menghembuskan nafas perlahan.Dia tidak tahu kenapa dia hanya mampu mendengar soalan Qaisy tanpa menjawab sepatah pun.

Hatinya sakit mendengarkan kata-kata Qaisy tadi tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa dia tahu pada akhirnya nanti Nor akan bersama dengan Qaisy dan Mika semula seperti yang Ikmal katakan.


"Adik?" Suara itu tiba-tiba menjelma di telingga nya.

Hanis terus menghentikan lamunan nya kemudian melihat kelibat suara itu.

Dilihatnya Pak Halim iaitu abahnya sudah berada di situ Mungkin baru sahaja balik terus sahaja Hanis mengambil tangan abahnya itu untuk di salam mesra.

"Bila balik?"

"Baru je.."

"Owh" kata Pak Halim.

Pak Halim sudah memanjang kan leher melihat ke dalam rumah.

Hanis melihat abahnya.Dahi dikerutkannya seribu.

"Apa yang abah tengok tu? adik kat sinilah..mak kat dapur ? apa yang di cari ?" Soal hanis.pelik?

Pak Halim sudah memandang Hanis.Melihat pandangan itu Hanis sudah tahu apa yang dimaksudkan abahnya itu.Hanis terus memandang ke lain arah.Erm..agak dah..

"Mana dia?" Soal Pak Halim.

"Apa?" Soal Hanis kembali saja pura-pura tidak tahu.

Pak Halim sudah memutar anak matanya.Budak bertuah seorang ini pura-pura pula!

"Men"

"Men?men Apa ?"

"Menlah..menantu,mana?" Kata Pak Halim.

Hanis sudah mengukir senyum kecil.Aduh abahnya ni pun tak menyempat-nyempat!

"Erm..ada! mestilah ada abah"Ungkap Hanis.

"Mana?" Soal Pak Halim sudah bersemangat.

"Dalam rumah lah abah.."

Pak Halim sudah mula melangkah untuk masuk kerumah.Namun tiba-tiba sahaja handphone Nokia lama abahnya itu berbunyi menandakan ada yang menghubungi.

Terus sahaja ibu jari Pak Halim menekan perlahan handphone Nokia nya itu sedikit jauh untuk dia melihat tombol hijau handphone itu.Maklumlah mata nya sedikit kabur.

"asalamualaikum"

"Waalaikumussalam..Abah"

Mendengarkan suara itu Pak Halim sudah terdiam sedikit terkejut kerana lama dia tidak mendengarkan suara itu.Perasaan rindu Tiba-tiba menjelma di hati.

"Abah..abang dah keluar.."

Pak Halim terus mematikan telefon itu.Anak mata lelaki tua itu sudah mula berkaca-kaca.

Melihat itu Hanis terus mendekati abahnya dan mula risau dengan keadaan abahnya itu bila melihat air mata abahnya mengalir perlahan di pipi.

"Abah kenapa?"

Pak Halim perlahan melihat wajah Hanis.

"Abang kamu dah keluar penjara"

Mendengarkan itu Hanis sudah menutup bibirnya .terkejut dengan apa yang dia dengar sekarang ini,Hampir 10 tahun abang nya itu di penjara dan akhirnya hari ini abangnya itu keluar.

"Abah mungkin abang dah bertaubat.Abah maafkan lah abang" Kata Hanis memujuk pak halim untuk memaafkan abang nya itu.

Namun,bagi pak Halim bukan mudah untuk dia memaafka anak pertamanya itu.Selama bertahun dia malu dengan semua orang kampung ! dimana-mana sahaja semua orang kampung menghina nya bahkan sampai sekarang pun orang kampung tetap merendahkan dia kerana tidak pandai menjaga anak!

"Abah takkan pernah maafkan pembunuh macam abang kamu tu! takkan pernah!" Kata pak Halim bernada tegas.

Pak Halim terus melangkah masuk kedalam rumah.

Hanis menghembuskan nafas nya perlahan.Entah sampai bila lagi abahnya itu menyimpan dendam kepada anak kandung sendiri.

***

CAFE

IPAD yang berada di handbag di ambil oleh puan sri Zalia lalu di letakkan di atas meja cafe itu dengan perlahan.Terlihat dua orang lelaki berjaket hitam dihadapannya kini sudah mengambil iPad itu.Dua orang lelaki itu memandang antara satu sama lain.Tak faham apa yang puan sri Zalia ingin sampaikan kepada mereka.

"Saya nak kamu berdua siasat latar belakang pempuan ni" Kata puan sri Zalia .

Salah seorang lelaki berjaket hitam yang biasa di panggil Joe itu mengerutkan kening.pelik?Siapa pula perempuan di dalam gambar ini dan apa hubungan nya dengan puan Sri Zalia.

"Siapa dia ni puan?" Tanya Joe ingin tahu siapa gerangan perempuan yang berada di dalam gambar itu.

Puan sri Zalia memandang mereka berdua silih berganti senyuman sinis diberikan untuk Joe dan Azad.

"Erm..sebab tu saya nak kamu berdua siasat siapa perempuan tu" Jawab puan Sri Zalia.

Azad dan Joe hanya mampu mengangguk perlahan.

Gambar yang berada di iPad itu dipindahkan ke handphone mereka melalui Bluetooth sebelum mengambalikan iPad itu kepada puan sri Zalia.

Puan Sri Zalia menarik nafas panjang sebelum melepaskan nya perlahan.Kemudian,berdiri perlahan ingin berlalu pergi meninggalkan Azad dan Joe.

"Erm..puan" Panggil Azad sebelum puan sri Zalia beredar dari situ.

"Kalau kami dapat info pasal pempuan ni berapa upah kami?" tanya Azad mahu kepastian tentang upah yang mereka dapat.

"Ha'ah berapa puan?" Sambung Joe lagi.

"Seratus ribu ringgit,tapi kalau kamu berdua dapat info yang cukup buatkan Qaisy dan pempuan tu berpisah saya akan gandakan lagi ." Jawab puan sri Zalia.

Azad sudah ternganga luas mendengarkan jumlah upah yang mereka dapat.Senyuman lebar terserlah di bibirnya.Kalau begini boleh kaya dia!

Joe masih bertanda tanya di dalam ruang kepalanya.Entah kenapa perempuan tua itu mahu memisahkan Qaisy dengan perempuan yang ada di iPad itu.

"ta..Tapi puan kenapa puan buat macam tu? puan tak nak tengok ke Encik Qaisy bahagia?" Tanya Joe.Tak faham apa yang puan sri Zalia lakukan saat ini.

Sepatutnya seorang ibu membiarkan anaknya bahagia bukan menghancurkan kebahagian anak sendiri seperti ini? entahlah dia pun tak tahu apa yang puan sri Zalia cuba buat?

Mendengar Joe bertanya sebegitu kepada puan Sri Zalia. Azad sudah memandang tajam ke arah Joe.Memang menolak tuah betul kawannya seorang itu .Bodoh! sudah dapat duit mudah seperti itu mahu bertanya sebegitu bagai! bodoh!bodoh!

"Eh lantak lah apa pun yang dia nak buat yang kau sibuk apa hal? yang penting duit bro!" Bisik Azad ke telingga Joe.

Mendengarkan kata-kata Azad tadi Joe sudah mengaru belakang kepalanya.Ada betul juga kata Azad tadi.Yang penting duit masuk di dalam poketnya! tak penting untuk dia tahu urusan puan Sri Zalia.

Puan sri Zalia mengukir senyuman di bibirnya yang sudah terlihat berkedut sedikit.

"Hanya untuk menyelamatkan anak dan cucu saya" Kata puan sri Zalia kemudian perlahan meninggalkan Azad dan joe di situ.

Melihat puan sri Zalia sudah pergi.Azad terus melihat ke arah joe senyuman lebar terlukis dibibir.

"Kaya kita bro! kaya! hahahahh!" Kata Azad .bahagia!

"Betul! kaya kita!jadi kita nak cari mana pempuan ni?" Soal Joe.

"Takpe tu semua mudah je bagi aku.." Kata Azad.Yakin! lagipun dia sudah biasa dengan kerja seperti ini.

Joe hanya tersenyum lebar dan mengangguk.Percaya dengan kawan baik nya seorang itu.

Gambar Hanis yang berada di dalam handphone nya di lihat oleh joe beberapa saat sebelum beredar dari cafe itu bersama Azad.

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-06-20 20:40:48 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience