8:00 PM
"Is kau okay Tak tu ?" Soal Ikmal di talian kini.
Hanis menghembuskan nafas kasar.Emosi nya masih belum stabil lagi gara-gara bergaduh dengan Nor petang tadi.Entahlah kalau ikut kan hatinya mahu saja dia lanyak-lanyak perempuan itu.
"aku tak berapa okay sangat lah" Kata Hanis jujur dengan hati nya yang masih kusut sekarang ini.
"Okay kalau macam tu ..aku ambik kau sekarang kat rumah kau..jom ikut aku kita tenangkan diri ..nak?" Ajak Ikmal .dia cuma tak mahu Hanis berterus-terusan dibawa emosi.
Hanis mengukir kan senyum di bibirnya.dengar macam menarik sahaja baik juga kalau dia ikut Ikmal daripada dia di rumah sahaja lagi dia stres.
"Ermmm..dengar macam menarik.okay!"Jawab Hanis bersetuju untuk keluar malam ini dengan Ikmal.
"Okay!" Ucap ikmal terdengar nada suara nya menjawab dengan penuh semangat.Sudah lama dia tidak keluar begini bersama Hanis.
***
BUNYI motorsikal kedengaran di telinga nya kini terus sahaja Hanis menutup pintu dan pagar rumah lalu membonceng di belakang Ikmal.Bahu Ikmal di pegangnya agar tidak jatuh.
Ikmal terdiam sesaat kedua tangan Hanis yang memegang bahu nya itu di lihat beberapa saat sebelum senyuman muncul di bibirnya secara automatik.
'Dekat dengan kau macam ni pun aku dah bahagia is..' bisik hati ikmal lalu bergerak meninggalkan rumah Hanis.
________
"Wahhh!!! cantik gila!! kau tak bagitahu aku pun kan ada tempat macam ni..boleh tengok seluruh kuala lumpur! erm..aku suka!" Ungkap Hanis tersenyum lebar .Kurang sedikit stress yang berada di kepala nya kini.
"Nah" minuman Coca Cola yang dibawanya dari rumah diberikan kearah Hanis.Dia tahu minuman itu minuman kegemaran hanis.
"Cantik!thanks..kau tau-tau je kan aku suka minum Coca Cola..baguslah kau ni"Kata hanis sambil mengambil tin minuman Coca Cola.Sebelah tangannya menepuk-nepuk bahu Ikmal.
Ikmal mengerakkan kedua keningnya sambil tersenyum lebar.
"Biasalah aku kan..semua aku tahu pasal kau" kata Ikmal.
"Ermmm...okay..bagus,lepas ni kau boleh lah belikan aku minuman Coca Cola bertin-tin setiap pagi" Usik Hanis .
"aip! tu dah lebih tu" balas Ikmal sambil menarik Hanis di sebelah nya.
Suasana tiba-tiba sunyi sepi.Ikmal melihat wajah Hanis dari samping.
"Erm..tadi kau jumpa Nor ..macam mana ? " soal Ikmal .ingin tahu apa yang terjadi antara Hanis dan Nor.
"apa lagi..habis dia kata aku macam-macam aku pun apa lagi naik angin lah sekali aku tampar muka dia kaki dia aku pijak-pijak! baru puas hati aku!" Jelas hanis penuh emosi di hatinya kini.Air Cola diteguknya.
Ikmal melihat wajah Hanis.Hembusan nafas perlahan dilepaskan.
"Nor tu..dia masih sayang kan bekas suami dia dengan anak dia.."
Mendengar kan kata-kata Ikmal tadi Hanis sudah berhenti meneguk coca cola.wajah Ikmal dilihatnya lama,dia hanya terdiam kaku lalu matanya dialihkan ke hadapan.
"kau cintakan duda dia ke?"Soal Ikmal lagi membuatkan Hanis tersentak sedikit.
"Aku? cintakan duda tu? tak lah! mana ada" Dalih hanis.
"Habis tu kalau kau tak cintakan dia kenapa kau sanggup buat macam tu dekat Nor? sanggup belasah dia sedangkan dia kan kawan kau"
"Aku yakin kalau bukan sebab Qaisy..Nor tu takkan meroyan macam tu..dia takkan lah nak hancurkan motorsikal kau.." kata Ikmal cuba menyedarkan Hanis.
Hanis hanya diam .minuman Coca Cola di teguknya lagi,agar kegelisahan di hati nya tak begitu ketara.
"Hari tu masa hari dia hancurkan motorsikal kau..dia ada tanya aku pasal hubungan kau dengan duda dia tu..aku yakin dia mesti nak bahagia dengan Qaisy dan Mika..lagipun itu memang keluarga dia dulu kan..kau tak kesian ke dengan Nor?" kata Ikmal sambil melihat wajah Hanis tepat.
Hanis menghembuskan nafas perlahan.tidak tahu kenapa bila mendengarkan kata-kata Ikmal tadi dia tiba-tiba merasa bersalah dengan apa yang dia lakukan terhadap Nor.Betul kata Ikmal kalau bukan sebab dia dekat dengan Qaisy takkan lah Nor mahu marah sampai begitu sekali.Dia kah yang salah?
"Kau sanggup ke hilang kawan kau semata-mata untuk seorang lelaki padahal banyak lagi lelaki lain yang baik.." ungkap Ikmal lagi.
Hanis membalas pandangan Ikmal.
"A..aku" Balas Hanis tersekat-sekat suara nya kini.
"Is..kalau aku jadi kau..aku tak nak putus kawan semata-mata untuk seorang lelaki..kau pun baik,cantik,kuat,comel banyak lagi lelaki suka kan kau" Luah ikmal.Iya..banyak lagi yang suka kan Hanis salah seorang nya dia sendiri..dia sendiri sudah lama menaruh hati dengan Hanis,tapi perempuan itu sahaja yang tak nampak ketulusan hatinya itu.
Hanis hanya mampu diam.Dalam keadaan itu tiba-tiba dia teringat janji dia dan Nor suatu ketika dahulu.masih teringat setiap bait perkataan di fikirannya.
_____
9 tahun lalu
"Is kau janji tau dengan aku walau apa pun berlaku kau tetap akan jadi kawan aku ! okay.." Ungkap nor sambil mengeluarkan jari kelingking nya.
"iya janji" Hanis membalas ikatan janji mereka dengan jari kelingking nya.
"Sampai bila-bila tau.."
"Iya cik Nor Farina ..janji!" kata Hanis sambil mengukirkan senyuman lebar.
_____
Walaupun perjanjian itu sudah lama tapi dia tetap ingat.Betul kata Ikmal kalau dia tidak dekat dengan Qaisy dan Mika takkan lah Nor mahu meroyan bagai.
"Hanis!" Panggil Ikmal menyedarkan Hanis.
"erm.."
"Is..kau yakin nak dekat dengan Mika dan Qaisy lagi? "soal Ikmal berharap jawapan Hanis seperti yang dia ingin kan.
"Aku memang marah dengan Nor sebab dia rosakkan motor aku..tapi..bila fikirkan balik ni semua dari aku juga..aku yang nak teruskan rancangan tu..aku yang salah..aku nak minta maaf dengan Nor dan mungkin aku dah tak nak jumpa Mika atau qaisy lagi" jelas Hanis.Sayu sahaja nada nya kini.kepala ditundukkan nya.
Ikmal automatik tersenyum mendengarkan itu.Namun,cepat dilarikannya senyum nya itu agar Hanis tidak perasan dengan senyuman nya itu tadi.Akhirnya,dia dapat juga memisahkan Hanis dari Qaisy dan Mika dengan cara yang begini.Dia tak mahu Qaisy berterusan dekat dengan Hanis.
"Aku harap lepas ni kau tak payah lah ganggu Dorang lagi..Dorang pun dah bahagia bila bersama..kau tu mungkin cuma jadi penghalang antara Dorang je nanti.." Kata Ikmal untuk membuatkan Hanis semakin yakin agar sentiasa menjauh daripada Mika dan Qaisy.
Mungkin ini cara yang terbaik untuk semua orang..
Hembusan nafas di lepaskannya sambil melihat wajah Ikmal.Senyuman nipis diberikan kepada Ikmal menyembunyikan perasaan nya kini.Biarlah senyuman nya itu menanda kan yang hatinya tidak merasakan apa pun bila berpisah dengan Qaisy dan Mika.
Tapi dalam lubuk hatinya hanya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu.Jujur dia tak mahu berpisah dengan Mika dan menjauh dengan Qaisy tapi dia sedar dengan apa yang Ikmal katakan tadi membuatkan dia tambah sedar yang dia hanya menjadi batu penghalang antara Nor dan Qaisy.
"Dah lah aku nak balik lah..jom" kata Hanis .
"jom" Balas Ikmal.
"Ermmm aku bawa eh,kau bawa lambat lah!" Kata Hanis.
"iyalah..minah rempit"Helmet dipakai oleh mereka berdua.hanis sudah naik di atas motor begitu juga dengan Ikmal yang berada di belakang Hanis kini.
Kedua tangan Ikmal memeluk pinggang Hanis erat.Membuatkan Hanis sedikit terkejut dan terdiam seketika.Namun,hanya dibiarkan nya sahaja.
Tiba-tiba sahaja Kepala Ikmal mendarat ke bahu perempuan itu.
"Mal!" kata Hanis sedikit rimas.bahunya digerakkannya.Susah lah dia bawa motor kalau begini .berat Kut!
"Alah sekali sekala nak manja dengan kau" ungkap Ikmal membuatkan Hanis sudah mengelingkan kepalanya dan membiarkan sahaja Ikmal meletakkan kepala di bahunya.Biarkan lah dia pun malas mahu melayan Ikmal lagi.
***
SAMPAI sahaja di rumah Hanis terus masuk ke dalam bilik tidurnya.handphone neffos c5a di periksa nya terlebih dahulu sebelum melelapkan matanya.Dilihatnya nombor Qaisy menghubungi nya beberapa kali.
Hanis merenung jauh sebelum meletakkan handphone nya di atas meja.
"Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni..aku tak faham apa yang terbaik untuk aku sendiri.." Ungkap Hanis.Dia tak tahu macam mana dia mahu membahagia kan dirinya sendiri.dia tak tahu?
Dia rasa apa yang di buat selama ini semua nya salah..Dia tak sepatutnya teruskan rancangan itu! Dia tak sepatutnya marah Nor sampai begitu sekali semata-mata kerana Qaisy.Tak sepatutnya nya juga dia jatuh cinta dengan milik orang....
"Betul kata Ikmal..aku ni cuma batu penghalang untuk Dorang..aku tak layak nak cintakan Qaisy..aku tak layak nak menumpang sayang dengan Mika..aku siapa ? aku bukan siapa-siapa.." Ungkap Hanis hatinya semakin sesak.Seluruh badannya terasa panas air mata nya mula mengalir perlahan.
Dia tak pernah rasa sedih sampai begini sekali ..Dia tak pernah menangis di sebab kan lelaki..tapi kali ini entah kenapa hatinya lemah begitu sahaja..
TRING!TRING!
Handphone neffos c5a nya berdering menandakan ada seseorang yang menghubunginya.Dilihatnya nama Qaisy di skrin telefon nya..dibiarkan nya lama sebelum dia mengatur nafasnya lalu di angkat panggilan itu.
"Erm..Hanis..saya nak jumpa awak esok boleh?"
Hanis mendiam kan diri.
"Hanis?"
Hanis menarik dan menghembuskan nafas perlahan.
"boleh,lagipun aku nak bagitahu kau sesuatu.." Balas Hanis bernada datar sahaja.
Qaisy sudah mengukir senyuman.Mungkin ini masanya untuk dia meluahkan segala isi hatinya kepada hanis.dia tak mahu menyimpan perasaan nya ini sendiri,dia tahu Hanis adalah satu-satu nya perempuan yang boleh jadi mama Mika.
"Terima kasih Hanis"
Hanis menahan sesak di dadanya.
"Erm ..sama-sama" panggilan dimati kan oleh Hanis pantas.Matanya dibawa ke dinding biliknya untuk menahan segala rasa sakit di hati nya kini.iya..sakit untuk meninggalkan orang yang kita sayang...
"kalau ini yang terbaik untuk semua orang..."Ungkap Hanis senyuman nipis dipaksa nya untuk terukir di bibirnya.Dia memejam kan matanya untuk menguatkan hati nya semula.
Share this novel
tq update..