18

Romance Completed 136098

TALI pinggang keledar di lepaskan perlahan.Hembusan nafas di lepaskan oleh Hanis.Mata nya melihat wajah Qaisy.

"Aku rasa..better kau rujuk lah balik dengan Nor.." Kata Hanis bernada sedikit perlahan.

Qaisy melihat wajah hanis beberapa saat sebelum menghadap ke hadapan kembali.

"Mika perlukan seorang mama..kalau aku jadi kau,aku takkan fikirkan pasal diri aku sendiri..aku akan lebih fikirkan pasal mika.."Ungkap Hanis sebelum melangkah keluar dari kereta itu.Pintu kereta perlahan di tutup nya.

Sebaik sahaja Hanis sudah tak kelihatan di matanya.Qaisy memejam kan matanya rapat dan membuka mata perlahan.

Rujuk ? senang untuk orang katakan tapi tidak mudah baginya.

Stereng kereta di pusing nya untuk meninggalkan rumah Hanis.

Hanis melabuhkan punggungnya di atas sofa.Anak matanya memandang kosong ke hadapan.Entahlah? Dia pun binggung dengan hatinya sendiri.

"Kenapa aku rasa sedih..."Ungkap hanis binggung dengan perasaan nya sendiri.

Beg sandang di lepaskan nya lalu di letakkan di atas meja yang berada di hadapannya kini.Hembusan nafas kecil dilepaskan oleh Hanis.Air mata tiba-tiba mengalir membasahi pipinya.

"Kenapa aku nangis?Hanis...No! kau tak boleh macam ni!" Kata Hanis mengesat kasar air mata nya kemudian bangkit dari sofa.Beg sandang di pakai nya.Handphone neffos c5a nya di keluarkan nya untuk memesan grab.Dia tak boleh di rumah dalam keadaan begini.Ada lebih baiknya dia keluar untuk menenangkan fikirannya kini.

****


HANIS meneguk perlahan minuman tin Coca Cola yang dibelinya tadi sambil berjalan - jalan menikmati angin di sekitar bandar ini.Dia tak mahu terlalu memikirkan pasal Nor atau pun Qaisy.Malaslah dia mahu ambil kisah!

"Tak ada yang lebih baik dari menikmati rasa Coca Cola.." Kata Hanis sambil meneguk lagi minuman tin Coca Cola yang berada di tangannya.

Ah! Lega!

Tiba-tiba tangannya di tarik membuatkan dia memutarkan badannya ke belakang.

Qaisy? No! dia tak mahu berjumpa dengan duda sengal itu!

'Eh dia ni kat mana-mana je!' Rungut hati Hanis.

Hanis cepat-cepat melepaskan pegangan Qaisy.Matanya melihat ke belakang Qaisy mahu melarikan perhatian lelaki itu dari nya.

"Eh apa tu!"

Qaisy terus memutarkan pandangan kebelakang.

Hanis tanpa membuang masa terus sahaja berlari untuk melarikan diri dari Qaisy.Tolonglah! dia tak mahu ada Qaisy di sini!

Melihat Hanis sudah berlari pantas Qaisy cepat-cepat mengejar hanis.

Nafas Hanis sudah tercungap-cungap.Sesak pula dada nya sekarang ini.Melihat Qaisy sudah tidak ada di belakang nya.dia terus bersembunyi di sebalik tiang sambil tercungap-cungap mencari nafas kembali.

"Selamat..." kata Hanis.tersenyum puas.

"Kenapa lari?"

Mendengar itu Hanis sudah membulat kan matanya.Cepat nya!

"Kenapa kejar? ke..kenapa ikut?Ehhh! sanalah!"Kesal Hanis masih mencari nafas nya.

"kenapa lari? saya ada buat apa-apa ke?"

Hanis melihat kiri dan kanan nya mahu melarikan diri dari Qaisy.Tolong lah dia cuma tak mahu ada masalah seperti tadi lagi!

Melihat Hanis bertindak seperti itu Qaisy terus memeluk leher Hanis menggunakan otot lengannya sebelum memeluk ketat bahu perempuan itu.Tak mahu Hanis lari lagi dari dia.

"Lepas lah sengal!Ehhh!" Jerit Hanis sambil siku nya ditujukan kuat ke arah perut Qaisy .mencuba lepas dari lelaki itu.Namun,Qaisy tetap memeluk bahunya kuat.

"Kenapa awak ni? nak lari sampai macam tu sekali dekat saya? kenapa?"

"Suka hati lah! aku tak nak jumpa kau! lepas! lepas!" kata Hanis .sikunya kuat menumbok perut Qaisy membuat kan Qaisy melepaskan pelukannya tadi.Padan muka lelaki itu!

"please..harini je aku tak nak tengok muka kau! okay!" Minta hanis sebelum anak matanya menjeling tajam .kaki melangkah untuk meninggalkan Qaisy.

Qaisy melihat Hanis.

'Hanis Zalikha..kau tak sama macam perempuan lain' Ungkap Qaisy di dalam hatinya.bibirnya mengukir senyuman nipis.


****

NOR melangkah perlahan ke arah Ikmal.Bahu Ikmal di tepuknya perlahan untuk menyedarkan lelaki itu.

"Hai..Ikmal" kata Nor memberikan senyuman untuk Ikmal.Ikmal yang tersedar dengan kedatangan Nor sudah melihat kiri,kanan,depan dan belakangnya melihat Hanis ada di situ atau tidak.

"Is tak ada" beritahu Ikmal.Sudah biasa kalau ada Nor di bengkel itu pasti mahu berjumpa dengan Hanis.

"I know..aku cuma nak bercakap dengan kau"

"Aku?"

"em'em kau.."

Ikmal berdiri pantas.

"kenapa?" soal Ikmal.

"kau tahu tak pasal hubungan Qaisy dengan Hanis?" soal Nor.

Ikmal sudah melepaskan nafas sedikit kasar.Tak suka bila Hanis di babit kan dengan Qaisy namun cuba di kawal perasaan cemburu nya itu.

"Entah..mana aku tahu" jawab Ikmal sedikit malas.

Nor sudah mengerutkan keningnya.mustahil lelaki itu tidak tahu,padahal lelaki itu salah satu orang yang dekat dengan hanis.

"Ah? takkan sikit pun kau tak tahu? kau kawan Hanis kan"

"Jadi? kau nak aku ambil tahu semua pasal dia..dari A to Z ? macam tu?" Balas Ikmal sambil menyeringkan bibirnya.kemudian,kembali menyambung kerja nya tadi.

"Tak lah..tapi.." Nor memberhentikan kata-kata nya apabila terlihat motorsikal Yamaha Y15ZR milik Hanis ada di hadapannya kini.

Senyuman sinis terukir di bibirnya.kaki melangkah menuju ke arah motorsikal itu.

'its okay kalau semua nak bela pempuan tu..its okay..' Bisik hati Nor .

Motorsikal Hanis di tendangnya kuat sehingga terjatuh ke lantai kemudian di pijak-pijaknya dan di tendang berkali-kali.Apabila terdengar bunyi tendangan itu Ikmal sudah berlari pantas mahu menghentikan Nor.

Tangannya menolak bahu Nor kuat!

"Woi! pempuan apa kau buat ni?!!kau bla! blalah!!!" Jerit Ikmal menolak kuat bahu perempuan itu kasar.

"Why!!!! kenapa semua nak bela pempuan murahan tu!! kenapa!!" Teriak Nor menguasai bengkel itu .kaki nya melangkah pantas pergi ke arah kereta Myvi nya mahu berhidar dari bengkel itu.

Ikmal menghembuskan nafas perlahan.Rambut nya di raup kasar.Motorsikal Hanis di dirikannya semula.Matanya melihat di setiap inci motorsikal itu.Habis hancur!

"Hanis...aku takkan biarkan siapa-siapa sentuh kau..aku akan jaga kau..aku janji"Ungkap Ikmal.Dia betul-betul cintakan Hanis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience