SEBULAN BERLALU
7:30AM
HANIS mengambil beg sandang adidas nya yang dia sangkut kan di tepi pintu lalu tangannya menyeluk handphone neffos c5a nya untuk dia memesan grab.Semenjak kejadian kemalangan tersebut dia terpaksa memesan grab setiap kali dia mahu pergi ke bengkel.Walaubagaimanapun..Alhamdulilah juga kerana dia sudah pulih dengan sepenuhnya.
Lengan baju di naik kan ke atas siku agar lebih selesa sedikit.
"Gara-gara motor aku rosak terpaksa tunggu grab pula.dah lah lama.."Rungut Hanis.Jam di tangan di lihatnya berkali - kali.Masih belum sampai lagi kereta grab yang dia pesan.
Hanis menghembuskan nafas panjang.Kalau motorsikal nya itu ada kan senang sikit tak lah di lambat seperti saat ini.Entah siapa lah yang sebodoh itu melanggarnya padahal dia sudah hon pun.
Tak habis fikir dia !
"Aishhhhh kalau bukan sebab kereta tu tak lah motor kesayangan aku tu rosak ..siapa eh yang langgar aku hari tu? takkan lah tak sengaja ? Ish mustahil!" Fikir Hanis dia bukan mahu menuduh tapi dia dapat rasakan kereta itu memang sengaja melanggar nya.
"Ni mesti sengaja! kalau aku tahu orang tu aku langgar buntut kereta dia sampai hancur!"
Hanis berfikir sejenak.
"Takkan lah Nor ?"
"eh eh eh ..hanis please okay! don't think like this ! takkan lah Nor seburuk tu?tapi....tak mustahil juga.." Teka Hanis lagi.
Terlihat kereta grab berwarna silver di hadapan pagar rumahnya terus sahaja dia dengan tergesa-gesa menutup pintu rumah dan pagar kemudian ,masuk ke perut kereta.
***
HANIS sibuk membaiki motosikal Yamaha Y15ZR nya yang habis rosak.Cermin motor pun sudah habis pecah akibat kemalangan hari itu.Dia pun sengaja tidak menyuruh Ikmal untuk membaiki motor nya kerana dia mahu membaiki nya sendiri.Lagipun motor itu sangat dia sayang takkan lah mahu bagi orang lain yang baiki.
Namun begitu,dia masih memikirkan siapa orang yang melanggar nya hari itu.Bahaya kalau dia biarkan..iyalah,buat nya orang itu sengaja melanggarnya tak kah membahaya kan keselamatan nya sendiri!
Cermin motorsikal yang baru di ambilnya lalu di padangnya dengan teliti.
"Ish...siapa eh ? Aku Tak boleh ni macam ni..buatnya dia langgar aku lagi sekali matilah aku! dah lah hari tu aku hampir ke lembah kematian ! erm..tapi siapa ?" Soal Hanis sendiri .Dia betul-betul mahu tahu siapa orang itu.warna dan jenis kereta itu masih lagi di ingatannya.walaupun sedikit samar-samar.
"Ikut saya"
Tiba-tiba sahaja lengannya di tarik oleh seseorang.Hanis yang sedikit terkejut dengan tindakan orang itu terus menarik kembali tangannya.
Entah dari mana entah..main rembat sahaja!
Kepala di donggakannya dilihatnya Qaisy ada di hadapannya sekarang.kening nya bercantum.kehairanan?
"Jom lah ikut saya sekejap." Tangan Hanis di tarik nya lagi.
"Eh! kau ni dah kenapa ? gila?"
"Ikut jelah tak payah banyak Pok pek pulak"
'eh'eh dia ni aku punch karang bersepah gigi' Bisik hati Hanis .matanya di kecilkan melihat Qaisy sekarang.
Hanis hanya mengikut sahaja langkah qaisy mahu membawanya.
_______
KAKI mencapai tanah,Anak mata Hanis sudah membulat besar melihat rumah mewah milik Qaisy.Mulutnya ternganga luas.
'Wahhh besar nya! dah lah tinggal berdua je dengan anak dia tak de hantu ke ? eh mesti seram kalau malam' Bisik hati Hanis.Kagum dengan rumah sebesar itu.
"Apa lagi tercegak cepat masuk! Mika sakit !"
Qaisy terus melangkah pantas .Bila sahaja mendengar kata-kata Qaisy tadi .Hanis terus sahaja melangkah pantas mengikuti jejak Qaisy.
Sampai di hadapan bilik Mika.Qaisy terus melangkah masuk di dalam bilik itu.Hanis hanya terdiam di luar.Dia risau dengan keadaan Mika tapi...
Qaisy sudah menukar penampal kepala Mika dengan penampal baru agar panas di badan Mika semakin berkurang.
"Apa lagi tercegat tu? sinilah masuk!"
"Haram" Kata Hanis.Lurus.Nanti tak pasal-pasal jadi isteri percuma pula!
Qaisy sudah memutar bebola matanya.
"Haram apa nya,bukan kita berdua je kat dalam rumah ni...ada Mika..lagipun kat luar tu ada doktor dengan jururawat"Jelas Qaisy .kepala digelingnya.
Hanis sudah menoleh ke belakang.tak ada pun!
'jangan - jangan jantan ni dah suka kat aku lepas tu nak perangkap aku! ingat aku bodoh ?' Bisik hati Hanis.
"Cik tolong ke tepi sekejap..." Tiba-tiba suara itu menjelma di belakang nya.automatik badannya beralih ke tepi.
Dilihatnya seorang doktor dan dua jururawat di belakang nya..Okay! Dia malu sekarang!
Hanis terbeku seketika..Namun,kakinya terus sahaja melangkah masuk mendekati Mika.
'Hanis!!!!!!! yaAllah yaTuhan ku...Malunya aku!' Teriak Hanis di dalam hati.tapi dia tetap mengawal malunya itu.Tak tadi tiada pula dia nampak doktor dengan jururawat itu di dalam rumah tiba-tiba tertengek di belakangnya.Ish buat malu dia saja!
"Kalau bukan sebab Mika nak jumpa awak saya takkan penat - penat ambil awak bawa kat rumah saya." Ungkap Qaisy.
Hanis terdiam kerana merasa bersalah tidak terus masuk mendekati Mika tadi.Tangannya mengambil tangan kecil mika lalu di gengam erat.
"mama.." Ungkap mika bernada lemah.Senyuman nipis diberikan kepada Hanis .Hanis membalas senyuman itu.
"iya mika...mama ada kat sini" Ungkap Hanis tulus.membuatkan Mika sudah tersenyum lebar.Dia rindu dengan kata - kata itu.semenjak Nor meninggal kan nya Mika tidak pernah lagi mendengarkan perkataan itu.Jujur anak kecil itu rindu dengan kata-kata itu.terlihaf dari mata Mika kini.
Air liur ditelan perlahan oleh Qaisy.Qaisy melihat wajah Hanis lama sebelum tersenyum nipis.Tak sangka Hanis mengeluarkan kata-kata itu.Entah kenapa hatinya serasa tersentuh.
Doktor yang berada di tepi Qaisy sudah mengambil jarum suntikan yang di berikan oleh jururawatnya.
"Mika tahan ya" Kata doktor berumur sekitar 40-an itu.lalu perlahan memegang bahu Mika.
Jarum yang berada di tangan di suntikkan dengan berhati-hati dan teliti.Tidak lama itu Mika tertidur lemah.
"Ingat ya encik Qaisy..bagi dia minum ubat-ubat tu lepas dia bangun nanti."Pesan
doktor itu.kemudian mahu beredar dari situ.
"Esok saya akan datang lagi" Kata doktor itu lagi.Qaisy hanya memberikan senyum dan mengangguk perlahan.
Mata Hanis sayu melihat mika.Rambut mika di usapnya perlahan.Terasa bahang panas dari dahi Mika membuatkan dia semakin bimbang dengan keadaan anak kecil itu.
"kesian Mika.." Ungkap hanis.menghembuskan nafas perlahan.
Qaisy melihat Hanis.
Hanis tersedar dengan pandangan itu,terus sahaja dia menutup wajahnya dengan kedua tangannya.
"Apa" kata Hanis.
"Tak nak balik ? tadi sibuk sangat tak nak masuk masa banyak orang..sekarang tak de orang dia pula yang lama-lama kat sini"Perli qaisy.sambil menjuih kan bibir nya.
Hanis sudah tersentak dengan kata-kata itu.Ohhhh! jadi sekarang duda sengal itu mahu perli dia?
"Nanti saya try awak betul-betul..baru awak tahu" Usik Qaisy lagi.
Hanis sudah semakin naik darah dengan kata-kata Qaisy terus sahaja dia pantas melangkah keluar dari bilik itu.
"Zalikha" Panggil Qaisy.
Hanis sedikit terkejut dengan panggilan itu.Tak pernah - pernah orang sebut nama nya seperti itu.memang duda seorang ini pelik? Lain dari yang lain.
"Zalikha?"
"Why Not? nama awak kan..takkan lah nak panggil Zali ..kan nama lelaki tu" Perli Qaisy lagi.
Hanis menjelingkan anak matanya.
"Apa?" Jawab Hanis.
"kalau awak nak balik..kat bawah tu ada driver saya nama dia pak Hamid nanti panggil je dia...Minta hantar kan balik rumah awak" Terang Qaisy.
"Erm.." Kata hanis.memasang wajah malas.
kaki melangkah mahu meninggalkan Qaisy.
"Hanis Zalikha" Panggil Qaisy lagi kali ini dia menyebut nama panjang hanis pula.
Hanis sudah menarik dan melepaskan nafasnya serta merta.lepas ni apa lagi panggil dengan nama bapa nya sekali?
"Apa" Balas Hanis.
Qaisy dengan serta merta mengeluarkan Jari telunjuknya kiri dan kanan lalu melukis U di bibirnya.
???
Hanis sudah mengerutkan dahi.tak faham ?
"apa tu?" Soal Hanis .polos.
"Belanja senyum" Jawab Qaisy sambil mengukir senyuman lebar dibibirnya menampakkan sebaris giginya yang tersusun rata.
Hanis sedikit terpaku namun tersedar cepat.
'hensem pula duda ni' ungkap Hanis di dalam hati.
Hanis menghembuskan nafas perlahan.
"Eeeeee" bibirnya mengukirkan senyuman lebar-selebar lebar nya sehingga menampakkan sebaris giginya.
Kaki melangkah meninggalkan qaisy.
Qaisy ketawa kecil melihat gelagat Hanis tadi.Namun,tiba-tiba dia terdiam kerana teringat akan kata-kata hanis kepada Mika tadi.
"Iya mika mama ada kat sini"
Kata-kata itu bermain di ingatan nya.Bibirnya tersenyum secara automatik.
"Mama"Ungkap Qaisy.tersenyum sendiri.Dahi Mika dicium nya beberapa saat.
Share this novel