24

Romance Completed 136098

BAJU-BAJU kemeja dan beberapa t-shirt serta seluar yang berada di dalam almari di ambilnya lalu di masukkan ke dalam beg bagasi nya.Mungkin sementara ini dia harus menenangkan dirinya sendiri tanpa berjumpa qaisy ataupun Ikmal sama sekali.Fikirannya kusut dengan semua masalah yang dia hadapi sekarang ini.Lama-lama dia boleh jadi gila!

Tangannya tak henti mengambil baju-baju nya mungkin dia harus tinggal lama sedikit di kampung sampai keadaan nya benar-benar baik.
Pergerakkan tangannya tiba-tiba terhenti apabila melihat sepasang baju kurung yang tersangkut kemas di dalam almari itu.Baju kurung itu di lihat nya agak lama sebelum mengambil baju kurung itu,Bibirnya perlahan melukis senyuman teringat dengan kejadian sewaktu Mika dan Qaisy memberinya baju kurung itu.

"Ini jalan yang terbaik untuk aku,kau dan Mika" Kata Hanis perlahan.Nafas ditarik perlahan sebelum dilepaskan.Baju kurung yang berada di tangan di masukkan ke dalam beg bagasi nya.

Selesai semuanya terus sahaja dia mengzip beg bagasi nya lalu di kemaskan di tepi penjuru katil.Esok pagi dia harus pergi awal sebelum orang lain tengok dia pergi ke kampung.Lebih-lebih lagi Ikmal dia malas untuk berjumpa dengan lelaki itu.

Belakang badan yang sedikit lengguh di putarkan ke kiri dan kanan sebelum berbaring enak di katil nya.Fuh! Penat betul dia!

Fikirannya kembali di hantui oleh bayangan qaisy.Hembusan nafas dilepaskan nya perlahan.

"Mesti dia benci aku" Ungkap Hanis tahu apa perasaan Qaisy sekarang ini.Dia tak boleh buat apa lagi selain berbuat begitu agar lelaki itu menjauh darinya.Biarlah..Biarlah lelaki itu anggap dia jahat yang penting suatu hari nanti Qaisy akan bertemu dengan kebahagian nya bersama Nor semula.

Mata di pejam nya perlahan untuk merehatkan badan nya yang sedikit sakit.

***

"Kenapa dia buat semua ni?" Ungkap Qaisy.Pandangan nya jauh tanpa tujuan.Masih dia teringat dengan kata-kata Hanis saat Ikmal menelefon perempuan itu.

"aku akan tetap cintakan dia walaupun dia tak akan jadi milik aku sampai bila-bila!"

Kata-kata itu jelas di telingga nya sewaktu dia ingin meninggalkan Hanis walaupun dia tidak dengar semuanya perbualan antara Hanis dan ikmal tapi dia sempat mendengarkan sebaris kata itu dan dia yakin apa yang dia dengar saat itu adalah benar.

"Kalau dia cintakan aku kenapa dia tolak aku? kenapa dia buat semua ni?" Persoalan itu seringkali muncul di benak fikirannya.Dia tidak tahu apa yang perempuan itu cuba lakukan?

Perlahan dia bangkit dari kerusi yang dia duduki kini untuk menuju ke katilnya.Badannya di sandarkan di kepala katil.Handphone iphone nya dilihatnya tepat..Dia yakin kalau dia menghubungi Hanis pun tiada gunanya sama sekali tapi.. dia tetap mahu tahu apa yang Hanis cuba sembunyikan darinya.

Nafas ditarik nya Panjang sebelum melepaskan nya perlahan.

"Sepatutnya kalau kau cintakan aku..kau mesti pertahan kan cinta kau..macam aku pertahan kan cinta aku untuk kau"Bisik perlahan Qaisy agak kecewa dengan Hanis kerana tidak bisa mempertahankan cinta perempuan itu untuk dirinya.

"Aku tak boleh biarkan kau tipu diri kau sendiri..aku akan buat kan kau sedar kehilangan orang yang kau sayang lebih sakit dari yang kau fikir.."Ungkap Qaisy melelapkan matanya perlahan.

***

5:50 AM

PAGI itu selesai sahaja bersiap-siap Hanis terus memesan grab untuk pergi ke bus station untuk dia pergi ke kampung nya di Johor.Dia bersiap awal pun agar dia tidak berjumpa dengan Ikmal atau pun qaisy.takut-takut nanti kalau lambat sikit sahaja mereka sudah ada di hadapan pintunya.

Selesai sahaja dia memesan grab terus sahaja dia ingin menghubungi mak dan abah nya tapi dia membatalkan niat niatnya itu.saja mahu bagi surprise untuk mak dan abahnya nanti..

"Mesti mak dengan abah terkejut tengok anak dia ni yang jarang balik kampung tiba-tiba balik hahahhaa" Kata Hanis terus sahaja dia mengunci pintu dan pagarnya.Dia berdiri di tepi jalan raya dengan beg bagasi nya menunggu kereta grab sampai.

Belum sempat grab yang dipesannya itu sampai dari jauh dia terlihat kereta Mazda milik Qaisy sudah mahu mengarah ke rumahnya terus sahaja dia pantas mahu melarikan diri tapi bila dia lihat kiri kanan tidak ada pula tempat dia ingin bersembunyi takkan lah mahu menyamar jadi jalan raya pula kan?

"Aduh..Macam mana ni? Ish! aku dah cukup awal pagi dah bangun awan pun belum cerah lagi.. dia boleh pula datang awal macam ni?Ish rosak plan aku! macam mana ni?"

Hanis sudah tak tahu mahu berbuat apa.

"Tak pe Buat bodoh je anggap je macam bayang-bayang.." Kata Hanis mula beriak selamba dan berdiri seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Qaisy dari dalam kereta sudah mengerutkan dahi nya.

Mika yang turut berada di situ dengan memakai baju seragam tadika nya untuk dia pergi ke tadika jam 7:00 pagi nanti sudah melihat Qaisy.

"Pa..Mama nak pergi mana?"

"Mika..kan papa dah ajar tadi jangan panggil mama panggil kakak...okay"

"Tapi kenapa?"

"Ikut je apa yang papa suruh okay"

Mika mengangguk pantas.

Qaisy mengukir senyuman lebar lalu di elus kepala anaknya itu.

"Good boy.."

Mata Qaisy mula tertumpu ke arah Hanis lagi.Dilihatnya ada sebuah kereta mendekati Hanis,Pantas sahaja Hanis menaiki kereta itu tanpa melihat ke kiri dan kanan lagi.

'Dia nak pergi mana' Soal Qaisy di dalam hatinya.

Pantas sahaja Qaisy mengikuti kereta itu walaupun dia tidak tahu kemana Hanis akan pergi.Setelah setengah jam mengikuti kereta itu di lihatnya kereta itu berhenti di bus station terus sahaja dia menelefon Taufiq untuk meminta sedikit bantuan.

"Fiq tolong aku..kau bawa seorang staff office untuk bawa kereta kau nanti..nanti kau tolong bawa kereta aku..aku tunggu kau..cepat tau!" Kata Qaisy masih melihat Hanis dari jauh.

"Okay bro" Kata Taufiq tanpa mempersoalkan apa-apa soalan untuk Qaisy.

Hanis yang tersedar dengan Qaisy yang mengikuti nya dari belakang sejak tadi pantas sahaja dia masuk ke dalam bas setelah membeli tiket tadi.

"Papa nak buat apa?" Soal Mika kebingungan.

"Shhhh" jari telunjuk di bawa ke bibir sebelum tersenyum penuh makna melihat Mika.

Mika hanya membalas senyuman qaisy faham dengan apa yang papa nya itu cuba lakukan.

"Jom ikut papa..kita tanya kaunter tu kak Hanis nak pergi mana.."

Pantas Qaisy dan Mika menuju ke arah kaunter tiket itu untuk menanyakan destinasi bas itu akan berhenti.

"Erm cik saya nak tanya sikit bas tu nak pergi mana ya" Tunjuk Qaisy kearah bas yang di naiki oleh Hanis tadi.Hanis yang melihat Qaisy dan Mika di kaunter tiket sudah menutup muka nya menggunakan topi yang di pakai sekarang ini.

"Owh bas tu pergi Johor" jawab pekerja kaunter tiket bas itu.

"owh terima kasih.. erm saya nak dua tiket ke Johor ya" kata Qaisy menunggu beberapa saat untuk mengambil tiket nya dan Mika lalu memimpin tangan mika untuk kembali ke arah kereta mereka.Dilihatnya bas itu pun sudah mahu berangkat ke Johor.

Jam pun sudah hampir jam 7 pagi nampak gayanya Mika pun tak dapat sekolah hari ini.Matanya tidak habis-habis melihat bas itu.Tidak lama itu terlihat kereta milik Taufiq.

Terus sahaja dia tersenyum.Syukurlah Sempat juga dia ikut bas itu.

Turun sahaja Taufiq dan seorang staff lelaki dari kereta.Qaisy terus memberikan kunci kereta kepada Taufiq lalu bergegas masuk ke dalam bas.

Mata nya sibuk mencari sosok Hanis namun,tak jumpa dia terus sahaja duduk di belakang bersama Mika.Matanya masih tercari-cari Hanis.

Hanis tersedar dengan kehadiran Qaisy dan Mika terus sahaja dia menundukkan kepala nya tak mahu Qaisy dan Mika melihat nya.Sanggup betul duda itu ikut dia sampai naik bas bagai!

Padahal dia sudah sakit kan hati lelaki itu semalam tapi kenapa lelaki itu tidak menjauh darinya? kenapa Qaisy tidak membenci dia? kenapa...

Tapi yang dia fikirkan kan sekarang ini macam mana kalau mak dan abahnya liat Qaisy dengan mika nanti tak pasal-pasal mak dan abahnya fikir Qaisy tu ialah Adam yang dia katakan hari itu..mampus!

"Aduh..macam mana ni kalau dia ikut aku sampai rumah..matilah aku! mati!mati!" Rungut Hanis mengetuk dahinya beberapa kali.Niatnya mahu menenangkan hati bila berada di kampung tapi lain pula yang jadi.

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-06-10 06:52:51 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience