12

Romance Completed 136098

NOR duduk perlahan di sofa rumahnya itu.Air mata tanpa dia sedari sudah mengalir di pipinya.tangannya terus mengesat air matanya itu.Jujur dia tak kuat melihat lelaki yang pernah dia milikki bersama perempuan lain.

Ditambah pula Mika Sudah semakin rapat dengan Hanis.Dia takut semua orang yang dia sayang takkan mampu dia miliki lagi .Dia takut Hanis akan merampas kebahagiannya.

"Nor!"

Laungan dari arah luar rumahnya membuat kan dia bangkit dari kerusi nya untuk melihat pemilik suara yang memanggil nya tadi.Bila sahaja dia melihat Hanis yang berada di situ,Hati nya tiba-tiba terasa sesak.Namun,emosinya itu di kawal nya.

Hembusan nafas dilepaskan.Kaki nya cuba melangkah mendekati Hanis.

Nor menghadap ke arah hanis tanpa menunjukkan riak wajahnya sama sekali.

"kenapa kau bla macam tu je tadi ? kan aku dah cakap..."

"Aku tak de mood ..dah lah kau balik jelah aku malas lah sekarang ni."

Hanis yang mendengarkan kata-kata Nor hanya mampu terdiam.Entah kenapa Nor sedingin ini dengannya,Baru kali ini dia melihat Nor sebegitu.

"Nor..kau jealous ke ?" Soal Hanis .Mahu kepastian daripada Nor.

Kata - kata Hanis membuatkan Nor semakin merasakan sakit hati,Dia juga tidak tahu kenapa dia merasakan perasaan seperti itu.Mungkin betul dia cemburu,Cemburu dengan kedekatan hanis dan Qaisy di cafe tadi.

Matanya memandang tajam ke arah anak mata Hanis.

"Apa kau cakap ni is? kenapa pula aku nak jealous ? dan kau! bukannya aku dah cakap kat kau ke..yang aku dah batalkan semuanya ! tapi apa kau buat ni !" Nada suara Nor sudah mula naik seoktaf.Merasa hatinya kian sakit melihat wajah Hanis pada saat ini.

Hanis sudah semakin tak faham dengan situasi sekarang ini.Keluhan kecil dilepaskannya.

"Nor kau tak nak ke jumpa Mika ?" Soal Hanis lagi.

"Jumpa mika ? buat apa ? tak de makna nya lagi..dia dah dekat dengan kau buat apa aku nak jumpa budak tu lagi ? kau dah rampas dia dari aku !" Ungkap Nor merasakan pengkhianatan Hanis kepada dirinya.

"Rampas ?"

"Nor aku tak pernah rampas Mika dari kau..Kau ibu kandung Mika..dan aku siapa ? Nor aku jumpa Qaisy pun sebab aku nak kau jumpa Mika..walaupun sekali..sebab aku tahu kau rindu dengan anak kau kan ?" Jelas hanis sambil melihat Nor tulus.

Nor kini melihat tepat ke arah Hanis.

"Aku boleh jumpa dia dengan cara aku sendiri kau tak payahlah nak masuk campur urusan aku !! Mulai hari ni please jangan kacau hidup aku lagi..faham!" Tengking Nor .Dia sudah tidak boleh lagi menahan kesakitan hatinya kini.

kaki nya terus melangkah meninggalkan Hanis.Pintu rumah di tutup rapat .Dia malas mahu melihat wajah Hanis lagi.

Hanis yang mendengarkan kata-kata Nor tadi sudah menghembuskan nafas kasar .Entahlah dia tidak faham kenapa Nor marah seperti itu sekali terhadap diri nya.Padahal perempuan itu juga yang memulakan rancangan ini .Iya! dia tahu Nor sudah membatalkan semuanya tapi dia hanya mahu mempertemukan Mika dengan Nor ! sumpah di dalam hatinya tiada niat lain selain itu.

'Aku tak faham lah' Bisik hati Hanis kemudian menunggang kembali motorsikal Yamaha Y15ZR nya untuk meninggalkan tempat itu.

****

BENGKEL

HELMET dilempar kasar oleh Hanis di atas meja.Wajahnya di raup nya kasar.Argh! Stresss!

Mendengar bunyi kuat yang terhasil dari helmet milik Hanis tadi Ikmal terus melangkah pantas menuju ke arah Hanis.Risau ada apa-apa berlaku kepada perempuan itu.

Kening sebelah kanan di naikkannya.Tak biasanya Hanis melempar helmet sekeras itu.

"Kau kenapa ni ? ada apa-apa masalah ?" Tanya Ikmal bila melihat kedua tangan Hanis memegang kepalanya dengan keras sehingga terlihat urat-urat di dahi Hanis.

"Is kau kenapa ?" Tanya Ikmal lagi bila pertanyaannya tidak berbalas.

Hanis mengatur nafas nya perlahan.Senyuman nipis diberikan untuk Ikmal.Dia tidak mahu orang lain tahu tentang masalah nya kini.

"aku okay,Kau tak yah lah risau" Beritahu Hanis masih mengukir senyum nipis di bibirnya.

Ikmal sudah tersengih mendengar kan jawapan Hanis tadi.Macam lah dia tidak tahu perangai perempuan itu,Kalau ada masalah mesti Hanis hanya menyimpannya dan menyelesaikan sendiri.

"Is ..kau ada masalah ke ?"

Hanis melihat Ikmal.Kening nya sudah mula kebawah.

"Semua orang ada masalah Ikmal..kau jangan risau lah aku boleh urus sendiri."

"yup memang semua orang ada masalah..Tapi aku tak nak kau tanggung masalah sendiri.Aku ada untuk kau" Ungkap Ikmal.Tulus dari hatinya kini.Dia tidak mahu melihat Hanis menanggung masalah sendiri.

Hanis sudah ketawa kecil.Entah kenapa dia lihat Ikmal semenjak dua menjak ini berbeza dari yang biasa.Pelik?

Ikmal mengerutkan dahi.kebingungan.Dia ada buat lawak ke ?

"kau pelik lah mal..ada something ke yang kau nak bagitau aku? kau nak gaji kau naik eh?" Teka Hanis.Jujur dia sendiri pun tidak biasa mendengar kata-kata seperti itu keluar dari mulut Ikmal sebelum ini.

Ikmal sudah terdiam sendiri.Air liur di telan nya kelat.Lalu bibirnya tersengih sendiri.

"Ah? Mana Ada..aku cuma risau kan kau je.."

Hanis mengelingkan kepala nya perlahan.

"Mal..aku okay,Pergilah buat kerja kau balik,aku nak tengok-tengok kereta kat sana.." Kata Hanis kemudian melangkah mahu melihat-lihat kereta-kereta pelangannya yang sudah siap diperbaiki.

Sebelum Ikmal melangkah pergi mahu menyambung kerjanya tadi.Anak matanya tiba-tiba tertumpu ke arah satu kotak merah yang berada di atas meja itu.Anak matanya kemudian berpindah ke arah sosok Hanis.

"Is!" panggil Ikmal.

"Erm!" Sahut Hanis yang masih tertumpu ke arah kereta-kereta di hadapannya kini.

"Ni kotak apa ?" Soal ikmal.hairan.

Hanis terdiam sebentar untuk mengingat kotak yang Ikmal maksudkan.

"Owh kotak tu ..Mika yang bagi tadi."

Mendengar nama Mika .Ikmal sudah semakin kebingungan sendiri.tak pernah dia dengar nama itu sebelum ini.Siapa Mika ?

"Mika?"

"Ha'ah Mika..Anak Nor dengan Qaisy" Beritahu Hanis.

Lidah mula dikulum dan digerakkan di sebelah pipi kanan nya.Menahan rasa cemburu nya kini.Nampaknya,betul tekaan nya selama ini Hanis dengan Qaisy ada apa-apa hubungan.Perasaan takut kehilangan Hanis di dalam dirinya tiba-tiba menjelma.Entah kenapa perasaan itu muncul.

"Owh" Balas ikmal.mengawal perasaan cemburu nya pada saat ini.

TIDAK lama itu tiba-tiba kereta mazda berwarna hitam memarkir ke arah bengkel mereka.Terus sahaja Hanis meninjau kan kepala nya melihat siapa yang datang di situ.

Terlihat sahaja kasut kulit berwarna hitam .Hanis sudah mengeluh perlahan.Okay! dia sudah tahu siapa yang datang.Tak tahu apa lagi urusan lelaki itu ke sini.

Qaisy melihat kedalam bengkel itu tanpa banyak bicara dia terus melangkah mendekati Hanis.

"Terer juga awak dengan kawan awak repair kereta kan.."

Mendengar itu Hanis sudah melihat kereta Mazda milik Qaisy.Bibirnya mengukir senyum nipis.

"Apahal datang sini?" Soal Hanis . straight.

"Saya nak bincang dengan awak pasal Mika.." Jelas Qaisy.

Hanis sudah melihat tepat ke arah Qaisy.Mika? kenapa dengan Mika? perasaan risau nya kembali menjelma.

"Kenapa ? "

Qaisy menghembuskan nafas perlahan.

"Saya cuma nak bagitahu lepas ni tak payahlah jumpa Mika lagi..saya tak suka."Kata tegas dari Qaisy.membuatkan Hanis sudah membesarkan kedua matanya terkejut dengan keputusan qaisy.

AH! SECARA TIBA-TIBA !

BUT? WHY!?

"Apa aku buat? sampai kau tak suka aku jumpa Mika ? apa salah aku?" soal Hanis bertubi-tubi tak faham kenapa dia tidak boleh berjumpa Mika lagi.iya dia tahu Mika bukan siapa-siapa dia..tapi..

Qaisy memandang Hanis .Senyuman dibibir disembunyikan dari Hanis.Kepala nya digerakkan ke belakang sekilas sebelum melihat Hanis lagi.dia Ingatkan Hanis bijak rupanya terpedaya juga dengan kata-katanya itu.Lagipun dia tidak lah sejahat itu.

"saya ada hak..anak saya..lagipun saya tak nak dia berterusan panggil awak mama.Nanti tak pasal-pasal orang ingat awak ni isteri saya pula.." Terang Qaisy masih bernada serius.riak wajahnya hanya datar sahaja.

Hanis sudah menyilangkan kedua tangannya.

Hembusan nafas di lepaskan perlahan.Kalau dia mahu bantah pun keputusan qaisy..siapa dia ? dia bukan siapa-siapa dalam kehidupan Mika.Lagipun dia sudah janji hanya jumpa Mika sekali sahaja dan janji itu pun sudah ditunaikan oleh Qaisy.

Mustahil Qaisy akan membiarkan Mika bertemu dengannya lagi.

"Okay..Aku takkan jumpa Mika lagi..kau jangan risau." Kata Hanis bernada sedikit sayu.kakinya mula melangkah menuju ke arah kereta kembali.

Sementara itu,Qaisy sudah mengukir senyum di bibir nya.

"awak nak ikut saya tak malam ni?" Soal Qaisy .

Hanis hanya diam dan tidak memperdulikan kata-kata Qaisy sama sekali.

Qaisy sudah tertawa kecil di belakang hanis dan mengelingkan kepala perlahan.Sebenarnya dia sengaja sahaja berkata begitu kepada Hanis agar perempuan itu mahu ikut dia pergi dinner bersama kawan-kawannya malam ini.

Dia tahu Hanis takkan mahu mengikuti kata-katanya kalau dia tidak membohongi perempuan itu terlebih dahulu.

"Awak tak nak ke jumpa Mika untuk terakhir kali .saya datang sini pun sebab saya nak bagi awak peluang untuk jumpa Mika sekali lagi..itupun untuk terakhir kali" Jelas Qaisy lagi.Kedua tangannya di masukkan di poket seluar nya.

Mendengar kan itu Hanis berpaling ke arah Qaisy perlahan lalu kepalanya hanya mengangguk perlahan.Ini sahaja peluang untuk dia jumpa Mika.

"Okaylah..aku nak demi Mika..walaupun aku tak rela..." Kata Hanis bernada terpaksa .Iyalah dia manalah pernah pergi dinner dengan mana-mana lelaki lagi.

Qaisy sudah mengukir senyum lebar.kemudian melangkah pergi meninggalkan bengkel itu.Sebelum itu dia sempat berhenti mahu memberitahu Hanis sesuatu hal.

"Erm..One more thing.jangan lupa pakai baju kurung tu malam ni..see you" Kata Qaisy.

Hanis sudah tergagap-gagap.pakai baju kurung? biar betul? ingat dia mahu kenduri kah apa ? lagipun dia naik motor takkan lah pakai baju kurung.Susahlah dia nanti.aduh! lelaki itu sengaja sahaja memberi nya masalah.

"Ah? Tak nak aku! kau gila ke aku tunggang motor Kut! agak-agak lah" Bantah Hanis memberikan alasan wajar.

Qaisy menghadap Hanis kembali.

"Kalau awak tak nak .okay terpulang ..awak takkan boleh jumpa Mika untuk terakhir kali..kalau awak tak pakai baju kurung tu,saya pun tak jadi nak bawa awak dinner malam ni.ingat saya tak malu kalau awak pakai baju macam ni nanti" Tegas Qaisy.sengaja berperilaku seperti itu mahu melihat reaksi wajah Hanis yang semakin kebingungan sendiri.

Hanis mengeluh panjang.Tiada pilihan lain lagi..

"Ermmm..iyalah..nanti aku pakai lah..tapi takkan naik motor" Rungut Hanis lagi.

"why Not?Tak Ada masalah kan?"

'Aduh! mamat ni dia tak tahu ke deritanya naik motor sambil pakai baju kurung? ingat senang? aku bagi juga ni karang!' Rungut hati Hanis .

Hanis hanya mampu mengangguk .pasrah! walaupun hatinya masih kesal dengan permintaan lelaki itu tadi.

Kenapalah lelaki itu tak seperti lelaki-lelaki idaman seperti di drama-drama akasia TV3 itu.Tiada romantik nya langsung! cubalah tumpang kan dia sekali sahaja di dalam kereta mewah lelaki itu..ini tak! kedekut betul.Ada ke patut suruh Hanis naik motor pakai baju kurung? baju kurung kut? sudahpun acara dinner ? ingat pergi kenduri ?

Arghhhh! tak habis fikir dia dengan duda sengal satu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience