13

Romance Completed 136098

ANAK mata nya tak berhenti melihat baju kurung yang sudah tersedia atas katilnya kini.Keluhan kecil dilepaskan nya.Aish! kenapalah dia mesti pakai baju kurung malam-malam buta begini? tak normal langsung!

Kepala di garu-garu nya.masih ragu-ragu untuk memakai baju kurung itu.

"Ish! ni semua sebab duda sengal ni lah! mana ada orang pergi dinner pakai baju kurung..ingat aku ni apa,perempuan melayu terakhir?" Rungut Hanis .

Baju kurung berwarna biru dilihatnya lagi.

"Hanis..jangan fikirkan pasal diri kau sendiri okay? fikirkan pasal Mika..malam ni malam terakhir kau jumpa Mika kan..so ikut je apa yang duda sengal tu nak." Kata Hanis terhadap dirinya sendiri.Menyedarkan dirinya.

Walaupun mika itu bukan anak kandungnya tapi tak tahu kenapa dia semakin sayang dengan anak kecil itu.Ini juga peluang terakhir untuk dia berjumpa dengan Mika.Mungkin ini juga peluang terakhir untuk dia tolong Nor lagi.

Hembusan nafas kecil di lepaskannya.

"Mungkin dengan ni ..Nor sedar apa niat aku yang sebenar.." Ungkap Hanis.Handphone neffos c5a nya di gapainya lalu menekan nombor Nor dengan pantas untuk menghubungi perempuan itu.

"Angkat lah Nor" Kesal Hanis bila Nor tidak mengangkat panggilan nya.hanya bunyi deringan sahaja yang berada di dalam talian.

Hanis tiada cara lain lagi dia terus menekan aplikasi WhatsApp untuk mengechat perempuan itu.Berharap Nor akan membaca chat nya nanti.

Hanis : " Nor ..aku minta maaf atas semuanya..aku tak ada niat nak rampas Mika dari kau..Nor sekali je aku minta malam ni ikut aku pergi dinner..malam ni je kau boleh jumpa dengan Mika.Please"

Rayu Hanis dengan panjang lebar.Dia benar-benar berharap Nor tidak akan salah faham lagi dengan niat nya yang ikhlas ini.Jujur dia tidak pernah pun terfikir untuk rampas Mika dari Nor apatah lagi mahu merampas Qaisy dari Nor.Tiada niat langsung !

Alamat tempat dinner untuk malam ini di send nya kepada Nor.

Kakinya kemudian mendekati baju kurung berwarna biru itu lalu di pakai perlahan dengan kemas.Mata nya di pejam kannya tak sanggup mahu melihat dirinya di dalam cermin sekarang ini.Arghh!

Kaki melangkah menghadap cermin.Mata masih di pejam kannya.

'Hanis..please Jangan over okay..baju kurung je pun..okay please tenang..' Bisik hati Hanis.Matanya di buka perlahan.

Bila sahaja dia melihat dirinya di dalam cermin itu.Bibirnya mula bergerak menahan tawa sebelum dia tertawa besar.

"Hahhahaa!kelakar gila!hahhahaa!" Tawa besar Hanis .geli hati melihat dirinya sendiri berpakaian begitu setelah sekian lama hanya memakai kemeja kotak-kotak dan seluar jeans sahaja.

Sakit perut nya melihat dirinya sekarang,sampai berair matanya kini kerana ketawa terlalu kuat.Baju kurung yang dipakainya di belek-belek.Nafas di atur perlahan.

"Aduh..sakit perut aku..Hanis kau tahu tak rupa kau dah macam makcik-makcik pergi pasar ! tak sesuai langsung pakai baju kurung ..hahaha! aduh! " Mengejek dirinya sendiri.Anak mata kemudian melihat tepat ke rambutnya.

"Agaknya kalau aku lepaskan je rambut aku..cantik tak? hhahaha sekali buka helmet macam mak Limah pula nanti"Ejek Hanis untuk dirinya sendiri.Entah kenapa dia rasa dia lawak pula malam ini.

"Okay hanis serius okay..don't main-main..kau cantik Hanis ..okay cantik!" Ungkap Hanis sudah menghentikan tawanya.Rambut nya di ikat kemas.

Kunci motor sedia diambil dari beg sandang adidas nya.

"Siang yang suram,
kini menjadi ceria,
hati yang gelisah,
Akhirnya Ki..erh?"

Belum selesai dia menyanyikan sebaris lagu itu matanya terus sahaja melebar kerana melihat apa yang ada di hadapannya kini.Kereta Mazda milik Qaisy sudah terpacak di hadapan pagar rumahnya.

Senyuman terukir dibibirnya lebar.Haha! tak sangka lelaki itu romantik juga ingatkan sanggup biarkan dia naik motorsikal dengan pakai baju kurung begini.

"Kini menjadi bahagia.." Sambung Hanis menghabiskan sebaris lirik lagu Inilah cinta dari Akim itu.Nasib baik lah Qaisy menjemputnya malam ini kalau tidak mahu tak rempit dia pakai baju kurung naik motorsikal malam-malam buta begini.

Kunci motorsikal di letakkan kembali ke dalam beg sandangnya.senyuman di bibirnya tadi di hilang kannya kerana tidak mahu dilihat oleh Qaisy.

Kaki melangkah menghampiri Qaisy.

Qaisy yang melihat Hanis sudah berdiri di hadapan pagar itu sudah keluar dari kereta Mazda nya itu boleh tahan lama juga dia tunggu hanis.lama betul perempuan jadi-jadian itu bersiap.

pintu kereta di buka .mata nya terus membulat melihat Hanis hari ini.Wajah Hanis di lihatnya tiga puluh saat sebelum memandang ke sisi lain.Tak tahu kenapa aura kecantikkan Hanis malam ini terserlah kerana baju kurung yang perempuan itu pakai.

Jujur dia katakan Hanis malam ini memang lain dari pada yang lain walaupun perempuan itu langsung tidak membubuhkan make up di wajahnya.

Cantik!

"A..wak..hem! awak dah siap?" Soal Qaisy tergagap sedikit kerana terpegun dengan penampilan Hanis.Ayu sahaja dia lihat perempuan itu.

Hanis sudah memutar anak matanya 360 darjah.qaisy buta ke apa ? dah dia tercegak di situ tentulah dia sudah siap banyak tanya pula dah! hampeh!

"Erm.." Jawab Hanis.Mahu tak mahu.

Anak mata Qaisy kembali melihat Hanis.Senyuman di bibirnya automatik terukir setiap kali melihat perempuan itu.Dia tak sangka perempuan itu cantik kalau berpakaian seperti itu.

Hanis yang baru tersedar dengan pandangan Qaisy sudah keluar dari pagar itu.Pagar rumah di kuncinya.Kemudian,Kepala Qaisy di tolak nya sedikit menyedarkan lelaki itu.

"Kau kenapa ni ? cepatlah..Ish !" Hanis tanpa di pelawa terus sahaja masuk ke dalam kereta Mazda itu tanpa menghiraukan Qaisy lagi.

"Ah?" Sedar Qaisy terus sahaja dia masuk ke dalam keretanya kembali dan bergerak meninggalkan rumah sewa Hanis.

_____

DIDALAM kereta Hanis hanya duduk terdiam sambil memakai earphone di telingga nya,mendengar lagu untuk menghilangkan rasa bosannya selama berada di kereta itu.

Qaisy memandang Hanis sekilas sebelum bibirnya tersenyum lebar.

"Awak cantik pakai baju tu.." Puji Qaisy.Dia tahu Hanis takkan mendengar kata-kata nya itu,Sebab itulah dia berani puji Hanis depan-depan begitu kerana dia tahu hanis tak akan dengar.

"Cantik sangat.." Ungkap Qaisy.Lama dia tidak memuji perempuan seperti malam ini.

Air mineral di ambil oleh hanis dan di teguknya perlahan.Entah dari mana entah dia dapat air mineral itu yang penting dia minum.Haus pula tiba - tiba tekaknya.Wayar earphone dibuka nya.

"Tak sangka awak cantik macam ni"Luah Qaisy lagi tanpa mengetahui Hanis sudah pun membuka earphone di telingga nya.

Hanis yang mendengarkan ungkapan Qaisy tadi sudah sedikit terkejut dengan kata - kata Qaisy tadi.Namun,cuba berpura-pura tak mendengarnya.earphone kembali di pakai namun,lagu tidak diputarkan nya dia mahu tahu apa lagi Qaisy akan katakan pada saat itu.

"Kalau awak hari - hari macam ni kan bagus..nampak cantik,ayu..sopan taklah macam gangsters lagi.." Kata Qaisy.masih tidak tahu Hanis mendengarkan itu.

Hanis sudah memalingkan wajahnya ke tepi menahan senyum nya pada saat itu.Tak sangka duda sengal itu pandai juga memuji nya ingatkan menyakitkan hatinya sahaja.

"Huwaaaaaaa! ngantuk nya!" Kata Hanis membuka earphone nya dan di masukkan ke dalam beg sandang adidas nya itu.kemudian mengemaskan sedikit duduknya.

Hem!

Qaisy sedikit tersentak mendengarkan itu namun,cuba di kawalnya.Hembusan nafas perlahan di hembuskan nya,berharap Hanis tidak mendengar kata-kata nya tadi kalau Hanis dengar habis lah dia menanggung malu seumur hidup kerana memuji perempuan jadi-jadian itu.

****

SAMPAI sahaja di restaurant mewah Sri indah kuala lumpur Qaisy terus memarkir tepat di tempat parking.kemudian, membuka pintu kereta untuk menuju ke arah restaurant itu begitu juga dengan hanis.

Qaisy tanpa ragu pergi ke arah Hanis dan mengengam tangan perempuan itu.Hanis sudah terpinga-pinga mahu membiarkan tangannya digenggam oleh Qaisy atau ditarik semula tangannya itu.Tapi dia hanya membiarkan Qaisy mengengam tangan nya seerat itu.

Sampai sahaja di dalam restaurant itu terus sahaja Qaisy menuju ke meja makan yang terdapat beberapa orang lainnya sedang berbual-bual pada saat itu.Taufiq pun ada di situ juga.

"Lambat nya kau bro" Kata Taufiq menepuk bahu Qaisy.

Hanis sudah menarik tangannya semula.Malu pula dia.

Taufiq melihat wajah Hanis.

"Siapa tu Qaisy?" Bisik perlahan Taufiq .Namun dapat di dengar oleh Hanis.

"Hanis Zalikha.. panggil je is" Sampuk Hanis menadah tangannya di hadapan Taufiq sebagai salam perkenalan.

Taufiq sedikit terkejut dengan suara Hanis tadi namun dia tetap menyambut salam perkenalan Hanis dengan ramah.Taufiq mengaru kepala nya yang tak gatal dia ingatkan Hanis jenis seorang yang pendiam rupanya sebaliknya.

Qaisy yang melihat reaksi Taufiq sudah tersengih sendiri.Dia tahu apa yang di fikirkan Taufiq kini.

Hanis mencari-cari sesuatu di situ.anak mata nya sibuk kehulu ke hilir.

'mana Mika?' Soal Hanis dalam hati.wajah Qaisy dilihatnya.

"kenapa cari Mika?" Teka Qaisy seolah - oleh dapat membaca fikiran Hanis.Punggung nya dilabuhkan ke kerusi yang berada di hadapannya .

Hanis terdiam masih melihat wajah Qaisy.
masih mahu tahu di mana Mika.Bukankah lelaki itu kata malam ini malam terakhir dia berjumpa dengan Mika tapi tiada pula Mika di situ.jangan kata mika bayang anak kecil itu pun tiada di situ.

"Mika tak ada..dia tidur kat rumah nenek dia.." Kata qaisy.bersahaja.

Hanis sudah terbeliak biji mata mendengarkan itu.Terkejut dengan ungkapan Qaisy tadi.

"Duduk lah ..Mika tak ada..saya saja tipu awak" Beritahu qaisy tanpa ada rasa bersalah sedikit pun.

"Ah!" Hanis sudah mengengam tanganya geram dengan sikap Qaisy saat ini.Aduh ! kalau begini boleh jadi masalah buat dia kerana dia sudah pun menchat Nor untuk datang ke sini Agar bertemu dengan Mika.

YaAllah...macam mana ni?

Hembusan nafas dilepaskan perlahan.Pungung nya mula duduk perlahan.

Belum sempat dia duduk di atas kerusi itu .rambut nya tiba-tiba di tarik oleh seseorang dari arah belakang.Pipinya di tampar kuat.

"arghhhh!sakitlah!" Jerit Hanis.tidak tahu siapa yang menampar nya sekuat itu.kepala di donggakannya mahu tahu sosok yang seberani itu menamparnya.

"Sakit?"

Bila sahaja dia melihat wajah Nor ada dihadapannya.Dia tiba - tiba membeku tanpa kata.

"Sanggup kau buat aku macam ni kan is..aku ingat kau betul-betul ada niat baik dengan aku ,rupanya ini yang kau nak aku tengok!"Tengking Nor tidak memperdulikan sesiapa.Tangannya mahu menarik lengan Hanis namun ditepis oleh Qaisy dengan pantas.

"Nor! awak buat apa dekat sini!" Tegas Qaisy bila melihat Nor ada di situ.pandangan matanya tajam.

Nor melihat tepat ke wajah qaisy.

"sanggup you buat I macam ni kan qaisy..i ni isteri you!"

"Isteri? you Not my wife..Kita dah tak ada apa-apa" Kata Qaisy.menarik lengan Hanis agar perempuan itu menjauh dengan Nor takut - takut Nor menyakiti hanis lagi.

Nor terdiam.Mata nya mula berkaca-kaca.

"I masih sayangkan you Qaisy...I cintakan keluarga kita yang dulu ..I cintakan you..I Tak boleh kehilangan you" Ungkap nor.meluahkan isi hati nya selama ini.dia tahu dia salah kerana telah meninggalkan Qaisy dulu dan dia sedar tentang hal itu .

Hanis hanya menunduk sayu.merasa bersalah dengan semua masalah ini.

Qaisy tersenyum sinis.cinta? dia sudah tak percaya dengan cinta perempuan itu.kalau sekali Nor berani curang dengan dia sudah pasti perempuan itu akan mengulangi hal yang sama.dan dia tak mahu perkara itu terjadi lagi.cukuplah penceraian menjadi bukti sakit hati nya.

"Saya dah tak ada cinta untuk awak lagi..hati saya bukan untuk awak lagi.." Ungkap Qaisy.

"Kalau bukan untuk I ..untuk siapa ?"

Qaisy memandang Hanis sekilas,kemudian melihat Nor kembali.

"Itu bukan urusan awak!yang saya pasti saya dah tak boleh terima awak..faham!" Tegas Qaisy terus mengengam tangan Hanis untuk beredar dari restaurant itu.Hanis mengikuti langkah kaki lelaki itu,namun matanya masih melihat nor.risau dengan keadaan perempuan itu walau apa pun yang berlaku Nor tetap kawannya dia tak mahu hubungan nya hancur begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience