40

Romance Completed 136098

"Qaisy!!"

Mata lelaki itu terus sahaja tepat memandang ke arah wajah puan Sri Zalia yang tiba-tiba sahaja menceroboh masuk ke dalam bilik officenya itu.Entah apa lagi masalah mamanya itu sampai datang ke office pagi-pagi seperti ini?

Hembusan nafas dihembus dan ditarik dengan serta merta oleh Qaisy.Wajah puan Sri dilihat nya sambil senyuman nipis dilukis dibibirnya,mencuba untuk tenang.kemudian tanganya mempersilakan puan Sri Zalia untuk duduk di hadapan nya.

Puan Sri Zalia melihat wajah Qaisy tajam.

"kamu ingat pempuan macam tu boleh jadi mama untuk Mika! mana otak kamu ni Qaisy?! ah! sedar lah jangan nak penting kan diri sendiri! Fikir tentang Mika juga!" Amarah puan sri Zalia .tak faham dengan apa yang Qaisy fikirkan!

Qaisy hanya memberikan senyuman bila mendengar mamanya berkata begitu sambil bersandar kebelakang kerusi.Bukan sebab dia tak serius dengan perkara seperti ini tapi dia malas mahu bertekak dengan mamanya itu.

"Habis tu? mama tetap nak Qaisy kahwin dengan Nor? tu ke yang mama nak?"

"Yes! sekurang-kurangnya Nor tu ibu kandung Mika,yang melahirkan mika 9 bulan..dia lebih berhak jadi mama Mika berbanding dengan pempuan tu..pempuan tu apa yang dia tahu? nothing! dia tu cuma nak hancurkan hidup kamu dengan Mika je..Qaisy buka lah mata tu sikit"

Lidah dikulum oleh Qaisy di tepi pipi masih menahan emosi nya.dia tak mahu bersikap biadab dengan mama nya itu.

"mama lupa ke apa yang dia buat dekat Qaisy dengan Mika? mama nak perkara tu terulang lagi? Nor dah tinggal kan Qaisy dengan Mika untuk lelaki lain ma...mama nak hidup Qaisy hancur lagi macam dulu ke apa ?"

"mama nak Mika dengan Qaisy mental ke apa ? ah ma? mama nak anak dengan cucu mama ni jadi mental sebab hidup dengan pempuan macam tu? ma sudahlah ...ini hidup Qaisy ..Qaisy tahu apa yang baik untuk Mika .."Rintih Qaisy berharap mamanya itu buka mata dan sedar dengan apa yang Nor pernah lakukan kepadanya dan Mika dulu.Bukan senang dia mahu menyembuhkan luka di hatinya sampailah Hanis muncul di dalam hidupnya.

Puan Sri Zalia sudah bangun dari kerusi nya itu wajah Qaisy sempat dilihat nya beberapa saat sebelum pergi meninggalkan bilik lelaki itu.

Qaisy menghembuskan nafas perlahan.

"Kenapa mesti hanis yang mama benci?" Ungkap perlahan Qaisy tak faham kenapa mamanya itu terlalu benci dengan Hanis?

***

HANIS Mengenakan kemeja kotak-kotak berwarna merah yang lapisi baju t-shirt didalamnya,butang kemeja dibiarkan di buka. seluar jeans berwarna hitam turut menambahkan kesempurnaan penampilan nya.Ikat rambut yang di ketap dibibir di ikatkan pantas kerambutnya.

Dia ingat hari ini dia mahu menjemput mika balik dari sekolah tadika.Terasa rindu hatinya setelah sekian lama dia tidak berjumpa dengan budak comel seorang itu.Lagipun lama juga dia tidak bawa Mika jalan-jalan menaiki motosikal Yamaha nya itu.

Sebelum dia meneruskan langkahnya dia mengambil handphone neffos c5a nya untuk menghantarkan mesej untuk Qaisy.

Hanis : “harini boleh tak kalau aku yang jemput Mika dari tadika ? please.."

Taip Hanis sedikit merayu.

Tidak lama kemudian Qaisy membalas mesej perempuan itu.

Qaisy : “boleh tapi ada satu syarat"

Hanis sudah mengerutkan dahinya bila membaca balasan mesej dari Qaisy.

"aduh duda ni bersyarat bagai.." runggut Hanis.Dia tahu betul perangai duda seorang itu sengaja mahu kenakan dia.macamlah dia tak tahu!

Hanis: “hah apa dia?"

Qaisy: “panggil saya hubby"

"Hubby! eeeeee meremang" kata Hanis geli sendiri bila membaca balasan mesej dari Qaisy sebentar tadi.Ish memang tak lah dia mahu panggil Qaisy dengan panggilan jijik seperti itu.minta simpang malaikat 44.

Hanis: “eh kau ni mengada lebih lah!"

Qaisy: " hahahahaha yelah okay pergilah jemput Mika.."

Hanis terus meletakkan handphone nya ke dalam beg sandangnya kembali.

kaki melangkah.kunci yang di ambil di atas meja terus digantungkan di jari telunjuk nya.Pintu di tutup rapat lalu menaiki motorsikal nya untuk berangkat menuju ke sekolah tadika Mika.

***

Tadika

SAMPAI sahaja di tadika Mika.Hanis terus berhenti tepat di hadapan tadika itu dilihatnya mika sedang menunggu di bangku luar kelas dia terus sahaja melambaikan tangannya untuk menyedarkan Mika tentang kehadirannya disitu.Tersedar sahaja Hanis berada di hadapan tadika nya mika terus berlari menghampiri Hanis dengan senyuman lebarnya.comel sahaja kanak-kanak itu.

"mama!" panggil Mika dengan suara nyaringnya yang kecil.

"Mika naik sini" kata Hanis lalu memakaikan helmet ukuran kanak-kanak ke kepala Mika.Selesai memakai kan helmet Hanis turun dari motorsikal nya untuk mendokong Mika naik motorsikal.

Selesai sahaja semuanya terus sahaja Hanis berangkat.

"Mama..Mika nak makan aiskrim lah" kata Mika.

"okay kalau macam tu apa kata kalau kita pergi kedai aiskrim..."

"nak!nak!nak! yeayyyy!" riang Mika .lama dia tak meluangkan masa sebegini dengan Hanis.Pinggang Hanis dipeluk nya erat.

"sayang mama" ungkap Mika membuat kan hati perempuan itu berdetak secara tiba-tiba merasakan kasih sayang tulus dari anak kecil itu.Bibirnya mengukirkan senyuman.

SAMPAI sahaja Hanis terus memparking kan motorsikal Yamaha nya sedikit jauh dari kedai aiskrim itu .Terlihat suasana di sekitar mereka agak sunyi.biasanya tak lah sunyi seperti ini mungkin ramai yang masih bekerja pada waktu-waktu begini.

Hanis dengan serta merta terus sahaja turun dari motorsikal nya kemudian mendokong Mika untuk turun dari motorsikal.Helmet yang dipakai Mika dibukanya perlahan.

"Seronok lah naik motor"

Hanis hanya melemparkan senyum kepada anak kecil itu sambil mengusap pipi merah mika.Entah kenapa dalam suasana sunyi seperti ini hatinya tiba-tiba sahaja rasa tak selesa seperti ada sesuatu yang tidak kena tapi...mungkin perasaan nya sahaja.

PAK!!!!

"MAMA!!!"

"Argh!" teriak Hanis bila badannya di tolak Kuat.

Tubuh Hanis tersungkur di atas tar dengan serta merta kepala nya terhantuk keras mengakibatkan kepala nya sakit dan mengeluarkan cecair merah.Namun bila sahaja dia melihat mika sudah ditekup mulut dan di heret masuk ke dalam kereta oleh dua orang lelaki dia terus mengumpulkan tenaga nya untuk berdiri semula mahu mengejar kereta itu.

cepat dia menaiki motorsikal Yamaha nya untuk mengejar kereta itu.Kelajuan motorsikal Yamaha nya sudah sampai tahap miximum pada saat ini.Apa yang dia fikir sekarang hanya mahu menyelamatkan Mika.

Cecair merah dahinya sudah mengalir ke pipi nya namun langsung dia tidak pedulikan.

"Ya Allah selamatkan Mika..." bisik hati Hanis pada saat ini.

Motorsikal Yamaha membelok laju mengikuti kereta dua orang lelaki tadi.

Mata nya tiba-tiba membulat tajam apabila terlihat sebuah kereta betul-betul sudah dihadapannya nya kini.Break motorsikal di tekan nya pantas namun langsung tidak berfungsi.

PRKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!

Badan Perempuan itu sudah terpelanting jauh dari motosikal Yamahanya.pandangan mata semakin kabur pada saat ini.Dia berusaha membuka matanya namun langsung tidak berdaya..perlahan-lahan matanya tertutup nafas semakin tidak dapat dirasakan olehnya lagi.Cecair merah berlumuran di atas jalan raya hanya dua kalimah syahadah berbisik dihatinya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience