KAKI melangkah perlahan turun daripada motorsikal berjenama Ducati Supersport 950 yang di hadiahkan oleh Qaisy tadi.Dia melangkah perlahan mahu duduk sebentar sebelum memulakan kerja.Leher yang sedikit sakit di urut-urut nya perlahan.
Kemudian,matanya melihat lama motorsikal itu.Nafas ditarik panjang sebelum melepaskan nya perlahan-lahan.
Ikmal yang tersedar dengan kehadiran Hanis terus melangkah mendekati Hanis.Dahinya berkerut seribu bila melihat motorsikal itu.Perasaan Hanis tak pernah cakap yang dia mahu beli motorsikal baru.
"Kau beli motor baru ke ?" Soal Ikmal.
"tak,tu hadiah dari Qaisy" Jawab Hanis tanpa ragu.Helmet di buka dan di letakkan di atas meja.Rambutnya dikemas kan nya sedikit.
Mendengarkan itu Ikmal mengalihkan wajahnya ke tepi.Lidahnya di tekan di tepi pipi.Jadi? Hanis masih berhubungan dengan lelaki itu? sampai lelaki itu beri perempuan itu hadiah bagai.
Entah macam mana lagi dia mahu katakan pada Hanis untuk jauh dari lelaki itu.Badan nya mula terasa panas menahan segala emosi di hati nya kini.
"perempuan jenis apa kau ni ? kau tak kesian dengan Nor ah! Aku dah cakap kan tak payah dekat dengan duda tu lagi berapa kali aku nak ulang ni!" Tengking Ikmal perasaan cemburu nya membuat kan hatinya mula panas.Nada suara nya tiba-tiba sahaja menjadi kasar seperti itu tanpa dia sedar.
Hanis sedikit tersentak dengan suara Ikmal saat ini.Entah kenapa lelaki itu tiba-tiba bersikap posesif seperti itu kepada dirinya ?
"Kau apa hal ni?"
"Aku? aku apa hal..kau tu yang apahal aku dah cakap kan dengan kau tak payah lah nak dekat dengan duda tu lagi yang kau gatal sangat nak dekat dengan dia dah kenapa ?!" Ikmal meraup wajah nya kasar.Emosi di hatinya sudah tidak dapat dia kawal lagi.
kaki perempuan itu mula bangkit dari kerusi nya bila mendengar kata-kata Ikmal tadi,wajah Ikmal di tatap nya tajam.Sanggup lelaki itu menghina nya seperti itu sekali..Ingat dia tiada maruah.
"Eh Mal! Aku jumpa dengan dia pun sebab aku nak bagitahu yang aku tak akan jumpa dia dengan Mika lagi..sanggup kau cakap aku macam tu kan ? apa hak kau !"Hanis sudah mengambil helmet nya kembali lalu melangkah pantas ke arah motorsikal nya untuk beredar dari situ.Dia tak sangka Ikmal sanggup hina dia sampai begitu sekali.
Ingat dia perempuan apa sampai lelaki itu merendahkan dia begitu sekali.
Bibir lelaki itu seakan terkunci.Tubuh badan menjadi kaku tak mampu berbuat apa-apa.Rasa bersalah di dalam diri Ikmal kini menjelma bila mendengarkan penjelasan Hanis tadi.Dia terlalu termakan emosi sampai dia sanggup hina Hanis seperti itu sekali.Dia tak bermaksud untuk mengatakan itu.
***
QAISY mengendong Mika dibelakang badannya sambil membawa putra nya itu berjalan - jalan di sekitar kedai permainan kanak-kanak itu.Dia datang di sini hanya untuk menenang kan hati putranya dia tak mahu Mika terus merasa bersedih kerana kejadian tadi.
Biarlah dia sahaja yang menahan rasa sakit itu .dia tak mahu Mika terus memikirkan masalah tadi.
"Papa.." Panggil Mika .Panggilan Mika membuatkan langkahan Qaisy terhenti.
"Papa mika ni memang di takdirkan tak ada mama ke pa ?" Soal Mika.
Qaisy sudah terdiam kaku mendengarkan soalan mika tadi.Hatinya sedikit tersentak.Lama dia terdiam sebelum dia tersedar dan menurunkan Mika dia mula berlutut menghadap mika.Kedua bahu Mika di pegangnya lembut.
"Mika..kenapa Mika cakap macam tu?" Soal Qaisy.Pipi Mika di usap nya perlahan.
Mata anak kecil itu mula berkaca-kaca.
"Pa..Mama Hanis dah tak sayang Mika ke pa?"
Mendengarkan itu dari bibir Mika Qaisy pantas memeluk erat tubuh Mika untuk menenangkan anaknya itu.belakang kepala Mika di usapnya lembut sebelum.Air mata lelaki itu mula mengalir perlahan.
"Pa..Mama benci dengan Mika ke pa?" Air mata anak kecil itu sudah semakin deras dan tidak mampu dia tahan lagi esakkan tangis menguasai seluruh kedai permainan itu membuatkan sebahagian orang sudah melihat mereka.
Qaisy yang mendengarkan kata-kata Mika sudah tak mampu menahan sedihnya.Air mata terus mengalir membasahi pipinya.pelukan nya semakin erat memeluk tubuh Mika.
"Mama dah tak nak jumpa kita ke pa? kenapa mama buat macam ni dekat kita pa.." Raungan tangis Mika semakin kuat membuatkan Qaisy mengendong Mika unt keluar dari kedai permainan itu tak mahu ada sesiapa yang terganggu.
keluar sahaja dari kedai permainan itu Qaisy membawa Mika di satu bangku yang tidak jauh dari situ.mika di letakkan nya di bangku itu mahu menenangkan anaknya itu.Dia berlutut kembali menghadap Mika.
Raungan tangis Mika masih kuat menguasai dirinya.Kesedihan anak kecil itu sudah pecah pada saat ini.
"Qaisy..Mika kenapa ?"
Tiba-tiba suara seorang perempuan menjelma di telingga Qaisy membuatkan Qaisy menghadap kebelakang kini.Sosok Nor kini berada di belakangnya.
" Nor?"
"Mika..kenapa ni?"
Nor terus mendekati Mika dan memeluk anaknya itu.Mika membalas pelukan Nor dengan erat dan kesedihan yang berada di hatinya kini.
"Mika kenapa ni?" Soal Nor mengusap belakang kepala anaknya itu.
"Mama..."
"Shuuu...takpe mama ada" Ungkap Nor memeluk Mika erat sambil mengelus lembut kepala anaknya itu.
Tangisan Mika semakin reda.Namun,pelukan nya masih tidak dilepaskannya.Perasaan nya sedih kini semakin reda kerana kehadiran Nor.
Qaisy yang melihat itu sudah berdiri perlahan.Dia masih melihat Nor dan Mika pada saat ini.
Melihat Mika sudah semakin reda Nor melepaskan pelukannya begitu juga dengan mika.Air mata Mika di lapnya perlahan.Qaisy mengendong kembali Mika.Mika memeluk erat leher Qaisy dan meletakkan kepala nya di bahu papanya itu.
"Terima kasih.." ucap Qaisy kepada Nor.
"it's okay mika pun Anak I Kan ..." Balas Nor.
Senyuman nipis diberikan untuk Nor lalu kaki nya melangkah untuk meninggalkan Nor dan mahu membawa Mika balik kerumah.
"Qaisy.."
Panggilan Nor membuatkan Qaisy memberhentikan langkahnya lalu kembali melihat Nor.
"I Tak rasa you boleh jaga mika seorang-seorang"
" Kita rujuk" Ungkap Nor .
Qaisy melihat wajah Nor lama sebelum kembali melangkah meninggal kan Nor tanpa mengatakan apa-apa.
Nor menarik nafas dan menghembuskannya serta merta.
"Aku yakin..Qaisy akan jadi milik aku semula,Nama perempuan murahan tu akan perlahan-lahan hilang dalam hati Qaisy.." Kata perlahan Nor.Senyuman sinis terukir dibibir nya kini lalu melangkah perlahan untuk menuju ke kereta Myvi nya.
Share this novel