HOSPITAL
MIKA yang terbaring lemah dengan alat bantuan pernafasan di hidung dan mulutnya berusaha menarik dan menghembuskan nafas perlahan-lahan.Lingkaran leher nya yang terlihat jelas berwarna merah membuatkan Qaisy yang hanya mampu berada disebalik cermin pintu bilik ICU itu merasa sakit yang anaknya alami.Dia benar-benar gagal menjadi seorang ayah yang baik.
"Maafkan papa Mika" Ungkapan itu sering kali berada di bibirnya.Air mata seorang ayahnya keluar begitu deras.
Hari ini benar-benar menjadi titik permulaan kejatuhan hidupnya akan hancur.Dua orang yang dia sayangi terluka dan dia hanya duduk disitu tanpa mampu berbuat apa-apa.kaki nya terasa lemah.perlahan-lahan dia terduduk di lantai hospital dengan kekecewaan yang dia rasa saat ini.
"Encik Qaisy?"
Tiba-tiba panggilan itu membuatkan dia melihat cepat ke arah suara yang memanggil nya tadi.Terlihat dua orang jururawat dan seorang doktor benar-benar di hadapannya.Doktor lelaki yang bernama Azhar itu terus membantu Qaisy untuk berdiri semula dengan memberikan sebelah tangannya.
Bahu Qaisy di pegangnya lembut.
"Kami minta maaf...anak encik tak dapat di selamatkan lagi"
Mendengarkan kata-kata itu Qaisy terus masuk ke dalam bilik ICU dan melihat keadaan Mika yang sudah menutup kan mata dan benar-benar pucat.
Titttttttt.............
Mesin degupan jantung sudah berbunyi menanda kan akhir nafas dari anaknya.Qaisy dengan langkah berat perlahan-lahan mendekati mika.Tubuh anaknya di angkatnya sedikit dan di peluk nya erat sebelum mencium dahi anaknya itu.Air mata cuba untuk di tahannya dia tidak mahu arwah anaknya itu terseksa jika dia meratap pemergian anaknya itu.
Perlahan-lahan Qaisy meletakkan semula Mika di atas katil dan melangkah pergi meninggalkan Mika.Kaki melangkah dan menghadap semula melihat doktor dan dua jururawat tadi.
"tolong telefon bekas isteri saya" beritahu Qaisy kemudian memberikan handphone iphone nya ke arah doktor Azhar.Doktor Azhar mengangguk dan menghubungi Nor.
Qaisy masuk kembali ke dalam bilik ICU itu dan hanya berdiri di sebelah anaknya tanpa melakukan apa-apa dan hanya diam.
Dua jururawat itu saling memandang satu sama lain dan hanya melihat Qaisy.Mereka juga merasakan kesakitan yang ada di dalam diri Qaisy meskipun lelaki itu hanya diam tanpa mengeluarkan apa-apa kata setelah tahu anaknya sudah meninggal.
Baru kali ini mereka dapat merasakan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya dengan hanya diam tanpa menangis keterlaluan.
Air mata salah seorang jururawat itu tiba-tiba mengalir.terharu melihat Qaisy pada saat ini.Namun cepat-cepat di lap nya.
Doktor Azhar sudah memberitahu Nor tentang anaknya itu dan menyuruh perempuan itu untuk datang ke hospital.Doktor Azhar masuk ke dalam dan memberikan handphone iphone milik Qaisy semula.Qaisy menyimpan iphonenya ke dalam poket semula tanpa melihat wajah doktor itu sama sekali dan matanya hanya tertumpu ke arah mayat anaknya itu.
"Encik....saya yakin anak encik mesti bangga dengan encik.." Kata doktor itu sambil memegang bahu Qaisy.
Qaisy melihat wajah doktor itu dan hanya memberikan pandangan kosong.
****
Tubuh Mika sudahpun dimandikan dan hanya tinggal di kebumikan dengan segera.Mayatnya dibawa menggunakan Van jenazah untuk di sembahyangkan di masjid kemudian terus di kebumikan di tanah perkuburan Islam.Qaisy dan Nor juga mengikuti van itu.
___________
Setelah semua nya selesai Nor dan Qaisy menuangkan air ke atas kubur anak mereka dengan perasaan yang benar-benar berat ketika ini.Beberapa minit berlalu qaisy terus melangkah meninggalkan kubur itu begitu juga dengan Nor.
"Qaisy..." panggil Nor.
Qaisy memandang Nor dengan pandangan kosong.
"awak nak pergi mana?" soal Nor.
"Hospital..." jawab Qaisy hanya sepatah.
"buat apa? anak kita kat sini..dah dikebumikan pun...awak nak buat apa lagi pergi hospital?" soal Nor terdengar sedikit kasar pada nada suaranya.
"Hanis.." Jawab Qaisy lagi hanya nama Hanis menjadi jawapan nya pada saat ini.
Nor yang mendengarkan nama itu sudah mengerutkan keningnya tak percaya Qaisy masih mahu berhubungan dengan perempuan itu setelah semua ini berlaku? lelaki itu bodoh atau Buta?
"Hanis?..qaisy sedarlah! setelah semua yang berlaku pada anak kita takkan tak sedar lagi...sebab dia Mika dah tak ada. Qaisy! sebab dia! tolong lah buka mata" kesal Nor melihat sikap Qaisy yang seperti sudah dibutakan dengan cinta bodoh perempuan itu.
Qaisy terdiam lalu melangkah pergi meninggalkan Nor dia malas mahu bertekak dengan perempuan itu.Lagipun dia tidak ada jawapan untuk semua kata-kata Nor tadi.
Dia sendiri juga masih binggung mahu terus mencintai Hanis atau berhenti mencintai perempuan itu.bukan kerana dia menganggap Hanis punca dari semua ini tapi dia takut...dia takut dia akan melukai Hanis pada masa akan datang seperti saat ini.Cukuplah dia kehilangan anaknya Mika....dia tidak mahu Hanis menjadi mangsa seterusnya.
Share this novel