JOE bersandar di sofa lama yang ada di ruang tamu itu matanya melihat Iskandar yang dari tadi hanya termenung sambil bersandar di muka pintu.Kakinya melangkah mendekati Iskandar.
"kau kenapa bro?" Joe menepuk bahu Iskandar perlahan membuatkan lelaki itu melihat wajah Joe dan hanya memberikan senyuman nipis untuk kawannya itu.
"Aku rindu dengan keluarga aku kat kampung" Jelas Iskandar mengenang wajah kedua mak dan abahnya dan satu-satu nya adik perempuan nya kini.dia rindu kebersamaan bersama keluarga nya suatu ketika dahulu.
Mendengarkan itu Joe sudah menatap penuh makna wajah Iskandar.Sejak Iskandar pindah ke rumahnya dia tidak dapat satu info pun tentang Hanis.Perempuan yang dia dan Azad sedang cari saat ini.Mungkin dengan keadaan Iskandar sekarang ini dia boleh mencari sedikit peluang untuk mengetahui tentang perempuan itu.
"Kau tak pernah ke minta tolong kat adik kau untuk jumpa mak dengan abah kau?kan korang adik beradik kan?" Tanya Joe kepada Iskandar membuat kan Iskandar hanya tersenyum nipis.
Angin yang bertiup di luar rumah menyapu sedikit wajah Iskandar.
"Aku tak nak susah kan adik aku"
"Bro..tu bukan susah kan ini kan untuk kebaikan keluarga kau juga kan?"
"Entahlah ..lagipun.." Kata-kata Iskandar terhenti apabila dia teringat tentang Hanis.
Joe sudah melihat tepat wajah Iskandar ingin tahu apa yang Iskandar mahu sampaikan kepadanya tadi.tiba-tiba sahaja lelaki itu memberhentikan kata-katanya mesti ada sesuatu yang lelaki itu simpan.
Iskandar masih mendiam kan diri.
"lagipun apa?" Tanya Joe bila melihat Iskandar hanya berdiam diri sahaja.
"Lagipun dia sekarang dekat KL susah dia nak tolong aku dekat dengan mak abah aku kat kampung"jelas Iskandar.
Joe melihat ke samping dan mengukirkan senyuman sebelum dia melihat Iskandar semula.
"habis tu kau tak nak jumpa adik kau?"
Mendengarkan itu Iskandar hanya mengukir kan senyum untuk Joe.Tipulah kalau dia cakap dia tidak ingin berjumpa dengan Hanis dekat KL ini tapi dia malas mahu ganggu adiknya itu lagipun dia tahu Hanis sentiasa sibuk dengan bengkel nya itu kerana dia pernah sekali dua melihat kesibukan di bengkel Hanis itu pun dari jauh sahaja.
"Aku tak nak lah ganggu dia lagipun dia sibuk"
"Sibuk apa?dia kerja apa sampai sibuk sangat?" Tanya Joe yang semakin jelas mengetahui tentang latar belakang Hanis.
Iskandar tiba-tiba sahaja merasa sikap Joe semakin pelik.Dia terus menghadap wajah kawannya itu.Tak biasanya Joe terlalu sibuk dengan urusan orang lain seperti ini?entah bila pula Joe jadi penyibuk seperti sekarang ini?hairan!
Kening nya bercantum antara satu sama lain. kehairanan.
"Kau kenapa ni Joe? tiba-tiba sibuk nak tahu tentang adik aku? apahal?" Soal Iskandar kembali.Kepalanya di gelingnya pantas.Pelik dengan sikap Joe.
Joe terus tertawa janggal.
"Hahahaha! Aku bukan sibuk bro.aku cuma nak selesai kan masalah engkau ni,kau jangan lah curiga macam tu kat aku"
Joe menepuk-nepuk bahu Iskandar beberapa kali sebelum melangkah untuk duduk kembali di sofa lama.Joe mengulum lidah nya ketepi pipi,padahal sikit lagi dia akan tahu dimana Hanis bekerja.Punggung nya dilabuhkannya di atas sofa lama itu.
Iskandar yang melihat Joe sudah duduk di atas sofa turut melangkah ingin duduk di samping Joe.
"Adik aku kerja dekat bengkel.." Beritahu Iskandar.
Hujung mata Joe sudah melihat Iskandar.Senyuman dibibir dikawalnya agar niat sebenarnya tidak diketahui oleh Iskandar.
"Owh.."Kata Joe sengaja membalas ringkas.
'Sekejap lagi duit datang lah' bisik hati Joe.Tak sabar dia mahu memberitahu tentang Hanis kepada Azad nanti.
***
HOSPITAL
"Mika mana ?" Tanya puan sri zalia,Risau dengan keadaan mika.Qaisy yang melihat mama nya sudah di depannya kini terus berdiri dan tangannya dengan serta merta memegang bahu puan Sri Zalia agar orang tua itu bertenang sejenak.
"Ma..mika okay" Beritahu Qaisy tak mahu puan Sri Zalia terlalu cemas.
"Mama nak masuk tengok mika" Tanpa menunggu lama pintu bilik Mika di buka oleh puan sri Zalia mahu mendekati cucu nya itu membuatkan Qaisy tak mampu berbuat apa-apa dan hanya membiarkan sahaja mama nya masuk kedalam bilik itu.
Namun,bila sahaja dia membuka pintu bilik Mika terlihat Hanis di dalam bilik itu sedang bermain bersama Mika.Puan Sri Zalia membetul kan handbag nya dan memandang tajam ke arah Hanis.
"Mama hebat lah!Ni ada satu lagi" Mika memberikan sebahagian lagi puzzle yang belum tersusun oleh Hanis.Hanis terus sahaja menyambungkan sebahagian puzzle itu untuk menyempurnakan gambar puzzle yang ada di hadapan mereka saat ini.
Rambut Mika di elusnya lembut.
"mana ada Mika lagi hebat dari mama"Kata Hanis memeluk tubuh kecil Mika.Mika membalas pelukan itu.
Perbualan mesra antara Mika dan Hanis terdengar di setiap telingga puan Sri Zalia.Puan Sri Zalia terus menghampiri Hanis dan Mika.Mendengar sahaja bunyi tapak kasut itu Hanis dan Mika terus serentak melepaskan pelukan mereka dan melihat sosok di samping mereka kini.
"kamu ni siapa?" tanya puan Sri Zalia.Ya..dia tahu perempuan itu Hanis Zalikha tapi dia sengaja menanya kan hal itu.
Hanis terus berdiri menghadap puan Sri Zalia.Huluran tangan kanan diberikan untuk bersalaman dengan orang tua itu.Namun,puan Sri Zalia langsung tak menghiraukan huluran tangan Hanis.
Perlahan Hanis menyimpan kembali huluran tangannya tadi dan hanya memberikan senyuman nipis untuk puan Sri Zalia.
"Hanis..Hanis Zalikha" jelas Hanis memperkenal kan dirinya.
"owh jadi kamu lah Hanis.."
Mendengarkan itu Hanis sudah mengerutkan keningnya.perempuan di hadapan nya ini tahu kah siapa dia? tapi bagaimana perempuan itu tahu?
Lama puan Sri Zalia melihat Hanis dari hujung kaki sampai hujung kepala perempuan itu.kemudian,senyuman sinis diberikan untuk perempuan itu.
"Patutlah..Mika dah pandai melawan saya rupanya kamu penyebab nya"
"A-apa maksud puan?" Tanya Hanis tak faham setiap bait kata yang di katakan oleh puan Sri Zalia.
"Nasib lah anak saya tak pilih kamu jadi isteri..mulai sekarang saya tak nak tengok kamu jumpa Mika lagi"
Pandangan puan Sri Zalia semakin tajam.
"Ah? nenek jangan lah..Mika sayang kan mama janganlah.." Rintih Mika bermohon kepada neneknya itu agar dia tidak dipisah kan dari Hanis.
Puan Sri Zalia mengalihkan pandangan nya ke arah Mika.Mata nya di besarkan tak mahu Mika melawan apa yang dia sudah putuskan!
"Diam Mika!"Tengking puan sri Zalia membuat kan Mika terkejut dan mengalir kan air matanya.Selimut yang ada di kakinya di ambil lalu di tutup seluruh mukanya.Dia takut dengan suara neneknya itu.
Hanis yang melihat puan Sri Zalia memperlakukan Mika sebegitu sudah melihat orang tua itu tepat.Tak sepatutnya seorang anak kecil yang baru berumur 5 tahun diperlakukan seperti itu.Kesian dengan Mika...
"puan tak boleh buat macam tu dengan Mika" Tegas Hanis namun masih menunjukkan rasa hormat nya pada puan Sri Zalia.
"Mika cucu saya..saya tahu macam mana nak ajar dia kamu jangan pernah sekalipun menyibuk tentang hal anak dan cucu saya! mulai sekarang lupakan Mika!"kata puan Sri Zalia.Dia sedikit pun tak pernah suka dengan kehadiran Hanis dalam kehidupan Qaisy dan Mika.
Hanis membesarkan kedua anak matanya tajam melihat puan sri Zalia.
"asal puan tahu saya sayang kan mika dan tak mungkin saya boleh lupakan perasaan sayang saya untuk Mika.sikitpun saya tak akan pernah untuk lupakan Mika."Jelas Hanis.Beg sandang adidas yang berada di atas kerusi diambil nya lalu di letakkan di bahunya.Dia terus melangkah pergi meninggalkan bilik Mika.
Namun,langkah nya terhenti di muka pintu bila melihat Qaisy saat ini betul-betul di hadapan nya.Wajah Qaisy dilihatnya beberapa saat begitu juga dengan Qaisy.Hati mereka seakan merasakan perasaan sakit yang sama pada saat ini.
Hanis menatap dalam ke arah wajah Qaisy kemudian perlahan-lahan dia melarikan pandangan nya agar dia mampu menahan segala kesakitan di hatinya.
"Aku cintakan kau" Luahan perlahan Hanis benar-benar jelas di telingga Qaisy membuatkan anak mata lelaki itu berkaca-kaca tak mampu menahan kesakitan di hatinya.Kata itu yang selalu dia tunggu dari bibir hanis...kata itu..
Air mata mengalir di pipi Hanis dengan cepat dia menolak tubuh qaisy perlahan untuk dia pergi meninggalkan Qaisy dan Mika.Kesakitan hati nya semakin perit sebaik sahaja mengungkap kata itu.Sebab inilah dia tidak pernah mengungkapkan kata itu pada Qaisy kerana dia tahu hatinya akan benar-benar terasa sakit seperti sekarang ini !
Qaisy masih terkaku di situ.Air mata nya yang mengalir di pipi cepat di kesatnya.Dia tidak tahu kenapa?bila sahaja Hanis mengukapkan kata-kata itu terasa ada sesuatu yang menusuk tajam ke hatinya dan itu membuatkan dia rasa sakit baru kali ini dia merasakan sakit nya sebuah kata cinta.
Share this novel