5

Romance Completed 136098

"Ni office dia..dia CEO dekat office ni..so kau kena cantik sikit dari yang biasa" Kata Nor sambil menunjukkan gambar di dalam handphone nya.

Hanis mengangguk tanda faham.mata nya di gosok-gosok nya,mulutnya mula menguap kuat.Jujur dia malas mahu tahu tentang semua ini.

Tak boleh ke terus pergi depan-depan lepastu minta kawin? kan senang tak payah mahu susahkan diri untuk tahu semua ini.Bosan!

"is ..tolong lah serius sikit.." Pinta Nor bila melihat reaksi wajah malas Hanis.

Hanis menguap sekali lagi namun kali ini telapak tangannya sempat menutup mulut nya dengan ketat.

"Aduh...bosan lah Nor..buat apa nak tahu semua ni..kau ingat kita ni apa ? ejen 123? boring lah! tak boleh ke kalau kita terus serang dia lepastu ajak kawin..kan senang"

"Buat apa nak susahkan diri?" Rungut Hanis panjang lebar.Dia sudah berdiri dari kerusi nya lalu duduk di sofa ruang tamu.

Televisyen di buka nya .mahu liat rancangan apa yang akan di siarkan di televisyen itu.

"Bende lah? tak ada siaran yang seronok ke ? BOSAN" sengaja Hanis menekan kata 'bosan' agar Nor mendengar rungutan nya itu.

Nor mengambil handbag nya pantas mahu beredar dari rumah hanis.sia - sia sahaja dia bersusah payah datang ke rumah perempuan itu tapi begini sikap Hanis.Terpulang lah apa yang Hanis mahu lakukan asalkan duda nya kawin dengan kawannya itu.

"okay fine..Kita tak perlu tahu apa-apa tentang dia..but kau kena guna cara kau sendiri untuk dapat kan hati dia..faham.." Kata Nor menyerah dengan kemahuan Hanis.

"ini baru betul..kau jangan risau kalau bab - bab mengorat ni aku memang terer .." Kata hanis yakin dengan diri nya sendiri.kedua tangan nya di letakkan di atas kepala lalu berbaring bongkak.

'apa lah sangat setakat ngorat duda..kacang' bisik hati hanis.senyuman penuh makna sudah terukir di bibir.

Nor sudah memutarkan bebola matanya ke atas.Hanis belum tahu lagi siapa Qaisy..Seorang lelaki yang penuh dengan ego. Sikap ego lelaki itu jugalah yang membuatkan Nor tawar hati dan berpaling ke arah lelaki lain.

Semua kerana ego seorang lelaki yang bernama Qaisy.

"okay Kita tengok nanti.." kata Nor sebelum pergi meninggalkan Hanis.

"setakat ngorat duda..senang je.." Kata hanis lagi.pintu rumah ditutup nya dan mula melangkah masuk kedalam bilik nya .tidur.

***

QAISY membetulkan tali leher nya agar terlihat kemas.kemudian,Melangkah keluar dari biliknya itu untuk pergi ke bilik anaknya Mika.Mahu melihat keadaan anaknya itu sudah siap berbaju sekolah atau belum.

Pintu bilik Mika di buka nya perlahan.Badan disandarkan di muka pintu.hembusan nafas dikeluarkan perlahan lalu anak mata melihat anaknya yang masih belum berbaju sekolah itu.

"Mika..kenapa tak siap lagi ni? dah seminggu papa lambat pergi kerja gara - gara mika tau..Mika kan dah makin besar, boleh tak jangan susahkan papa.."Ungkap Qaisy .Penat dengan sikap anaknya seorang itu.Semenjak dia jadi duda hidup nya semakin kelang kabut.

Mika terdiam menunduk.

Semenjak dua menjak ini Qaisy selalu sibuk dengan kerja office sampai langsung tiada masa dengan anaknya itu.

"Bila mama balik?" soal Mika tanpa henti .setiap hari soalan itu yang menjelma di telinga Qaisy.

Qaisy melihat mika tajam.

"Berapa kali papa nak cakap ni Mika! mama dah tak ada! Mika jangan pernah tanya papa soalan tu lagi faham!" Tegas Qaisy .Pantang bila mika sebut panggilan itu lagi..Baginya tanpa mama pun Mika sudah cukup kasih sayang.

Qaisy terus ke arah mika dan memakaikan anaknya itu baju sekolah.Tangan anaknya terus di gengam untuk masuk ke dalam kereta.

Mika hanya mampu diam dan mengikuti sahaja langkah papanya itu.

____

HANIS memarkir kan motorsikal Yamaha Y15ZR nya di hadapan office qaisy.berharap Qaisy akan ada di dalam office itu nanti.

"Aduh kenapa jantung aku berdegup semacam ni...relaks Hanis....relaks.." Kata Hanis menenangkan dirinya sendiri.

Hanis melangkah masuk ke dalam office.Belum sempat dia mahu menaiki lif untuk pergi ke ruangan Qaisy.Dia sudah nampak Qaisy tengah duduk diatas sofa sambil menikmati coffee.

Hanis sudah menutup mulut nya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.topi yang di pakainya diambilnya lalu di tutup seluruh mukanya.

'YaAllah Hanis..buat apa kau tutup muka kau..kalau dia tak kenal kau macam mana dia nak kawin dengan kau..Hanis..please bawa kepintaran kau hari ini..'Kata hati Hanis untuk dirinya sendiri pada saat ini. Topi di tangan di pakai nya semula.baju kemeja kotak-kotak yang dipakainya dikemaskan nya sedikit.

Kaki nya melangkah dengan berani menuju ke arah Qaisy .

"Pstttttt...psssttttt"

"Pstttttttttttt!!!"

Qaisy masih tidak perasan atas kewujudan Hanis di situ.Hanis mencuba memberanikan diri lagi untuk pergi ke hadapan lelaki itu.

"psttt! Hai!" kata hanis melambaikan kedua tangannya.

Mendengarkan usikan itu Qaisy sudah melihat wajah Hanis .

Qaisy melihat tepat ke arah hanis lalu memalingkan muka ke arah lain.

'pempuan separuh jantina ni lagi ke?' Bisik hati qaisy.tak suka dengan kedatangan perempuan itu.kaki melangkah untuk pergi dari tempat itu.

Hanis yang melihat tindakan Qaisy berlari terburu-buru ingin mengejar Qaisy.

'eh lelaki sengal ni..kalau bukan sebab Nor dengan Mika..aku remuk-remuk kan muka kau tu!' Bisik hati Hanis.

"Ermmm...aku nak minta maaf"kata hanis.

langkahan kaki Qaisy terhenti .badan dipusing nya melihat kelibat Hanis.

"Okay.." Balas qaisy ringkas,kemudian kembali melangkah menuju lif.

"Okay je?" bisik Hanis sendiri.

"Tunggu!" teriak hanis.sekali lagi langkahan Qaisy terhenti.

"nak tahu satu rahsia tak?" Kata Hanis sambil melihat Qaisy penuh senyuman di wajah perempuan itu.

Qaisy menaikkan kening nya.hembusan nafas perlahan di hembuskan.Kedua tangan di silangkannya.

"Pertama kali aku tengok kau..hati aku ni berdebar..berdebar dia tu macam gempa bumi...adakah ini cinta?" Luahan palsu Hanis untuk Qaisy.

Qaisy hanya berwajah datar tanpa reaksi apa pun.

Melihat itu suasana canggung menjelma di diri Hanis.Hanis tersenyum janggal menampakkan barisan gigi nya yang lurus dan gigi arnab yang menambahkan kecantikan senyuman nya itu.

"Jom kawin.." Ajak Hanis.Pipinya sudah merah padam.Malu! baru kali ini dia menebalkan muka seperti ini.

Qaisy melihat tajam kearah Hanis .senyuman sengit diberikan kepada Hanis .

"saya rasa..better..cik check dulu jantina cik..sebelum kawin dengan saya.." Qaisy terus masuk kedalam lif tanpa memperdulikan Hanis lagi.

Hanis yang mendengarkan itu sudah tersentak .Kata-kata yang ringkas namun pedih dan menusuk ke kalbu nya!

Sial!

tak guna!

Sengal!

"SENGAL!" teriak Hanis tanpa memperdulikan orang di sekeliling nya .terus dia melangkah pergi dari office itu dengan perasaan marah yang amat.Kunci motorsikal Yamaha Y15ZR terus di keluarkan lalu menstart motorsikal itu untuk pergi dari office lelaki sengal itu!

Sumpah menyesal dia setuju dengan permintaan nor.Menyesal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience