OFFICE
TAUFIQ masuk ke dalam bilik Qaisy tanpa meminta izin atau mengetuk pintu sama sekali kerana dia dan Qaisy begitu rapat jadi tidak menjadi masalah kalau dia terus sahaja masuk ke dalam bilik lelaki itu.
Masuk sahaja dalam bilik Qaisy matanya terus tertumpu ke arah Qaisy yang sibuk menekan-nekan papan komputer nampak sibuk sahaja kawannya itu.
"Woi bro!" kejut Taufiq yang terus sahaja duduk di kerusi yang berhadapan dengan Qaisy.
Qaisy melihat Taufiq sejenak kemudian kembali sibuk menyiapkan kerja-kerja nya.
Taufiq melihat Qaisy kehairanan.Yelah Qaisy 2 minggu lagi mahu berkahwin semula dengan Nor takkan lah Qaisy tak mahu berjumpa dengan Nor untuk beberapa hari ini atau ambil cuti sempena perkahwinan semula mereka.
"kejap-kejap kau bukannya nak kahwin semula dengan Nor ke?" tanya Taufiq.
"Hm" Jawab qaisy masih sibuk dengan kerjanya.
"Habis tu kau tak nak spent time together dengan Nor?"
"malas"
Mendengar jawapan Qaisy sebegitu sahaja Taufiq sudah mengerutkan kening nya.Aik? kahwin pun malas?ke ada sesuatu yang kawannya itu sembunyi kan darinya?.Taufiq menenung dalam wajah Qaisy.
"Kau ni lain macam je aku tengok.."
"lain macam mana?"Tanya Qaisy kembali dia malas mahu melayan Taufiq saat ini kalau hanya mahu berbincang tentang perkahwinan semula nya dengan Nor.Entahlah baginya semua itu tak terlalu penting.
Taufiq sudah mula merasa memang ada sesuatu yang lelaki itu sembunyikan kepada nya.tiba-tiba dia teringat dengan seorang perempuan yang selalu Qaisy cerita kan padanya pada waktu itu.Senyuman penuh makna diberikan untuk Qaisy.
"kau kahwin dengan Nor? jadi macam mana dengan perempuan tu? siapa nama dia?"Tanya Taufiq masih mengingat nama perempuan yang dia maksudkan saat ini.
Tangan Qaisy yang tadinya sibuk menekan-nekan papan komputer itu tiba-tiba sahaja terhenti,wajah Taufiq dilihatnya tepat sebelum kembali melihat ke arah skrin komputer di hadapannya.
"Hanis" beritahu Qaisy tentang nama perempuan yang dimaksudkan oleh Taufiq.
Taufiq sudah mengangguk kan kepalanya beberapa kali.ya!perempuan itu lah yang dia maksudkan.
"iya Hanis..macam mana dengan dia?iyalah bukannya kau pernah bagitau aku ke yang kau cinta kan Hanis kan"
Qaisy sekali lagi melihat wajah Taufiq tapi kali ini agak lama.
"A-aku..."
Taufiq mengerutkan keningnya masih menunggu jawapan dari Qaisy.
Qaisy mengalihkan pandangan ke sisi lain.Dalam saat itu tiba-tiba sahaja dia teringat dengan ungkapan Hanis semasa di hospital tempoh hari.ungkapan itu sungguh menyakitkan hatinya tapi kata itu juga yang lama dia tunggu dari mulut Hanis.
'Aku cintakan kau'
ungkapan itu masih jelas di telingga Qaisy sangat jelas sampai dia tidak pernah melupakan suara dan ungkapan Hanis saat itu.
Dadanya terasa sesak.Sakit! namun, dia tidak akan pernah menafikan yang dia sampai bila-bila pun akan terus mencintai Hanis dan sampai bila-bila pun dia tak akan pernah untuk lupakan perempuan yang dia cintai.
Taufiq yang melihat Qaisy sudah mengerutkan dahinya seribu.hairan dengan sikap Qaisy kini yang hanya diam tanpa berbicara sedikit pun.sebenarnya apa yang di simpan oleh lelaki itu?
"Kau okay ke Qaisy?" tanya Taufiq sedikit risau dengan keadaan Qaisy kini.terlihat jelas di mata Qaisy yang terlihat berkaca-kaca.
Qaisy tersedar dari lamunan nya,senyuman nipis diberikan oleh Qaisy untuk taufiq.jari jemari nya kembali menekan-nekan papan komputer.berpura-pura tidak ada apa-apa yang dia fikirkan saat ini.Walaupun pada hakikatnya hanya nama Hanis yang selalu sentiasa dia fikirkan.
"Okay" Jawab qaisy.
Taufiq membalas senyuman Qaisy perlahan dia bangkit dari kerusi di hadapan qaisy.kaki nya melangkah perlahan meninggalkan Qaisy.Namun langkahnya terhenti sejenak dan kembali menoleh ke arah Qaisy.
"memang susah untuk faham dengan cinta tapi apa yang patut kau buat kau tetap harus berusaha faham dengan erti cinta,masa tu kau akan tahu di mana kebahagian kau sebenar.." Ungkap Taufiq sebelum dia menjejakkan kaki meninggalkan bilik Qaisy.
Bila sahaja Taufiq sudah tidak kelihatan di matanya.Qaisy terdiam kaku memikirkan setiap bait kata yang dimaksudkan oleh Taufiq tadi.Ya! dia tahu memang susah untuk memahami tentang erti sebuah cinta dan sampai saat ini dia tidak pernah faham kenapa cinta dia dan Hanis hanya tersimpan sebuah kata sakit!
Mungkin rasa sakit ini sebuah pertanda yang dia dan Hanis memang tidak mungkin akan bersama!
"maafkan aku Hanis..aku tak mampu pertahankan cinta aku untuk kau..maafkan aku.." Air mata lelaki itu mengalir perlahan di pipinya.Mungkin ini alasan Hanis tidak pernah mengatakan kata cinta kepadanya.kerana kata itu hanya menyakitkan!
***
BENGKEL
HANIS membuka tutup botol mineral dengan cepat dia meneguk air didalam botol itu sehingga air itu masuk dengan pantas ditekaknya membuatkan dia tersedak.Cepat sahaja tangannya menepuk-nepuk belakang leher nya.
"Huhuk!Hem!"
Mendengarkan itu Ikmal dengan pantas menuju ke arah Hanis risau dengan keadaan perempuan itu.terus sahaja dia menepuk-nepuk belakang badan Hanis.
"woi! kau nak aku mati ke apa!?" Bidas Hanis melarikan tangan Ikmal.
Ikmal menatap wajah Hanis masih risau dengan keadaan perempuan itu.
"kau okay ke is?" Tanya Ikmal membelek-belek wajah hanks.
Hanis melarikan lagi tangan Ikmal saat ini.aduh! sumpah dia rimas dengan Ikmal saat ini.
"aku okay..aku tersedak je tadi" jelas Hanis kepada Ikmal.
Mendengarkan itu Ikmal sudah menarik dan menghembuskan nafas serta merta.kepala Hanis di ketuk nya perlahan.
"tulah lain kali minum perlahan-lahan" pesan Ikmal mencubit pipi tembam perempuan itu.
"eh Mal kau apa hal ni!" kata Hanis rimas dengan perlakuan ikmal.Dia tidak tahu kenapa dua tiga hari ini dia langsung tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa pun termasuk Ikmal.
Ikmal menghentikan perlakuan nya terhadap hanis.sejak dua hari ini Hanis langsung tak pernah senyum apatah lagi ketawa seperti dulu.dia rindu untuk melihat perempuan itu senyum.
"Sorry"Ucap Ikmal kemudian melangkah kembali menguruskan kerja nya yang belum habis lagi.
Hanis melihat Ikmal seperti itu rasa bersalah muncul didalam dirinya.Dia tak sepatutnya layan Ikmal seperti itu dia tahu dia terbawa emosi.
"Aku tak bermaksud nak marah kau cuma aku sekarang ni memang tak ada mood ..harap kau faham lah keadaan aku sekarang ni" jelas Hanis tak mahu Ikmal memikirkan bukan-bukan terhadap dirinya.
Ikmal kembali menghadap wajah Hanis.sejak Hanis balik sahaja dari kampung sikap Hanis tiba-tiba sahaja berubah seperti ini.Cepat naik angin!Dan dia juga tahu ini semua disebabkan Qaisy! duda tak sedar diri itu!
"pasal duda tu ke kau tak ada mood macam ni?" tanya Ikmal menatap tajam ke arah Hanis.
Hanis membesarkan kedua anak matanya.Entah kenapa Ikmal sebut lagi nama Qaisy saat ini?dia sudah berusaha mahu melupakan Qaisy tapi hakikatnya langsung tak mampu untuk lupakan qaisy dan itu membuatkan dia semakin sakit!
"sebab duda tak guna tu kan kau jadi macam ni?!" nada suara ikmal terdengar semakin tinggi.
"mal dah lah ! cukup! cukup lah tu..aku penat lah..aku malas nak bertekak dengan kau pasal benda ni ..tak penting!" Hanis terus mengambil beg sandang nya kunci motorsikal Yamaha Y15ZR nya terus diambilnya untuk pergi dari bengkel itu.kaki melangkah menuju ke arah motorsikal nya.
TRING!TRING!
Di hadapan motorsikal Yamaha Y15ZR !nya tiba-tiba sahaja handphone neffos c5a milik Hanis berbunyi tanda ada panggilan. terus sahaja Hanis mengambil handphone nya itu dari beg sandang adidasnya untuk mengangkat panggilan itu.Terlihat nombor yang tidak dia kenali menghubungi nya.
Panggilan di sambungkan..
"Asalamualaikum adik"
Hanis sudah mengerutkan keningnya.Adik?
"Waalaikumussalam siapa ni?" tanya Hanis tak tahu siapa yang menghubungi nya saat ini.
"Hanis.. ni abang..." jawab Iskandar.
Hanis sudah terdiam di talian itu dia terkejut dengan apa yang dia dengar.Iskandar?tak sangka abangnya menghubunginya.
"abang..yaAllah abang..macam mana abang tahu nombor adik" tanya Hanis senyuman terukir di bibirnya.
"Adik tak perlu tahu abang dapat dari mana nombor adik tapi apa yang adik perlu tahu abang rindu kat adik..abang nak jumpa adik lagipun abang sekarang ni dekat KL tinggal rumah kawan abang.."Luah Iskandar .dia benar-benar rindu dengan adiknya itu.sangat rindu!
Hanya Hanis satu-satunya keluarga nya yang selalu menerima dia.
Hanis menganggukkan kepalanya perlahan.Dia juga rindu dengan abang nya itu.lama dia tak berjumpa dengan Iskandar.Saat ini hatinya benar-benar rindu dengan Iskandar..tak mungkin dia menolak untuk berjumpa dengan abang kandungnya sendiri.
"kita jumpa nanti ya abang.. nanti adik bagitahu abang kat mana kita akan jumpa.." kata Hanis.Air mata mengalir perlahan di pipi dia terharu kerana akhirnya dia dapat bersama dengan abangnya semula walaupun hanya sekejap tapi itu sudah cukup mengubat rasa rindunya.
Iskandar mengukirkan senyuman dibibirnya.
"abang.." panggil Hanis bernada sedikit sayu.
Iskandar hanya diam dan mendengarkan suara Hanis di dalam talian saat ini.
"Adik sayang abang..." ungkap Hanis membuatkan Iskandar mengukirkan senyuman perlahan-lahan di bibirnya.Anak mata sudah terlihat berkaca-kaca.
"Abang sayangkan adik..." ungkap kembali Iskandar.
Hanis mengukirkan senyuman dibibirnya sebaik sahaja mendengarkan ungkapan sayang itu dari abangnya. Lama dia tidak Mendengarkan kata-kata itu dari mulut abangnya.Kalaulah abah dan maknya boleh menerima kembali abangnya tentu keluarga mereka akan bahagia seperti dulu.
Share this novel