44

Romance Completed 136098

SETELAH selesai pembedahan yang dilakukan oleh doktor terhadap Hanis.Hanis dipindahkan ke bilik khas yang telah di bayar oleh Qaisy.Qaisy masih duduk terdiam di bangku yang berada di dalam bilik khas yang di sediakan untuk Hanis dan menunggu Hanis disitu.

Alhamdulillah kerana Hanis selamat melakukan pembedahan itu.Walaupun hati nya masih sedih dengan kehilangan anak tunggalnya.Mika.Namun,dia tetap kena kuat di hadapan Hanis.

Tidak lama setelah itu terlihat empat orang jururawat dan seorang doktor membawa Hanis yang terbaring di katil masuk ke dalam bilik itu.Mata perempuan itu masih tertutup rapat.

"kalau cik Hanis dah bangun tolong beritahu saya atau jururawat saya ya" pesan doktor Dian sebelum pergi meninggalkan Qaisy dan Hanis di dalam bilik itu.

Qaisy memandang wajah Hanis perlahan tangannya menyentuh tangan Hanis sambil bibirnya tersenyum melihat keadaan Hanis kini.Dia bersyukur kerana perempuan yang dia cintai masih ada di depan matanya.

"Saya janji akan jaga awak sampai bila-bila,bila awak ada depan mata saya baru saya sedar saya tak boleh kehilangan awak..saya tak boleh lepaskan awak" Ungkap Qaisy mengalir kan air mata lelaki nya di pipi.Dia benar-benar sayang dengan perempuan yang berada di hadapannya ini.

****

2:30AM

SETELAH beberapa jam Qaisy menunggu Hanis bangun dari lelap nya.Perempuan itu tiba-tiba membuka matanya perlahan.Tangannya yang digengam erat oleh Qaisy cuba dilepaskannya dan mula berusaha duduk walaupun terasa masih pedih dibelakangnya kini.

"Qaisy?" Hanis masih binggung dengan keadaan nya kini dilihat nya di sekeliling ruang bilik itu sedar dia berada di hospital kini.Semua ingatannya terhadap kemalangan itu tiba-tiba terimbas semula di kepalanya membuat kan mata nya tertutup dan air mata mengalir tiba-tiba apabila teringat akan nasib mika.Dia tidak tahu anak kecil itu selamat atau tidak saat ini.Namun,dilap cepat.

Hanis berusaha membangun kan Qaisy untuk mengetahui khabar Mika kini.

"Woi..." panggil Hanis membangun kan Qaisy.

Qaisy yang mendengar panggilan itu terus sahaja terbangun dan berdiri tegak apabila terlihat Hanis sedar saat ini.Kepala Hanis di pegangnya berhati-hati.

Hanis sedikit binggung dengan kelakuan Qaisy namun hanya membiarkan sahaja Qaisy melakukan seperti itu.

"Dahlah" kata Hanis sedikit rimas dengan perlakuan Qaisy yang tak habis-habis memegang kepalanya dengan perlahan seperti itu berkali-kali.

"Hanis..awak dah sedar.."

"Hmm" jawab Hanis hanya senyuman nipis diberikan untuk Qaisy kerana kondisi nya pun masih lemah.

Hanis terdiam seketika sebelum melihat wajah Qaisy.

"Mika mana?" Tanya Hanis hanya itu sahaja yang dia fikirkan sejak dia sedar.

"Mika.." Qaisy melihat wajah Hanis.Tak mungkin dia akan memberitahu Mika sudah pergi dari mereka untuk selamanya.

Anak mata nya dialihkannya perlahan sebelum melihat Hanis semula dan mengukirkan senyuman untuk Hanis.Menyembunyikan segalanya untuk sementara waktu untuk kebaikan kesihatan Hanis saat ini.

Dia tahu Hanis seperti apa kalau lah Hanis tahu mika meninggal dunia perempuan itu akan menyalahkan dirinya sendiri.dia tidak mahu Hanis merasakan tekanan saat ini.

"Asyik Mika je...saya tak nak tanya?" soal Qaisy merenung lembut mata Hanis.

Hanis sedikit merasakan debar dihatinya akibat bertentangan mata seperti itu dengan Qaisy baru kali ini dia melihat mata berwarna Hazel milik lelaki itu sedekat ini.Namun,dia cuba mengawal perasaan itu takut terbawa suasana lagi pun ini bukan masa yang tepat merasakan perasaan seperti itu.

"Kau dah ada kat sini buat apa nak tanya lagi" balas Hanis melarikan pandangan matanya.

"mana Mika?kau tahu kan dia kena culik?" sekali lagi soalan itu dituju kan untuk Qaisy.Entah kenapa dia melihat wajah lelaki itu langsung tidak menunjukkan ada rasa cemas sama sekali malah boleh bergurau dengannya seperti itu.Apa yang terjadi sebenarnya?

Takkan lah Qaisy begitu bodoh untuk tidak memperdulikan Mika dan hanya memperdulikan tentang dia sahaja?

Tak mungkin?!

Sekali lagi senyuman dibibir Qaisy diberikan untuk Hanis.

"Mika okay..dia tak kena culik pun awak jangan risau,dah saya nak bagitahu doktor awak dah sedar" Qaisy cuba menenangkan Hanis walaupun hatinya sendiri tak tenang dan masih dengan kesedihan atas pemergian anaknya itu.jarinya menekan tombol merah untuk memanggil doktor.

Hanis tak mampu untuk banyak bicara dan hanya mengangguk lemah.

.........

Setelah 1 jam berlalu....

Tiba-tiba pintu terbuka luas terlihat mak dan abah Hanis serta Iskandar di depan muka pintu bilik itu terus sahaja mak Salmah menuju ke arah Hanis pantas begitu juga dengan Pak Halim.Iskandar hanya berdiri di tepi katil melihat keadaan adiknya kini.

Qaisy bersalaman dengan Pak Halim sebelum membiarkan kedua orang tua itu melepaskan rasa rindu dan rasa risau mereka kepada Hanis.

Hanis memandang Iskandar yang masih terlihat menjaga jarak dengan mak dan abahnya.

"mak..abah..tolong terima abang is semula kembali dalam keluarga kita...Hanis mohon dengan abah tolong tunaikan permintaan Hanis" mohon Hanis meminta belas kasihan abahnya dan maknya untuk menerima Iskandar kembali ke dalam keluarga mereka.

Pak Halim melihat Iskandar begitu juga mak Salmah.Pak Halim mendekati anak sulung nya itu dan mula memeluk erat tubuh Iskandar.Sebenarnya sudah lama dia memaafkan kesalahan anak nya itu tapi hanya ego yang menghalang nya untuk menerima Iskandar kembali.

Hanis terharu dengan pelukan kedua orang yang dia sayang dihadapannya saat ini.Lama dia menunggu hari ini dan akhirnya terwujud di hadapan mata nya sendiri.apa yang berlaku semua nya ada hikmah.Mungkin kalau dia tidak kemalangan seperti ini abang nya dan abahnya tak kan pernah berbaikan seperti sekarang.Allah SWT maha mengetahui.

Hanis tiba-tiba memandang ke kiri ke kanan mencari-cari Qaisy yang sudah tidak berada disitu.

"mana Qaisy?" tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Hanis secara automatik.

Mak Salmah turut mencari sosok Qaisy namun sudah tidak berada di dalam bilik itu.

"Hem! baru kejap hilang dah cari ke dik?" sakat Iskandar membuatkan mak Salmah dan Pak Halim ketawa turut menyakat Hanis.Hanis hanya mampu memberi kan jelingan tajam kepada abangnya.kalau dia dalam keadaan yang sihat mahu dia tendang abangnya itu.

"nak tidur ah" kata Hanis sambil cuba berbaring dengan bantuan mak Salmah dan berpura-pura menutup matanya.

Iskandar,mak Salmah dan Pak Halim sudah melangkah keluar meninggalkan hanis.membiarkan Hanis berehat dengan tenang.

****

BALAI POLIS

QAISY menutup pintu kereta Mazda nya dan terus melangkah masuk ke dalam balai polis ingin melaporkan tentang kes anak dan mama nya sendiri.Walaupun puan sri Zalia mama kandungnya tapi ini ada balasan yang setimpal untuk perempuan tua itu.

Setelah melaporkan kes itu anggota polis mula bergerak ke rumah banglo milik puan sri Zalia dan ada beberapa anggota polis mencari keberadaan puan Sri Zalia di seluruh kawasan kuala lumpur.Dia tahu dia terlambat untuk melaporkan mama nya ke pihak polis sebenarnya dia pun masih terkejut dengan hal ini.

"Sepatutnya encik kena beritahu lebih awal kes ni...bukan dibiarkan begitu sahaja" tegas ketua polis itu.

Qaisy merasa sedikit bersalah dan hanya mengakui kesalahannya dengan anggukan kepala dan permintaan maaf.

"Saya minta maaf tuan ..sa..saya tak tahu apa yang saya fikir..anak saya meninggal dalam tangan mama saya sendiri..orang yang saya cinta dalam hospital..saya tak mampu nak fikir macam mana lagi masa tu.." Luah Qaisy memberitahu ketua polis itu penjelasan yang sebenarnya tentang situasi nya saat itu.

Ketua polis itu hanya menghembuskan nafas perlahan dan memegang bahu Qaisy untuk menenang kan lelaki itu.Dia juga faham dengan situasi lelaki itu dia cuma sedikit terkejut dengan kes seperti ini.

SAMPAI sahaja di hadapan rumah banglo terus sahaja Qaisy dan anggota polis turun dari kereta polis itu dan perlahan masuk ke dalam rumah.Mereka mencari-cari kelibat puan sri Zalia.Qaisy melangkah masuk ke dalam bilik yang sama dia berjumpa dengan Mama dan mika saat itu.Terdengar bunyi tangisan semakin dekat dia membuka pintu.Terlihat sosok puan Sri Zalia yang terlihat tak tentu arah.

"Tuan!" Qaisy memanggil ketua polis untuk masuk kedalam bilik itu.

Terus sahaja beberapa anggota polis masuk ke dalam bilik itu.Apabila mereka melihat keadaan puan Sri Zalia seperti itu dua orang daripada mereka sudah mengheret keluar puan Sri Zalia.

Bibir perempuan tua itu tidak berhenti-henti mengucapkan kata yang sama.

"Aku tak bunuh budak tu..aku tak bunuh dia..aku sayang dia" ungkap puan Sri Zalia berulang-ulang kali.

'YaAllah jika ini balasan engkau untuk mama aku..aku redha yaAllah' Kata hati Qaisy redha dengan ketentuan yang maha Esa.

****

SETELAH Qaisy menyelesaikan semua urusan nya dia terus kembali ke hospital untuk menjaga Hanis.Pintu dibuka perlahan agar Hanis tidak terjaga dari tidur nya.Namun apabila dia masuk sahaja di dalam bilik itu terlihat seorang lelaki yang sedang duduk di bangku sebelah katil Hanis.

"Ikmal?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience