"Ok Baba! Tolong jangan bimbangkan kami, Baba hati hati memandu, masa pulang nanti. Jangan bawa laju laju ya".
"Ok sayang. Tolong jagakan adik untuk Baba ya. Baba akan balik seberapa segera. Bye".
"Ok Baba, bye".
Mereka berdua memutuskan talian. Farid setia menunggu Nadia diluar bilik menjahit luka. Sambil bermain dengan talifon bimbitnya.
"Abang!"
Teriak Nadia sambil terseyum. Kelihatan tangan nadia sudah pun berbalut dan memakai penyokong tangan. Manakala lutunya sudah pun berjahit. Luruh hati Farid bila melihat adiknya seperti itu. Dia lantas memimpin adiknya hingga kekereta. Semasa didalam kereta Farid bertanyakan kejadian apa yang telah berlaku. Sehinggakan Nadia terjatuh dari anak tangga.
"Nad, abang nak tanya ni. Auntie Suzie tolak u ke?"
Berkerut dahi Nadia, bila Farid berkata begitu. Manakala Farid, cuba serkap jarang terhadap Suzie.
"Ehh tak adalah! Nad yang tergelincir sendiri. Dia tak buat apa apa pun dekat Nad. Tapi Nad pelik lah. Macam mana boleh ada air sabun dekat situ. Memang sebelum Nad jatuh tadi. Nad ada turun kebawa. Nad tanya aunty Suzie. Mana abang? Masa tu, auntie Suzie tengah mengemop lantai. Tapi dia hanya mop dekat kawasan ruang depan sahaja. Tak tahu pula yang dia mop satu rumah".
Cerita Nad kepada abangnya.
"Mungkin dia mop tangga jugak kot".
Kata Nadia lagi. Sambil berkerut dahi. Lega hati Farid, bila Suzie tidak ada kena mengena dalam hal adiknya jatuh. Kerana Farid mengharapkan yang Suzie bukan lah seoarang yang jahat sangat.
"Tapi! Sampai hati dia tak nak tolong adik. Lama adik duduk disitu. Bila adik dengar kereta abang masuk kedalam parking. Adik tengok dia lekas lekas keluar dari bilik dan berpura pura mahu menolong adik didepan abang".
Berkerut dahi Farid bila mendengar cerita Nadia. Farid seakan akan tidak percaya dengan Nadia. Farid tahu Nadia tidak suka kan Suzie. Mungkin Nadia sahaja membuat buat cerita. Agar Farid juga membenci Suzie. Farid hanya diam dan tidak berkata apa apa. Sampai dirumah. Farid memapah adiknya masuk kedalam dan duduk diruang tamu.
"Abang malam ini adik ada tusyen tau?"
"Ehh tak payah lah tusyen. u call cikgu. Cakap tak payah datang hari ini. Gantikan hari lain. U kena berehat dulu. Sampai ok tangan u tu".
Marah Farid, bila Nadai mahu meneruskan kelas tusyennya malam ini.
"Tangan i satu aja sakit. Lagi satu boleh tulis apa".
Nadia berdegil, mahu juga cikgu Noor datang kerumah. Farid betul betul tidak tahu, mahu berkata apa lagi dengan adiknya yang degil.
"Ok lah! ok lah! Tapi hari ini tusyen untuk satu jam sahaja ya. Tak nak sampai dua jam, macam selalu".
"Yehh! Sayang abang. Muahh".
Nadia memeluk Farid pelahan dan mencium pipi Farid. Terseyum farid melihat telatah adik kesayangannya itu.
"Ehh dah baik? auntie ingatkan Nad kena tahan dekat hospital. Macam mana tangan u? Patah ke terseluh aja?".
Tanya Nadia sambil membuat muka tidak puas hatinya kepada Nadia. Kerana Nadia tidak ditahan dihospital.
"Aku ingat dia jatuh tadi, tangan dia patah ke, mati ke?. Hurmmm hidup lagi rupanya dia. Panjang betul nyawa budak ni".
Bisik Suzie, yang begitu beria ria mahu Nadia tercedera teruk.
"Terseliuh aja"
Balas Nadia pendek, sambil menjeling memandang Suzie yang berpura pura mengambil perdulu tentang dirinya, dihadapan Farid. Nadia tahu, yang Suzie memang suka kalau dia masuk hospital. Suzie yang malas hendak berdebat dengan Nadia dihadpan Farid. Membalas jelingan Nadia dan terus masuk kedapur, untuk membuat air milo.
"Assalamuailaikum".
"Ehh cikgu dah sampai".
Bisik Nadia yang sedang duduk bersedia dikerusi belajar. Nadia bangun dan terus membuka pintu utama, untuk cikgu Noor. Terperanjat Noor yang berdiri didepan pintu. Bila melihat tangan Nadia yang berbalut.
"Kamu kenapa Nadia?"
Tanya Noor, bila terpandang keadaan Nadia.
"Masuk dulu cikgu! Nanti saya ceritakan".
Noor masuk kedalam rumah dan menigikut Nadia terus keruang belajar. Nadia duduk dikerusinya. Noor pula duduk berhadapan Nadia. Sambil menunggu cerita dari Nadia. Nadia menceritakan kepada Noor apa yang telah terjadi kepadanya. Noor berkerut dahi bila mendengar cerita Nadia.
"Lepas ni! Kamu kena hati hati Nadia. Cikgu bukan nak menuduh dia. Tapi cikgu dapat rasakan dia ada agenda dia yang tersendiri. Lagi satu cikgu nak bagi tau kamu. Masa kita kena keracunan makanan, dia ada masuk kedapur. Tapi kita tidak boleh tuduh dia, selagi kita tidak ada bukti".
Kata Noor yang agak berbisik. Yang sebenarnya Nadia juga fikir begitu, tentang makanan yang membuatkan mereka sakit perut.
"Ehh sudah lah... Kamu ni betul ke boleh belajar hari ini. Kamu seharusnya kena berehat. Kenapa tak call aja cikgu. Kita boleh tukar hari lain".
"Saya nak cikgu ada. Bila cikgu ada dengan saya, saya rasa betul betul selamat. Abang kata eaok Baba balik. Malam ini boleh cikgu teman saya lagi?".
Rupanya Nadai juga ada agendanya yang tersendiri. Dia mahu Noor menemaninya, sehingga bapanya balik. Terseyum manja Nadia memujuk Noor.
Share this novel