Part36

Drama Completed 18514

"Kenapa? Orang yang dekat depan i tak cukup jantan untuk puaskan i ke?. Buat apa nak cari jantan muda yang lain. Kalau jantan muda tu, ada didepan mata i sekarang".

Jeling Suzie kepada Farid, sambil menjelirkan lidahnya keluar dan menjilat jilat seluruh bibirnya yang berlipstik. Bernafsu Farid, bila melihat Suzie buat begitu. Farid lantas beralih pandangan ketempat yang lain. Suzie lagi sekali menghampiri Farid dan meletakan tangannya didada Farid. Farid hanya membiarkan sahaja Suzie meletakkan tangan didadanya. Farid sepertinya malas hendak melawan kemahuan Suzie. Dari berdiri, Suzie menarik tangan Farid untuk duduk disofa satu seat. Farid sepertinya asyik dalam belaian Suzie. Farid hanya melayankan sahaja kehendak Suzie. Suzie lantas duduk diatas Farid sambil merangkul leher Farid.

"Macam tu lah sayang. Kalau dari dulu u macam ni. Hari hari, i boleh puaskan u. U jangan risau. Ini rahsia kita berdua sahaja".

Bisik Suzie dengan nada gedik manjanya. Peluh jantan Farid mula mengalir keluar. Ruang tamu yang sudah siap terpasang aircond, mula terasa bahang kepanasan. Kerana nafsunya mula bergelora. Bila Suzie membelainya dengan lebih. Suzie bangun dari atas Farid untuk menarik Farid kedalam bilik. Tiba tiba, duit didalam poket Suzie terkeluar dan jatuh diatas peha Farid. Terbeliak mata Suzie bila duit itu jatuh. Nafsu yang tadinya bergelora, terputus begitu sahaja. Kini wajah Suzie bertukar pucat. Bila duit yang dicurinya itu. Berada ditangan Farid.

"Kau curi duit Baba aku ya?"

Tanya Farid dan terus bangun dari tempat duduknya. Suzie sedikit berundur kebelakang. Bersedia untuk melarikan diri. Tetapi sempat dicengkam tangannya oleh Farid.

"Kau ni dah kenapa. Ini duit aku lah. Kau ingat aku tak ada duit macam ni ke?"

Marah Suzie, sambil merampas duit dari tangan Farid dan menyimpannya semula kedalam poket seluarnya.

"Kau jangan kemana mana selagi Baba aku belum balik kesini".

Sergan Farid. Szuie yang tadinya berdiri, terus duduk disofa. Farid duduk disofa bertentangan Suzie. Pertama kali Suzie kelihatan gelisah, bila berada dihadapan Farid. Farid setia merenung Suzie. Suzie menjadi semakin tidak menentu. Duit masih lagi tersimpan bersama Suzie.

"Aku tak tahu kau ni jenis perempuan macam mana. Pada mulanya aku cuba untuk terima kau masuk dalam keluarga aku. Aku cuba berangapan baik terhadap kau. Bila sikit sikit perangai cilaka kau keluar, aku mula menyampah dengan kau. Kau sepatutnya beruntung, Baba aku sayangkan kau. Baba aku sudi cintakan kau. Tapi! Ini yang kau balas. Aku tak tahu, kerja jahat apa lagi yang kau telah buat. Aku dapat rasakan sakit adik aku, ada berkaitan dengan kau".

Kata Farid sambil memandang kepada Suzie. Suzie setia tunduk memandang kelantai. Tiba tiba Suzie bangun dari tempat duduknya dan berdiri dihadapan Farid.

"Kau ingat kau tu baik sangat. Kau habiskan duit Baba kau dengan perempuan dekat Club. Kau mengatal dekat sana. Lepas tu kau nak tuduh aku perempuan jahat. Tengok diri tu sendiri, sebelum nasihatkan aku".

Marah Suzie sambil membeliak liakkan matanya. Semasa berbicara dengan Farid. Tersenyum Farid, bila Suzie kata begitu.

"Aku ni lelaki. Apa yang aku buat tidak, Orang tak akan ambik peduli. Kau tu perempuan sekali orang pandang kau jijik, sampai mati orang akan ingat. Tolonglah jaga maruah kau tu sikit".

"Pergi mati dengan orang. Aku susah, ada orang nak tolong aku ke? Aku nak menjalang ke nak menyundal ke, aku tak susahkan sesiapa pun. Kau tu, jangan pulak nak mengajar aku. Tentang apa yang baik, apa yang buruk. Lagi pun kau tak layak nasihatkan aku".

Jergah Suzie denagan nada yang sedikit meninggi dan marah. Sampai berkerut kerut wajah Suzie, menahan marah.

"Dah kau jangan banyak bunyi. Tunggu aja baba aku balik. Biar dia yang mengadili kau. Kalau betul duit itu kepunyaan kau. Baru aku minta maaf dekat kau. Tapi sekiranya, duit itu milik Baba aku. Kau terima ajalah nasib kau".

Suzie terus duduk kembali disofanya. Dada Suzie mula berdebar bedar, bila Farid berkata begitu kepadanya. Penantian Dato Kamarul pulang semula kerumah cukup membuatkan Suzie tidak senang duduk, mahu pun berdiri.

"Aku nak ketandas".

Tanya Suzie.

"Pergilah! Jangan buat benda bodoh sudahlah".

Balas Farid. Suzie berdiri dari tempat duduknya dan terus menuju ketandas didapur. Didalam tandas Suzie bermundar mandir didalamnya. Yang sebenarnya, bukan Suzie mahu ketandas pun. Dia hanya mahu berfikir sendirian didalam tandas. Bila didepan Farid, dia tidak dapat berfikir dengan tenang. Suzie masih lagi bermundar mandir didalam tandas.

"Cepatlah fikir Suzie!"

Lafas Suzie sendirian. Memikirkan sesuatu disaat saat akhir memang menyakitkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience