Bakal mak tiri dari neraka! Part3
"Selamat malam Dato"
Tegur cikgu Noor, bila ternampak Dato Kamarul masuk kedalam rumah dan lalu disebelahnya, yang sedang mengajar Nadia. Terseyum Dato Kamarul, bila Noor menegurnya. Lantas memandang Nadia yang sedang belajar.
"Selamat malam juga cikgu. Cikgu datang sini naik apa? Tak nampak pun kereta cikgu?"
Tanya Dato Kamarul. Bila melihat diluar tidak ada pun kereta cikgu Noor.
"Ohhh! Kereta saya rosak. Saya datang sini naik grab".
Kata cikgu Noor dengan senyuman manis. Dato Kamarul menganggukan kepala dan membalas senyuman Noor, lantas Dato Kamarul berlalu meninggalkan cikgu Noor dan Nadia. Dato kamarul masuk kedalam bilik untuk mandi dan berehat rehat diatas katil, sambil terseyum seyum sendirian dan membalas watsap dari Suzie.
"Tok! tok! tok!"
Pintu bilik Dato Kamarul diketuk.
"Siapa?"
Tanya Dato Kamarul.
"Baba, Nad ni! Baba, cikgu dah nak balik".
Jerit Nadia dari luar pintu bilik Dato Kamarul.
"Masuk sayang!"
Kata Dato Kamarul. Lantas Nadia membuka pintu bilik Babanya dan terus masuk kedalam bilik.
"Baba, cikgu nak balik! Baba pergi lah hantar cikgu. Kesian pula dia naik grab, malam malam ni".
Kata Nadia dengan nada manja dan memeluk Babanya. Dato Kamarul memandang anaknya sambil berkerut dahinya. Manakala bibirnya terseyum. Dia tahu anak gadisnya sukakan Cikgu Noor dan mahu dia bersama cikgu Noor.
"Ok lah, Baba hantar. Nad ikut sekali ya".
"Ehh Nad tak boleh ikut Baba. Nad lapar nak makan. Dari petang Nad belum makan lagi. Baba aja lah hantar cikgu. Kalau tunggu Nad nanti! Lambat pulak hantar cikgu nanti"
Nadia cuba berdalih. Agar Babanya dapat berdua duaan dengan cikgunya disepanjang pejalanan nanti.
"Hurmmmm ada ada aja Nad ni".
Dato Kamarul mencapi baju hoodienya dan terus turun kebawah, untuk menghantar cikgu Noor. Sampai dilantai bawah. Dato Kamarul melihat Noor sedang menunggunya diruang tamu. Terseyum dia memandang Noor yang begitu tidak selesa bila duduk seorang diri.
"Cikgu! Hari ini saya hantar cikgu balik ya?"
"Ehhh tak apa Dato! Saya boleh balik sendiri.
Noor menolak lembut, pelawaan Dato Kamarul. Perasaan malu mula timbul. Bila terasa menyusahkan orang lain.
"Tak apalah cikgu. Saya pun tak buat apa apa sekarang ni. Lagi pun, kereta cikgu rosak. Malam malam naik grab bahaya. Biar saya sahaja yang hantar".
Noor serba salah untuk menerima pelawaan Dato Kamarul.
"Alaaahhh cikgu! Biarlah Baba hantar cikgu. Baba tak buat apa apa pun malam ni! Dia tengah free".
Kata Nadia, sambil terseyum menyeringai memandang cikgu Noor.
"Kamu ikut sekali ya. Baba kamu hantar cikgu?"
"Saya tak ikut cikgu. Baba aja yang hantar. Saya lapar. Saya nak makan dulu".
Berkerut dahi Noor, bila Nadia tidak ikut bersama.
"Boleh kita pergi sekarang ke cikgu?"
Tanya Dato Kamarul.
"Boleh Dato".
Kata Noor dan berjalan dibelakang Dato Kamarul menuju ke kereta. Noor masuk kedalam kereta, bila alam membuka pintu ditekan oleh Dato Kamarul. Terseyum Dato Kamarul melihat gelagat Noor yang begitu malu malu dengannya. Noor memberi arahan kepada Dato Kamarul lokasi rumahnya. Sepanjang pejalanan kerumah Noor, mereka berdua hanya diam membisu. Hanya corong radio sahaja yang memecahkan suasana didalam kereta.
"Itu Dato, rumah saya".
Tunjuk Noor dengan jarinya, bila sampai dirumah. Dato Kamarul memberhentikan keretanya betul betul dihadapan pintu pagar rumah Noor. Noor melangkah keluar dari kereta dan berpusing memandang kepada Dato Kamarul, sambil berdiri ditepi pintu, yang masih belum lagi ditutupnya.
"Terima kasih Dato. Maaf kalau saya menyusahkan Dato".
"Ehh, tak ada yang menyusahkan pun".
Balas Dato Kamarul dengan senyuman. Noor membalas senyuman Dato Kamarul dan menutup pintu keretanya. Nokr berjalan masuk kedalam pintu pagar dihadapan rumahnya. Bila Noor melepasi pintu pagar dan menutup semula pintu itu. Dato Kamarul berlalu pergi meninggalkan Noor.
"Manis jugak cikgu Noor ni! Lembut je".
Bisik Nakal Dato Kamarul bila melihat cara cara Noor yang begitu lemah lembut sekali. Sepanjang perjalanan pulang semula kerumah Dato Kamarul terseyum sendiri, sambil memandu.
Share this novel