Part46
Bila melihat Noor masuk kedalam. Suzie yang berdiri diruang tamu. Mula menjeling melihat Noor. Benci melihat Noor, meluap luap didalam hati Suzie.
"Perempuan ni pun, u jangan percaya sangat. Nampak aja baik, pakai tudung".
Tiba tiba Suzie bersuara. Hati Suzie betul betul jahat. Sampaikan Noor yang tak ada kena mengena pun terbabit sandiwaranya. Berkerut wajah Noor yang tak tahu apa apa.
"Kenapa dengan saya pula?"
Berkerut muka Noor, memandang Suize.
"Kau racun Nad, sampai Nad sikit tu apa?"
Kata Suzie selamber...
"Bukan awak ke yang buat. Kalau saya yang buat. Kenapa saya juga sakit".
Nada Noor mula meninggi. Bila dia dituduh. Mereka berdua mula salah menyalahkan antara satu sama lain. Berkerut wajah Dato Kamarul bila Noor dan Suzie mula berbalah. Noor lantas memandang kepada Dato Kamarul.
"Saya bersumpah dato. Saya tak buat macam tu. Saya dan Nadia, sama sama keracunan makanan".
Noor memandang wajah Dato Kamarul dengan wajah sedih, bila dia dituduh, sampai sebegitu rupa.
"Betul tu! Nad tahu cikgu tak buat semua itu".
Sampuk Nadia.
"Hurmmm bagus lah! Apa yang cikgu ni dah bagi makan dekat Nadia, sampai Nadia ikut aja cakap cikgu ni. Entah entah dia pakai bomoh"
Mengengam penumbuk, Noor bila dia dituduh sampai macam tu sekali... Noor betul betul rasa terhina. Dia mengetap bibirnya menahan marah.
"Saya balik dulu dato. Saya tak sangka, saya akan dihina sampai macam ni sekali. Maruah saya macam dipijak pijak disini".
Kata Noor sambil menahan muka yang marah.
"Nanti dulu cikgu".
Halang Dato Kamarul.
"Saya minta maaf sangat. Kerana babitkan cikgu dalam hal keluarga saya ini".
Dato Kamarul berasa serba salah terhadap Noor. Kerana mendapat hinaan dari Suzie. Noor hanya diam membisu. Bila Dato Kamarul kata begitu.
"U ni! Kalau dah silap u. U jangan nak babit babitkan orang lain boleh tak?"
Marah Dato Kamarul. Menjeling Suzie, bila dimarahi Dato Kamarul.
"U bagi duit i, lepas tu u boleh pergi kemana u nak pergi".
Kata Dato Kamarul lagi.
"Kau ni bodoh ke? Dah berapa kali aku kata. Aku tak ambil duit kau?"
Marah Suzie, kepada Dato Kamarul.
"Habis tu, duit yang terjatuh dari poket kau tu apa?"
Sampuk Farid.
"Ehhh budak bodoh! Malam tadi aku cakap apa dekat kau?.. Duit tu duit aku. Bukan duit bapak kau. Ada bukti ke? Duit itu duit bapak kau?".
Marah Suzie kepada Farid. Naik turun naik turun dada Farid menahan marah. Bahasa yang Suzie gunakan, betul betul buat Farid sakit hati.
"Habis yang kau masuk dalam bilik aku malam tadi, dah kenapa? Kau masuk, masa aku hantar Bibik ke klinik dengan Nad".
"Bila masa aku masuk bilik kau?"
Kata Suzie dengan nada yang berang, bila Dato Kamarul menuduhnya.
"Habis ni siapa?"
Dato Kamarul menunjukkan video cctv yang berada didalam talifon bimbitnya. Tersentak hati Suzie, bila melihat videonya sedang masuk dan keluar dari bilik dato Kamarul. Bukan Suzie sahaja yang terperanjat. Farid, Nadia dan Bibik juga terperanjat.
"Sejak bila pula Baba pasang Cctv?"
Bisik Farid didalam hati. Sambil matanya memandang setiap sudut didalam rumahnya. Begitu juga Nadia dan Bibik. Sama sama melilau mencari cctv diruang bawah.
Share this novel