"Sayang! I kena pergi kerja luar selama lima hari. I kena tengok business i di Johor Bahru. Boleh ke u tolong tengok tengokkan anak anak i?"
"What? why me dear. where is your maid Where did he go?"
"Dia ambil cuti balik kampung. Ibunya sakit".
Suzie membuat muka masam, bila disuruh menjaga anak anaknya.
"Hisss dia ni! Ingat aku ni bibik kau ke? Nak kena jaga anak anak kau pulak. Buka budak kecik pun, sampai nak dijaga".
Bisik jahat Suzie, sambil memandang Dato Kamarul yang berada didepanya didalam sebuah restoran.
"Sayang! U kan nak jadi wife i nanti. Ini lah masanya u ambil hati anak anak i. Farid i tak risau sangat. Sebab dia dah besar. Jarang balik rumah. Dia banyak habiskan masanya belajar diasrama kolej, bersama kawan kawannya. Yang i risaukan anak gadis i Nadia. I nak u ambil hati dia. Biar dia terima u jadi bakal peganti mummy nya".
Kata Dato Kamarul, yang cuba menerangkan kepada Suzie. Tentang rancangannya. Untuk suzie, berbaik baik dengan anak anaknya.
"Hurmmm ok lah! Tapi janji jangan lama lama nanti i rindu u. And janji jangan nakal nakal dekat tempat kerja tu nanti".
Kata Suzie dengan nada manja dan mengosok gosok tangan Dato Kamarul.
"Mana boleh i nakal dengan orang lain. I setia dengan u sahaja sayang".
Kata Dato Kamarul, dengan nada pelahan dan nakal, memandang tepat kepada Suzie yang begitu menawan malam ini. Cara Suzie sungguh mengiurkan. Tidak lepas anak mata Dato Kamarul memandang Suzie. Suzie juga merenung Dato Kamarul dengan renungan nakal dan bermain main dengan cawan yang berada dibibirnya sambil minum.
...................................
"Farid! Esok Baba akan ke Johor Bahru. Nanti kamu tengok tengokkan Nad ya?"
Berpusing Nadia dari menonton television, bila Babanya berkata akan ke Johor Baharu.
"Nanti auntie Suzie yang akan tengok tengokkan kamu ya Nad".
Bila mendegar sahaja nama Suzie. Nadia lantas bangun dari sofanya.
"Why him. I don't want him to take care of me".
"Nad! Tolong bagi dia peluang Nad. Dia mahu cuba jadi mama yang baik buat kamu berdua. Dia pilihan Baba sayang".
Kata Dato Kamarul dengan wajah sedih. Bila Nadia kata begitu. Nadia serba salah, bila melihat Babanya dalam kesedihan.
"Baik dia boleh datang sini. Tapi jangan ganggu hidup Nad".
Terseyum Dato Kamarul, bila Nadia kata begitu. Dia berharap Nadia dapat terima Suzie, satu hari nanti.
Menjelang kesokan harinya, pagi pagi lagi Dato Kamarul berangkat ke Johor Bahru bersama pembantunya. Seperti yang dijanjikan. Suzie datang ke rumah Dato Kamarul bersama bag bajunya.
"Ding dong! Ding dong!"
Farid membuka pintu rumahnya. Bila terdengar bunyi loceng. Bila pintu dibuka, kelihatan Suzie didepan pintu. Sambil tergedik gedik melihat Farid yang membuka pintu untuknya.
"Sayang! Good morning".
Suzie menyentuh badan Farid, yang tidak berbaju dengan lembut dan melangkah masuk kedalam rumah Dato Kamarul.
"Bilik u ditingkat atas".
Kata Farid dan cuba berlalu pergi. Tapi ditahan oleh Suzie.
"Fariddd! U tunjukkan lah bilik i. Mana i tau yang mana satu. U cakap dekat atas. Kenapa? Dekat atas tu ada satu bilik aja ke?"
Tanya Suzie dengan nada manja dan gedik. Berkerut dahi Farid melihat tingkah laki Suzie. Masa didepan Babanya, dia tidak lah begitu gedik. Tapi lain pula bila Babanya tidak ada.
"Hurmmmm jom. I tunjukkan".
Farid berjalan naik ketingkat atas dan diikuti oleh Suzie. Farid membuka salah satu pintu bilik.
"Ini bilik u. Nak makan pandai pandai lah masak dekat dapo".
Kata Farid selamber dan turun kebawah semula untuk menonton Television. Rupanya Nadia telah menggintai didaun pintu biliknya yang dibuka sedikit. Menjeling mata Nadia bila melihat Suzie ada disitu dan lantas menutup pelahan pintu biliknya. Agar tidak diketahui oleh sesiap pun. Yang dia sedang mengintai.
Menjelang petang Nadia turun kebawah. Kelihatan Suzie sedang makan diruang meja makan. Menjeling Nadia melihat Suzie. Nadia teringat kembali kata kata Babanya agar memberi Suzie peluang. Nadia merapatkan diri kepada Suzie.
"Auntie masak apa hari ini?"
Tanya Nadia dengan lembut. Suzie mamdang Nadia dengan wajah yang berkerut, bila Nadia menegurnya
"Kau ingat aku orang gaji kau! Kau nak makan pergi lah masak sendiri. Dah besar besar pun masih bodoh nak masak ke? Itu lah! Hidup kalau nak senang je. Kau ingat bapak kau kaya. Aku boleh jadi orang gaji kau. Pergi mampus. Jangan harap aku nak masak kan kau makanan".
Marah Suzie kepada Nadia. Tersetak hati Nadia, bila Suzie kata begitu. Mengalir air mata Nadia... Sedari kecil, dia tidak pernah dimarah oleh Baba dan Mummynya. Tetapi sekarang, dia dimarahi oleh orang luar yang menumpang dirumahnya.
"I hate you. You are not worthy of my father"
Kata Nadia selamber, sambil menjeling memandang Suzie.
"Kau ingat! Kau layak ke jadi anak tiri aku". Balas Suzie sambil terseyum menyeringai, membuatkan Nadia betul betul marah.
"Dahh pergi naik atas. Selagi aku ada, jangan harap kau dapat makan hasil air tangan aku. Anak orang kaya konon. Masak pun bodoh".
Suzie mengherdik Nadia sambil terseyum jahat. Nadia berlari naik keatas semula dan terus menghempas pintu biliknya sekuat kuat hati. Sehingga didengari oleh Suzie dibawah.
"Oiii bodohh ke kau ni!"
Jerit Suzie, bila Nadia buat begitu.
"Bodoh betul budak ni! Kalau aku dah lempang muka kau, baru kau tau".
Ngomel Suzie sendirian dimeja makan dan kembali sambung menghabiskan makanannya.
Share this novel