Bila sampai dirumah. Farid membuka pintu pelahan lahan dan masuk bersama Suzie. Farid mula risau, adiknya akan nampak Suzie balik dalam keadaan begitu. Farid merangkul lengan Suzie dan membawanya naik ke atas. Satu satu anak tangga dilangkahnya dengan pelahan hingga sampai dipengakhiran anak tangga. Farid menarik tangan Suzie dan tangan Suzie merangkul leher Farid agar tidak terjatuh. Farid membuka pintu bilik Suzie dan meletakan suzie diatas katilnya. Suzie duduk diatas katil sambil matanya layu memandang Farid.
"I nak mandi! Biar lega sikit. Tolong bukankan Zip baju i".
Arah Suzie kepada Farid. Farid membuka Zip baju Suzie sambil menelan air liur. Bergetar nafsu Farid melihat belakang badang Suzie yang putih gebu. Lepas membukanya, Farid berlalu keluar dari bilik Suzie dan terus masuk kedalam biliknya. Farid teris duduk diatas katil dan mengosok gosok mukanya. Menahan debaran nafsu didadanya. Farid berhayal tentang kecantikan dan susuk tubuh Suzie yang sungguh mengiurkan. Terleka Farid seketika.
"Ehhh apa yang aku fikir ni! Dia tu kekasih Baba aku. Dia bakal jadi ibu tiri aku. Itu pun kalau Baba aku dan dia ada jodoh".
Bisik Farid yang tiba tiba tersentak. Farid bangun dari katilnya dan terus masuk kedalam bilik air yang berada didalam biliknya, untuk mandi dan membersihkan diri sebelum tidur. Lepas mandi, Farid keluar dari bilik air dengan bertuala dan membetul betulkan tuala yang berada dipinggannya. Terperanjat Farid bila mengankat mukanya kedepan. Kelihatan Suzie berada didalam biliknya sambil baring diatas katilnya.
"Ehhh u buat apa ni?"
Berkerut wajah Farid, bila melihat Suzie disitu. Suzie bangun dari atas katil Farid dan berdiri dihadapan Farid. Berdebar laju dada Farid, bila melihat pakaian tidur Suzie yang begitu jarang, hingga menampakkan pakaian dalam Suzie.
"Sayang! Boleh i tidur sini. I takut lah tidur sorang sorang. Lagi pun i sunyi sangat. Baba u tak ada. U boleh jadi peganti Baba u tak, untuk malam ni?" Tanya Suzie dengan nada manjanya dan terus merapatkan dirinya kepada Farid. Farid betul betul tergamam melihat Suzie yang membuat nafsunya bertambah berkocak kencang. Tangan Suzie memegang tuala yang dipakai oleh Farid dan menarik lembut tuala Farid, lantas memeluk dan mencium seluruh leher dan membawa ke badan Farid. Farid betul betul dibawah kuasaan Suzie. Nafas rakus Suzie membuatkan nafsu Farid membuak buak. Farid dapat merasakan nafas yang panas membara, kekuar dari nafas Suzie. Farid seperti merelakan sahaja Suzie berbuat begitu kepadanya. Suzie menolak Farid diatas katil dan merangkak diatas Farid. Farid tidak berdaya untuk melawan kehendak nafsunya. Lantas Farid merangkul Suzie dan bertukar tempat.
Tiba tiba!
"Tok! Tok! Tok!"
"Abang! U dah balik ke?"
Tersentak Farid dari layana nafsu rakus Suzie. Farid turun dari atas badan Suzie dan memakai kembali tualanya.
"Ya abang dah balik! Nad pergi tidur ye? Abang nak mandi sekejap".
Kata Farid sambil membuat isyarat senyap kepada Suzie.
"Ok abang".
Farid mendengar betul betul sehingga Nadia menutup pintu biliknya. Farid meletakkan telinganya didaun pintu bilik. Bila mendengar sahaja pintu bilik Nadia ditutup, Farid lantas menarik tangan Suzie, agar keluar dari biliknya. Suzie yang diheret keluar itu. membuat muka marah dan merenung tajam kepada Farid. Farid tidak mempedulikan Suzie. Dan lantas Farid menutup pintunya dan menekan butang lock. Agar Suzie tidak lagi dapat masuk kedalam biliknya. Farid bersandar dipintu biliknya dan terduduk disitu. Farid mentup mukanya dengan telapak tangan dan mengosok gosok seluruh mukanya.
"Hisss apa yang aku dah buat ni! Dia ni, bakal mak tiri aku dari neraka agaknya. Sampai sanggup melayan nafsu rakusnya dengan aku yang bakal menjadi anak tirinya".
Bisik Farid.
"Yaallah! Nasib aku tidak melakukan hubungan intim dengan bakal mak tiri aku. Terima kasih Allah. Sedarkan aku dari hayalan nafsu".
Bisik Farid lagi. Farid bangun dari tempat duduknya didepan pintu dan terus memakai baju dan terlentang baring diatas katil, sambil matanya memandang pusingan kipas disiling. Akhirnya Farid tertidur sampai ke pagi.
"Cikgu sarapan dulu ya! Lepas tu, baru cikgu balik".
Kata Nadia kepada Noor yang duduk bersama Nadia didapur. Nadia membuatkan Roti bakar dan air milo untuk Noor. Terseyum Noor melihat Nadia yang begitu selesa dengannya.
"Haiii kita makan roti aja? Awak nak cikgu masakkan mee goreng tak?"
"Nak! nak".
Balas Nadia terseyum. Nadia sengaja melengah lengahkan kepulangan Noor untuk balik kerumahnya. Baginya, semakin lama cikgu Noor ada disisinya. Bertambah seronok dan selamat dia disitu. Bila selesai memasak, Noor menyuruh Nadia duduk dimeja makan diruang tamu. Dia akan membawa makan kedepan. Nadia menurut arahan dari Noor dan berlalu pergi kedepan. Perjalan mahu ruang meja makan, ternampak Suzie turun dari anak tangga. Menjeling Suzie memandang Nadia yabg duduk dimeja makan. Suzie berjalan terus datang kedapur.
"Wahh wahh wahh! Ini nak bodek anak Dato Kamarul lah ya. Biar dia suka dekat kau. Adalah peluang kau mengoda Dato Kamarul".
Tuduh Suzie kepada Noor yang sedang mengankat mee goreng diatas kuali.
"Jangan nak tuduh tuduh orang. Kadang kadang mulut tu kena jaga sikit".
Balas Noor dengan nada yang pelahan tapi berbisa. Noor berlalu pergi meninggalkan Suzi sendirian didapur. Suzie mengetap bibinya kegeraman. Mata Suzie terpandang air milo diatas meja. Yang masih belum diambil oleh Noor. Suzie lantas mengeluarkan julab cirit birit dan lantas menaburnya didalam air milo itu. Dengan pantas Suzie mengacau air itu, agar bercampur dan tidak kelihatan serbuk.
"Padan muka korang. Aku ingatkan nak gunakan masa aku masak lauk tengahari nanti. Ini, alang alang kau dah buat makanan. Biar kau yang kena tuduh nanti".
Suzie menyeringai, sambil memanjangkan lehernya sambil meninjau ninjau kedatangan Noor didapur, untuk mengambil air milo pula. Bila ternampak Noor menuju kedapur, Suzie beralih arah kepada peti sejuk dan berpura pura untuk mengambil air juice orange didalamnya. Menjeling Noor melihat Suzie disitu dan lantas mengambil air milo pula untuk dibawa keruang makan didepan.
"Ok jom makan! Nanti cikgu nak balik".
Kata Noor dengan senyuman kepada Nadia. Nadia menganggukkan kepalanya tanda faham.
Share this novel