"Ehh tak apa sayang. I memang nak hadiah kan u sesuatu. Itu yang i bawa u kesini. U pilih sahaja yang mana u suka".
"Baik lah sayang".
Suzie duduk dikerusi kedai emas itu bersama Dato Kamarul. Matanya terpandang rantai leher berserta loket yang sangat cantik. Hatinya betul betul tertawan dengan set rantai itu.
"Boleh i tengok yang itu".
Suzie menunjukkan kepada perkerja kedai yang melayannya. Lantas pekerja tersebut mengambil dan memberikan kepada Suzie untuk dilihat.
"Cantik! U suka ke?"
Tanya Dato Kamarul. Suzie terseyum dan hanya menganggukan kepalanya sahaja. Dato Kamarul mengambil set rantai tersebut dipakaikan dileher Suzie. Bertambah cantik Suzie, bila lehernya dihias dengan emas. Terletak cantik loket itu didadanya.
"Ok i nak yang ini ya? Wife i nak terus pakai".
Terseyum lebar Suzie, bila Dato Kamarul memberi tahu perkerja disitu yang dia adalah Wife nya.
"Total semua rm6500 cik".
Dato Kamarul bertanyakan cara pengiraan emas itu kepada perkerja tersebut. Kerana tidak mahu ditipu. Perkerja tersebut menerangkan cara pengiraan kepada Dato Kamarul. Setelah berpuas hati dengan cara pengiraan itu, dato Kamarul lantas membuat bayaran. Senyuman sentiasa terukir dibibir Suzie.
"Bahagia rasanya dapat emas yang berharga rm6500. Boleh lah aku menujuk nunjuk kepada Aida nanti. Pasti dia akan makan hati".
Bisik Suzie didalam hati.
"Terima kasih sayang".
Kata Suzie sambil berpaut lengan dengan dengan Dato Kamarul. Dato Kamarul lantas menyambut tangan Suzie dengan senyuman.
"Sama sama sayang. Hadiah kecil dari i buat u".
Balas Dato Kamarul. Mereka keluar dari kedai emas itu dan menuju kekereta untuk pulang. Tak sabar Dato Kamarul, mahu memberikan anak anaknya hadiah yang dibelinya tadi. Sampai dirumah Dato Kamarul berjalan masuk kedalam rumah, diikuti Suzie dari belakang. Dato Kamarul tertinjau tinjau diruang tamu. Untuk mencari anak anaknya. Ternyata Nadia dan Farid ada dihadapan television diruang tamu. Sambil ketawa terbahak bahak, bila melihat cerita lawak di television.
"Amboii sukanya anak anak Baba ni".
Dato Kamaril lantas duduk bersama sama anak anaknya diruang tamu. Suzie yang juga ingin menyebok, juga duduk bersama mereka.
"Sayang! Baba ada belikan kamu berdua hadiah".
Kata Dato Kamarul sambil memegang dua paper bag.
"Wahhhh! Baba belikan hadiah lah".
Melompat Nadia dari tempat duduknya ketempat duduk Babanya dan lantas merangkul leher Babanya.
"Hadiah apa Baba?"
Tanya Nadia yang betul betul tidak sabar menantikan hadiah dari Babanya.
"Nah ni untuk kamu sayang"
Dato Kamarul menghulurkan kepad Nadia. Nadia menyambut peper bag itu dengan gembira.
"Ini pula untuk abang".
Dato Kamarul menghulurkan kepada Farid pula.
"Thanks Baba"
Farid terseyum.
"Ya lah lupa pula! Thanks Baba".
Kata Nadia lalu memcium pipi Dato Kamarul. Nadia membuka paper bag tersebut dan mengelurkan satu box. Nadia lantas membuka box tersebut.
"Wahhh cantiknya! Thanks Baba. I like this watch".
"I know, you must love this watch. You and Aunt Suzie. have the same taste".
Berkerut wajah Nadia bila Babanya berkata begitu.
"I yang pilihkan".
Nadia hanya diam membisu.
Bila melihat wajah adiknya berubah. Farid membuka pula hadiah jam tangannya.
"Nad! U tengok i punya ni. Lebih kurang sama kan. Nanti kita pakai sama sama ya. Minggu depan i bawa u pergi shopping. I dah lama tak beli kasut. Bolehkan Baba, bagi i and Nad duit. Duit belanja kolej yang Baba bagi tu dah habis".
Terseyum Nadia, bila abangnya cuba memujuknya. Dato Kamarul mengambil handphonenya dipoket. Dan terus membuat transfer keatas acaunt Farid.
"Ok ini, Baba dah masukkan u rm2000. U bawak adik pergi shopping ya. Jangan membazir sangat. Beli yang mana kamu rasa nak guna sahaja".
Kata Dato Kamarul sambil menunjukan transfer yang telah dibuat dihandphonenya kepada Farid. Menjeling Suzie, bila Dato Kamarul memberi anak anaknya duit.
Share this novel