part55

Drama Completed 18514

Bakal ibu tiri dari neraka!
Part56

Keseokan harinya seperti yang dikatakan oleh penculik itu. Mereka menghubunggi Dato Kamarul, untuk memberikan dato kamarul lokasi untuk meletakkan duit tersebut.

"Ingat Dato! Lepas kau dah sampai kelokasi itu. Kau kena letak duit didalam sebuah kereta yang terbiar dekat situ. Kami akan memerhatikan kau dari jauh. Lepas tu baru kau akan dapat anak kau".

"Tak boleh! Kau kena tunjuk anak aku dulu. Baru aku letak 2juta itu, dalam kerata buruk itu. Kalau tidak, kau tak dapat duit ini".

Dato Kamarul mula menjadi tegas. Dia tak mahu di tipu oleh penculik tersebut.

"Ok baik! Kalau aku tahu kau datang dengan orang lain. Kau tak akan dapat berjumpa lagi dengan anak perempuan kau".

"Baik! baik! Aku datang seorang".

"Kau datang tepat pukul 8malam. Kalau lambat, kau tak akan dapat jumpa dia lagi".

"Baik baikkkk, akuuu".

"Tut tut tutttttt"

Talian itu diputuskan. Belum sempat Dato Kamarul menghabiskan ayatnya. Dato Kamarul memandang Rafiq yang telah pun memasang alat pendengar ditalifonnya. Rafiq menganggukkan kepalanya tanda dia juga dengar.

"Baba! Rid ikut boleh?"

"Ehh tak boleh sayang, bahaya".

Balas Dato Kamarul dan memandang kepada Farid.

"Farid jangan risau. Baba akan pastikan Nana balik malam ni. Itu janji Baba".

Dato Kamarul mula memberikan Farid harapan. Jauh disudut hatinya, dia betul betul takut tidak dapat membawa Nadia balik dengan selamat.

"Dato kita dah boleh pergi sekarang".

Kata Rafiq kepada Dato Kamarul. Bila jam sudah pun menunjukkan pukul 7.20malam. Dato mengambil bag yang berisi penuh duit didalamnya dan meletakkan didalam bonet keretanya. Dato Kamarul memandu kenderaannya. Manakala pasukan polis yang lain, mengikut Dato Kamarul dari jarak yang agak jauh. Sampai ditempat yang dikatakan oleh penculik itu. Dada Dato Kamarul mula berdebar debar. Dato Kamarul keluar dari keretanya dan anak matanya mencari cari kereta lama yang dikatakan oleh penculik itu. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan ada sebuh kerata volvo lama yang sudah terbengkalai lama. Dato Kamarul mengeluarkan dua bag sandang belakang yang penuh dengan duit didalamnya. Dato Kamarul menjinjit kedua dua beg itu, kiri dan kanan tangannya dan berjalan dengan pelahan, menghampiri kereta itu. Bila makin hampir. Kelihatan kereta itu tidak mempunyai cermin tingkap kiri dan kanan. Dato Kamarul memasukkan dua beg itu melalui cermin tingkap kereta yang pecah itu. Mata Dato Kamarul setia memerhati disekelingnya. Bila duit sudah dimasukan kedalam kereta buruk itu.

Tiba tiba datang seorang lelaki dari sis tepi kereta. Seoarang lelaki yang memakai penutup mukanya. Hanya mata sahaja yang kelihatan. Dia mengambil duit itu dan memereksanya. Bila dia pasti semua duit itu betul dan cukup. Dia mengangkat tangannya dan membuat isyarat bagus. Dato Kamarul setia memandang kepada lelaki tersebut. Hatinya berdebar debar, bila Kelibat Nadia tidak kelihatan didepannya.

"Oii anak aku mana?"

Jerit Dato Kamarul.

"Baba, Nad dekat sini Baba".

Nadia dilepaskan oleh penculik itu. Setelah mereka mendapat duit tebusan. Nadia berlari mendapatkan Dato Kamarul. Dato Kamarul mendakap dan memeluk Nadia sekuat kuatnya. Sambil menagis melihat Nadia selamat. Seperti perjanjian Dato dengan Rafiq. Setelah mendapat Nadia. Dengan pantas meningalkan tempat itu. Yang lainnya akan diuruskan oleh Rafiq. Rafiq akan menadapatkan kembali duit Dato Kamarul dan memberkas semua penjenayah itu.

Dato Kamarul membawa Nadia masuk kedalam kereta dan bergegas meninggalkan tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience