"Makan dulu cik".
Perlawa Bibik, bila melihat Suzie turun kebawah dengan membawa beberapa helai bajunya ditangan.
"His tak mau lah! Kau tu bukan boleh percaya sangat. Entah entah kau letak racun dalam makan tu".
Tuduh Suzie selamber.
"Jangan cakap macam itu Cik. Saya ini orang baik baik. Tak akan bisa saya buat begitu. Tolong jangan tuduh aku seperti itu cik".
Balas Bibik, yang begitu terperanjat sekali. Atas tuduhan Suzie kepadanya.
"Ahh sudah lah"
Suzie berlalu meninggalkan Bibik yang masih lagi tergamam dengan tuduhannya. Suzie lantas kekeretanya sambil terseyum. Kerana dapat mencuri duit Dato Kamarul.
"Boleh lah aku shopping hari ini".
Kata Suzie sendiri. Sambil memandu keretanya keluar dari pekarangan rumah Dato Kamarul.
Hampir tiga hari Dato Kamarul tidak perasan tentang kehilangan duit dollar Singaporenya. Selepas tiga hari baru Dato Kamarul sedar, yang duitnya tidak ada lagi didalam laci. Itu pun kerana Dato Kamarul mahu menyimpan lagi duit Dollars Singapore yang baru ditukarnya lagi. Duit itu ditukar awal awal. Kerana mahu menunaikan janjinya kepada Nadia. Untuk membawanya ke universal Singapore, Cuti sekolah yang akan datang, tidak berapa minggu lagi. Kelang kabut Dato Kamarul mencari duitnya itu.
"Macam mana boleh hilang. Aku selitkan dekat passport aku aja".
Fikir Dato Kamarul sambil berkerut dahinya. Memikirkan duit yang sudah tidak ada disitu. Dato Kamarul lantas keluar dari bilik dan Memanggil Nadia dan Farid agar berkumpul diruang tamu ditingkat atas. Dato Kamarul juga memanggil Bibik ketingkat atas. Nadia dan Farid berpandangan, bila Babanya turut memanggil Bibik keatas.
"Ini mesti ada hal yang besar terjadi".
Fikir Farid, begitu juga Nadia.
"Farid, Nadia, Bibik. Saya mahu kamu berkata jujur dengan saya. Kamu bertiga ada masuk kedalam bilik saya dan mengambil sesuatu dalam bilik saya tak?"
Tanya Dato Kamarul dengan wajah yang serious.
"Kenapa Baba? Barang Baba hilang ke?"
Tanya Nadia.
"Ya! Barang Baba hilang. Ada sesiapa yang nak mengaku".
Tanya Dato Kamarul lagi. Semua berpandangan antara satu sama lain. Seperti tidak faham. Barang apa yang hilang. Mereka bertiga, berteka teki antara satu sama lain.
"Barang apa Tuan?"
Tanya Bibik pula. Dato Kamarul menarik nafas panjang. Sebelum berbicara.
"Duit dollars Singapore yang saya tukar minggu lepas hilang. Ada 2ribu dollars Singapore. Lebih kurang 6000 duit Malaysia".
Terang Dato Kamarul. Terperanjat masing masing bila dato Kamarul mengatakan duitnya hilang.
"Baik mengaku, siapa yang ambil".
Sergah Dato Kamarul.
"Baba tak suka ada pencuri dalam rumah ini".
Suara Dato Kamarul mula tinggi. Terperanjat Nadia, Farid dan Bibi.
"Nad tak ambil Baba".
"Ya Baba, Farid pun tak masuk bilik Baba minggu ni".
"Habis tu siapa yang ambil. Hanya kita berempat sahaja dalam rumah ni?"
Dato Kamarul beralih pandang kepada Bibik. Sepertinya mahu menuduh Bibik yang mencuri duitnya. Bibik dapat merasakan renungan Dato Kamarul, sepertinya mahu menuduh dirinya.
"Saya bersumpah Dato. Demi Allah, saya tidak ambil apa apa, semasa mengemas bilik Dato. Saya tahu, Dato mahu mengatakan saya yang mengambilnya. Kerana saya yang setia hari mengemas bilik Dato. Tapi demi Allah, saya tidak ambilnya. Saya bersumpah atas keluarga saya. Saya tidak akan mengambil apa apa barang yang ada dirumah ini. Saya sudah mengangap Dato dan anak anak Dato seperti keluarga saya sendiri".
Bibik kelihatan sedih bila berbicara. Nadia lantas datang kepada Bibik dan memeluknya.
"Maafkan saya! Saya tidak seharusnya menuduh kamu dengan bukti".
Dato Kamarul mula rasa bersalah terhadap tuduhan itu. Yang menyebabkan Bibik berkecil hati. Tetapi, kuat hatinya mengatakan Bibik yang mengambil duitnya itu. Dato Kamarul membuat keputusan untuk memasang beberapa cctv didalam rumahnya. Tanpa diketahui oleh anak anak dan pembantu rumahnya. Cctv itu akan diletak disudut dapur, ruang tamu bawah dan ruang tamu atas, yang menghalakan Cctv itu di biliknya. Agar senang dia tahu, siapa yang keluar masuk kebiliknya. Kecuali didalam bilik tidurnya.
Seminggu berlalu, sejak kehilangan duit Dato Kamarul. Mereka menjalankan Aktiviti harian masing masing seperti biasa... Manakala Cctv pula, sudah pun dipasang oleh Dato Kamarul dan terus ketalifon bimbitnya. Tidak ada sesiapa pun yang tahu tentang kewujudan cctv itu. Kecuali Dato Kamarul seoarang sahaja. Tunjuannya untuk memerangkap sipencuri duitnya. Walaupun kesah duitnya hilang sudah berlalu. Tapi sakit dihatinya masih tidak terobati. Selagi tidak dapat pencuri itu. Bukanya Dato Kamarul marah tentang duitnya itu. Tapi dia marah, kerana ada yang tangan panjang duduk didalam satu bumbung dengannya.
"Sayang esokkan hari sabtu. U datang rumah i? I nak bincang pasal holiday kita ke Singapore nanti. I suruh Bibik masak untuk kita. Kita makan ramai ramai"
Tanya Dato Kamarul kepada Suzie, ditalian talifonnya. Gembira Suzie, bila Dato Kamarul kata begitu.
"Wahh, dapat pergi holiday"
Bisik Suzie didalam hati.
"Ehh apa cerita tentang duit dia yang hilang tu. Macam tak ada apa apa yang berlaku pun, dekat dalam rumah tu. Atau dia tak kesah tentang duit yang hilang itu"
Bisik Suzie lagi didalam hati.
"Ok boleh sayang, nanti i datang esok. Kita dinner sama sama. I pun dah rindukan anak anak u. Lama tak jumpa mereka".
Terseyum Dato Kamarul. Bila mendengar yang Suzie, rindukan anak anaknya.
Share this novel