Part40

Drama Completed 18514

"Ehh Nadia? Kenapa Nadia?"

Tanya Noor. Sambil memandang kepada Nadia kemudian berpaling kepada Farid pula. Nadia lantas memeluk Noor.

"Cikgu, boleh Nad tompang tidur dekat sini?"

"Ehh kenapa ni Nad. Baba Nad mana?"

Nadia hanya berdiam diri.

"Saya ada kerisis dengan Baba cikgu".

Tiba tiba Farid menyampuk. Berkerut wajah Noor, memandang kepada Faris.

"Jom masuk dulu. Cikgu suruh Nenek buatkan kamu berdua air".

"Tak apa cikgu. Kamu boleh duduk diluar aja".

"Jangan macam tu Farid. Jom masuk dulu. Kita bercerita dekat dalam".

Pujuk Noor, sambil menarik pegelagan tangan Nadia. Nadia mengikut sahaja ajakan Noor. Farid juga mengikut dari belakang Nadia. Mereka bertiga duduk dirung tamu. Perasaan malu timbul didalam hati Farid. Kerana akan menyusahkan cikgu Noor. Farid betul betul rasa bersalah.

"Ok, kamu boleh cerita sekarang. Apa yang telah terjadi antara kamu dengan Baba kamu?".

Tanya Noor kepada Farid.

"Masalah ini antara saya dan Baba sahaja cikgu. Ada sesuatu hal terjadi antara saya dan Baba. Saya cuba keluar dari rumah. Tapi Nad, dia nak ikut saya. Dia menangis nangis mahu ikut saya jugak. Saya tak ada pilihan, saya terpakasa bawak dia. Saya tak sepatutnya bawa dia. Kerana saya nak pergi kerumah bujang, kawan saya. Tapi saya betul betul buntu masa tu. Nad memberi saya idea, untuk menghantarnya kesini. Maafkan saya cikgu. Kalau saya telah menyusahkan cikgu.

"Ehhh tak apa. Kamu berdua tidak pernah menyusahkan cikgu. Kamu berdua boleh tinggal disini, sehingga masalah kamu dan Baba kamu selesai".

Cikgu Noor berpaling kepada Ibunya yang membawakan air buat Farid dan Nadia.

"Bolehkan ibu?"

Tanya Noor dengan lembut.

"Sudah tentu boleh sayang. Rumah Nenek, sentiasa terbuka untuk kamu berdua".

Terseyum Noor memandang ibunya.

"Dah tu, minum dulu. Nenek kemaskan bilik tetamu buat kamu".

Kata Ibu cikgu Noor lagi. Sambil terseyum kepada Farid dan Nadia... Ibu cikgu Noor, berlalu dari ruang tamu dan terus ketingkat atas. Dalam hati Farid masih lagi rasa bersalah terhadap cikgu Noor.

"Saya tak tidur sini cikgu. Nad sahaja yang tidur sini. Saya tidur rumah kawan kawan saya".

Farid menolak dengan baik ajakan Noor, untuk dia juga tidur disitu.

"Saya rasa, saya nak pergu dulu. Maafkan saya cikgu. Kerana saya telah menyusahkan cikgu, untuk menjaga Nad".

"Jangan cakap macam tu Farid. Kita sudah macam satu keluarga".

Terseyum Farid bila cikgu Noor cuba menjaga hatinya. Farid meneguk air yang dibuat oleh Ibu cikgu Noor dan banggun dari tempat duduknya.

"Nad jangan nakal nakal tinggal rumah cikgu ya? Nanti tolong cikgu juga. Jangan malas malas dekat rumah orang".

Nasihat Farid, sebelum beransur pergi. Nadia menganggukkan kepalanya tanda faham. Farid keluar dari rumah cikgu Noor dan berlalu pergi meninggalkan rumah cikgu Noor... Bila Nadia sudah menghabiskan airnya, Noor mengajak Nadia untuk naik ketingkat atas.

"Ehh Abang adik ini mana?"

Tanya Ibu Noor. Bila melihat Nadia sahaja yang naik keatas.

"Dia tak nak tidur sini bu! Noor rasa dia malu. Dia pergi tidur rumah kawan dia".

Terseyum ibu Noor bila Noor mengatakan yang Farid malu.

"Ibu! Nadia tidur aja bilik Noor ya?"

"Mana mana pun boleh Noor".

Terseyum Noor. Sambil menarik lembut, tangan Nadia masuk kedalam biliknya. Dalam rumah itu hanya tinggal Ibu bapa Noor dan Noor sahaja. Abang Noor, sudah pun berkahwin dan sudah berpindah dari situ. Manakala adik perempuan Noor, sedang sambung pelajarannya diluar negara. Kerana kesunyian. Sebab itulah Noor mengajar untuk tusyen. Gembira Nadia, bila ada bersama Noor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience