Part32

Drama Completed 18514

"Hey u pun ada lepak dekat sini?

Tanya Suzie, sambil tangannya mengosok gosok belakang leher Farid.

"Alamak! Macam manalah dia boleh nampak aku ni".

Bisik Farid, sambil berpusing memandang Suzie.

"I memang selalu lepak sini! U tu buat apa dekat sini?"

Tanya Farid dengan wajah yang berkerut. Sambil mengelak elak dari dipegang pegang oleh Suzie.

"Ni! kawan i yang ajak. Jorang selalu lepak sini. I baru pertama kali lepak sini. Nampak macam best je tempatnya".

Farid hanya diam bila Suzie berbicara. Manakala kawan kawannya mula terseyum seyum nakal, melihat Suzie dan kawan kawannya yang sangat seksi dan menarik perhatian mereka.

"Boleh i lepak dengan u ollss".

Tanya Suzie.

"Ehh tak boleh. Kita orang dah nak gerak".

"Hurmmm tak boleh tak apalah. Jom ladies, kita lepak meja hujung tu".

Suzie berjalan sambil mengedik gedikkan badannya sambil berjalan ke meja dibahagian hujung. Sampai dihujung Suzie duduk dan sempat melambaikan tangannya kepada Farid, sambil mengelipkan sebelah matanya dan terseyum nakal. Farid berpaling ketempat yang lain, bila Suzie buat begitu.

"Siapa tu Farid. Kenapa kau tak bagi dia lepak dengan kita. Kau ni tak pandai ambil hati wanita lah bro"

Kata Ejoi. Dengan wajah yang tidak puas hati, bila Farid tidak terima Suzie dan kawan kawannya lepak bersama.

"Hmmm! Kalau kau orang nak tau! Dia lah bakal mak tiri aku".

Kata Farid selamber.

"Wowww gila lah. Power gila Baba kau Rid. Dapatkan kau mak tiri seksi, cantik, mengoda macam tu. Kau tak tergoda tengok dia ke Rid?"

Farid menarik nafas panjang bila kawannya kata begitu.

"Entah lah bro. Tak tahu aku nak cakap apa, tentang dia. Dah lah jangan cakpa pasal dia lagi. Jom lah bla dari tempat ni?"

Farid berkerutkan dahinya, sambil bangun dari tempat duduknya diikuti oleh Zul dan Ejoi. Mereka pergi meninggalkan tempat itu.

..................................................

"Baba Nad pergi dulu".

Jerit Nadia bila Van sekolahnya sudah sampai dihadapan pintu gate.

"Ok sayang! Love u".

"Love u too Baba".

Nadia berlari keluar dari rumah dan terus masuk kedalam van sekolah. Manakala Farid dan Dato Kamarul bersiap siap untuk keluar juga. Farid akan ke kolej dan Dato Kamarul akan ke ofisnya. Farid yang akan keluar dahulu, kerana kelasnya pada pukul 9.30 pagi. Dia harus keluar lebih awal dari kelasnya bermula. Disusuli pula Dato Kamarul.

"Ding Dong"

Sedang pembantu rumah menyediakan makan tenghari, tiba tiba loceng rumah berbunyi. Dia bergegas kehadapan dan tertinjau tinjau melalui pintu kaca. Untuk melihat Siapa yang ada diluar pintu pagar utama. Sebelum membuka pintu pagar. Bila matanya terlihat Suzie, dia dengan pantas Bibik mencapai alat kawalan pintu pagar dan membuka pintu masuk utama.

"Hisss apa yang lambat sangat. Kau ni lembablah. Tau tak panas".

Marah Suzie, bila Bibik lambat membuka pintu pagar.

"Maaf cik, saya didapur tadi. Sedang masak tengahari".

"Ada aja lah kau ni".

Marah Suzie lagi dan lantas masuk kedalam rumah.

"Cik, Dato sama yang lain engak ada dirumah. Dato pergi kekantor".

Terang Bibik.

"Hisss aku tau lah. Aku datang nak ambil barang aku yang tertinggal. Kamu sebuk sini buat apa. Pergi lah sambung masak".

Marah Suzie dan lantas Suzie naik keatas. Setelah mengambil barangnya yang tertinggal didalam bilik tetamu. Suzie tertinjau tinjau pula ke bilik Dato Kamarul. Suzie memusingkan tombol pintu bilik Dato Kamarul.

"Yesss! Tak kunci".

Bisik Suzie sambil tersenyum sendiri. Dia memanjangkan leher ketangga, Mata Suzie menjeling kebawah. Kelihatan Bibik sedang sebuk didapur. Dia lantas masuk kedalam bilik Dato Kamarul. Rupanya Suzie telah merancang sesuatu. Dia mahu mencuri barang berharga Dato Kamarul. Dan menyalahkan pembantu rumah Dato Kamarul. Dia berasa rimas bila Nadia, begitu manja dan mengedik dengan Pembantu rumah itu. Suzie membuka satu satu almari baju dato, tetapi tidak ada apa apa pun disitu. Dia lantas pergi ke almari yang begitu banyak laci laci, yang digunakan untuk menyimpan barang. Lalu Suzie membukanya satu satu. Terbuntang mata Suzie bila melihat apa yang ada didalam laci itu. Berdebar debar dada Suzie, bila melihat begitu banyak duit dollers Singapura, terselit didalam passport Dato Kamarul. Terseyum menyeringai Suzie, seperti orang yang menang lotri. Bila melihat duit itu didepan matanya. Suzie lantas mengambil semua duit itu dan memasukan kedalam bag silangnya. Suzie bergegas keluar dari Bilik Dato dan menutup pelahan pintu bilik itu. Agar tidak di ketahui oleh Bibik didapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience