Dato Kamarul pergi meninggalkan Nadia dan cikgu Noor dirumah. Dia terus memandu kerumah Suzie. Kasihan pula dia kepada Suzie yang merajuk. Dato Kamarul mahu membuat suprise kepada Suzie. Sampai dikolong block apartment Suzie. Dato Kamarul memerhatikan kereta Suzie. Tetapi tidak ada didalam parking. Lalu Dato Kamarul terus menghubungi Suzie.
"Kemana sahajalah dia ni merayau. Masa merjuk tadi, kata nak tidur awal. Baru aku ingat nak datang pujuk dia. Dah tak ada rumah".
Bisik dato Kamarul sendiran. Semintara talifon bimbitnya masuk terlekat ditelinganya. Menantikan Suzie menjawap pangila itu. Bila beberapa kali Dato Kamarul mencuba, tapi masih tidak dijawap. Dato Kamarul lantas mengambil keputusan untuk pergi keclub kawan baik Suzie. Dato Kamatul pasti, Suzie pasti ada disitu. Kerana, ramai kawan kawan Suzie lepak disana. Untuk menghilangkan bosan. Dato Kamarul berharap Suzie juga ada disana. Sekiranya Suzie tidak juga ada disana. Dia akan mengambil keputusan untuk terus balik...
Masuk dipekarangan club. Dari jauh sudah kelihatan kereta Suzie disitu. Terseyum sendiri Dato Kamarul bila melihat kereta Suzie.
"Humm sini aja tempat kau ya. Asal merajuk je mesti lepak sini".
Bisik dato Kamarul, sambil melangkah kaki masuk kedalam club.
"Ehh u datang seoarang aja?".
Tanya Aida yang kelihatan gusar, bila melihat dato Kamarul disitu. Dato Kamarul, berpusing memandang kepada Aida yang berdiri berhampiran, pintu masuk.
"Ya i sorang je. I cari Suzie. I nampak kereta dia, ada diparking, Itu yang i masuk sini. U ada nampak Suzie? Dia duduk dekat mana?"
Tanya Dato Kamarul.
"Tttaaaadiiii diaaa Aaadaaa".
Tersekat sekat Aida membalas pertanyaaan, Dato Kamarul. Dato Kamarul mula menjadi pelik dengan cara Aida. Aida kelihatannya cuba menyorokkan sesuatu kepadanya. Dato Kamarul cuba berjalan masuk lebih dalam lagi.
"Datoooo jom i belanja u minum?"
Aida cuba menyekat langkah dato Kamarul. Aida merapatkan dirinya dan cuba menarik lembut tangan Dato Kamarul dengan senyuman mengoda.
"Jom lah Dato. Tak kan tak sudi, i nak belanja u".
Aida cuba memujuk rayu Dato Kamarul. Agar Dato Kamarul mengikutnya.
"Thank Aida. Next time sahaja. I nak jumpa Suzie aja. Lepas tu i kena balik cepat. Nad tinggal sorang sorang dekat rumah".
Bala Dato Kamarul dan cuba melepaskan diri dari gengaman Aida. Yang cuba menghalangnya masuk lebih dalam kedalam club itu.
"Dear, u ni sombonglah dengan i... I pun cantik apa? I boleh layan u lebih dari apa yang Suzie bagi, dekat u".
Kata Aida dan mula merapatkan bibirnya di telinga Dato Kamarul.
"I pun boleh layan nafsu u".
Tersenyum Dato Kamarul, bila Aida kata begitu.
"Tak apa sayang! I setia pada yang satu".
Bisik Dato kamarul pula di telinga Aida. Mencebik, bibir Aida bila Dato Kamarul kata begitu.
"Kau jelah yang setia. Suzie belum tentu setia dengan kau dato".
Bisik Aida sendiri. Sambil memandang sinis Dato Kamarul... Bila pelawaannya tidak dilayan oleh Dato Kamarul... Aida menyusun langkah meninggalkan Dato Kamarul. Dato Kamarul melangkah masuk lebih dalam lagi. Mata Dato melilau mencari Suzie. Sehingga matanya terpandang kesatu sudut. Kelihatan Suzie sedang bergurau senda dengan seorang lelaki seusianya. Gelak dan tampar menampar antara satu sama lain. Membuatkan Dato Kamarul, meluap luap rasa marah. Dan lantas datang lebih rapat ketempat Suzie dan lelaki itu, bergurau senda.
Share this novel