"Jemput duduk cikgu. Maaf kalau situasi tadi buat cikgu tidak selesa. Saya minta maaf lagi sekali".
Kata Dato Kamarul kepada Noor. Noor hanya terseyum, bila Dato Kamarul kata begitu. Noor tidak tahu, hendak bicara apa tentang situasi tadi. Seharusnya dia tidak patut ada disitu. Semasa situasi tegang begitu. Dengan kedatangnya disitu. Lebih menyakitkan mata Suzie sahaja. Sebab itu lah, Suize memetik metik namanya beberapa kali.
"Saya rasa, baiklah saya balik dulu dato? Saya datang kesini untuk menghantar Nadia sahaja. Tak tau pula, boleh jadi hal yang begini. Kalau saya tau perkara seperti ini nak terjadi. Saya tidak akan datang kesini".
Kata Noor sambil tertunduk sambil bebicara.
"Sebab itu lah saya minta maaf dekat cikgu".
Balas Dato Kamarul. Noor hanya mendiamkan diri.
"Tak apalah Dato, saya balik dulu ya".
Noor berpaling kepada Nadia.
"Nadia, cikgu balik dulu ya. Nanti kita jumpa lagi".
Nadia hanya mengangguk anggukkan kepalanya sahaja. Noor melangkah keluar dari pintu utama. Langkah Noor disusuli pula dengan Dato Kamarul yang mengikut Noor dari belakang.
"Cikgu, Maafkan saya cikgu".
Pekataan maaf sahaja yang keluar dari mulut Dato kamarul. Noor pula setia berdiam diri. Hingga sampai ditepi pintu keretanya. Noor berpaling memandang kepada Dato Kamarul yang betul betul rasa bersalah. Dia atas hinaan Suzie kepada Noor.
"Dato! Maaf kalau saya bersikap kurang hajar. Tapi saya nak bagi tau Dato. Saya tak mahu masuk campur didalam urusan rumahtanga Dato. Saya hanya kesihankan Nadia. Selepas ini, saya minta tolong dekat Dato. Selesaikanlah masalah antar Dato dan Suize. Jangan babitkan anak anak dan orang disekeling Dato. Dato bukan anak anak. Dato boleh berfikir apa yang baik dan apa yang buruk. Maafkan saya kalau saya berkata kasar terhadap Dato".
Terdiam Dato Kamarul bila mendengar kata kata Noor. Noor kelihatannya lebih matang dari dirinya. Kini Dato Kamarul pula yang tertinduk malu.
"Maafkan saya Dato! Saya pulang dulu".
Noor masuk kedalam keretanya dan terus meninggalkan pekarangan rumah Dato Kamarul. Dato Kamarul menaril nafas panjang dan berlalu masuk kedalam rumahnya.
"Kata kata Noor itu adalah betul. Aku tak sepatutnya menarik semua orang dalam krisis aku ada Suize. Aku harusnya lebih matang. Aku boleh selasaikan segalanya sendiri. Tak perlu ada anak anak atau pun orang sekliling aku".
Tapi apa boleh buat Nasi sudah menjadi bubur. Perkara ini telah pun terjadi. Dato Kamarul mula dapat berfikir dengan waras.
Share this novel