Part43
"Tak guna betul! Siapalah punya kerja. Ini mesti kerja Farid. Kalau tidak, macam mana dia boleh enjoi dengan kawan kawannya yang tak senonoh tu".
Tuduh Dato Kamarul, terhadap anaknya Farid. Akibat kata kata Suzie, malam tadi, yang sentiasa bermain main difikiran Dato Kamarul. Suzie mengatakan yang Farid berkawan dengan kawan kawan yang jahat. Dato Kamarul menghentak tangannya diatas meja berlaci itu.
"Tak habis habis kau buat hal".
Dato kamarul menahan geram terhadap Farid. Dato Kamarul duduk diatas katil sambil termenung.
"Ya lahh! Cctv aku"
Lafas Dato Kamarul sendiri. Dato Kamarul lantas mengambil handphonenya dan terus masuk kepada cctv yang tersedia sudah disetting link terus ketalifon bimbitnya. Bila dia membuka dan melihat terus cctv ruang tamu ditingkat atas. Kerana cctv itu menghala kepada biliknya. Alangkah terkejutnya Dato Kamarul. Bila kelibat kelibat Suzie masuk kedalam biliknya, malam tadi. Semasa dia membawa Bibik keklinik untuk mendapatkan rawatan. Bebrapa minit kemudian kelibat Suzie keluar dari biliknya. Berdebar debar jantung Dato Kamarul. Bila melihat semua itu. Tidak sabar rasanya untuk menyerang Suzie.
Dato Kamarul tidak berpuas hati. Dia takut serangannya terhadap Suzie nanti silap. Dia cuba melihat hari hari yang lepas lepas. Mungkin ada orang lain yang telah masuk, sebelum Suzie. Tapi ternyata. Hanya Suzie sahaja yang masuk. Sejak kejadian kecurian pertama. Bibik tidak berani lagi, mengemas bilik Dato Kamarul. Jadi memang pasti Suzie adalah saspek utama, Dato Kamarul. Dato Kamarul betul betul menyesal kerana menuduh anaknya Farid yang mencuri duitnya. Penyesalah terpancar diwajah Dato Kamarul.
"Tak sangka, Suzie yang mencuri duit aku. Tak cukup ke, apa yang aku bagi selama ini".
Bisik Dato Kamarul. Tiba tiba dato Kamarul terfikir pula tentang kata kata Suzie. Yang Farid cuba merogolnya. Semasa ketidak ada semua didalam rumah, kecuali Farid dan Suzie.
Dato Kamarul lantas menekan link cctv yang berada diruang tamu utama ditingkat bawah. Dato Kamarul menekan masa ketika dia membawa Bibik keklinik. Lebih terperanjat Dato Kamarul bila melihat Suzie cuba mengoda Farid. Satu satu detik pun, tak lepas dari pandangan mata Dato kamarul. Dato Kamarul yang menyaksikan semua itu sampai habis. Tertunduk dirinya menahan kegeraman.
"Tak sangka kau bukan seperti yang aku sangkakan. Didepan aku kau sungguh baik. Rupa rupanya kau adalah sejahat jahat manusia. Sanggup kau pecah belahkan keluarga aku, dengan penipuan kau".
Kegeraman yang tak habis lagi terpahat diwajah Dato Kamarul, ditambah pula dengan kejadian didapur. Bagai mana Bibik boleh tercedera. Lebih memilukan hati Dato Kamarul. Bila melihat Bibik disimbah air panas oleh Suzie.
"Ini dah betul betul melampah".
Kata Dato kamarul sambil menumbuk kedua dua tangannya dikatil dan lantas bangun. Dato Kamarul mula terfikirkan anaknya Farid.
"Aku mesti pujuk Farid balik".
Bisik Dato Kamarul dan lantas menekan nama Farid discreen talifon bimbitnya. Dia cuba beberapa kali, tapi tidak dijawap oleh Farid.
"Marah betul Farid dengan aku".
Bisik Dato Kamarul. Dan setia mencuba lagi. Masih tidak dijawap. Akhirnya Dato Kamarul menghantar pesanan suara kepada Farid. Dato Kamarul berharap Farid membuka pesanan suara itu.
"Farid! Maafkan Baba sayang. Baba yang bersalah. Baba tidak mendengar penjelasan dari Farid, malam tadi. Baba tuduh Farid dengan melulu. Baba bersalah terhadap Farid. Sekarang Baba dah tahu apa yang telah berlaku malam tadi. Tolong balik sekarang sayang".
Lalu Dato Kamarul menghantar pesanan itu. Kepada Farid. Farid yang setia memegang talifon bimbitnya sedari tadi. Melihat ada peasana suara masuk.
"Hurmmm, tadi call. Sekarang pesanan suara pula".
Keluah Farid, sambil menjeling memandang screen talifon bimbitnya.
Share this novel