Bakal ibu tiru dari neraka
Bab14
"U tak rasa bersalah ke, terhadapa Baba i. Macam mana kalau dia dapat tau yang u berperangai macam ni?"
Tanya Farid sambil memandang Suzie.
"Dia tak akan tau! Selagi u tak bagi tau dia. Lagi pun i pandai simpan rahsia tau. Macam yang i bangi tau u. Kalau Baba u tak ada dengan i. I nak u gantikan Baba u. I kan muda lagi. Mana boleh selalu ditinggalkan. Baba u kan selalu sebuk. Asyik kerja luar sahaja".
Kata Suzie sambil menyeringai memandang Farid.
"Kalau macam tu! Kenapa u memilih Baba jadi husband u. U boleh pilih lelaki yang sebaya dengan u. Yang boleh puaskan nafsu u hari hari".
"Baba u ada segala galanya. Dia boleh bagi i apa sahaja yang i nak. I sayangkan dia. I tahu dia pun sayangkan i. Tentang cinta, i tak tipu u. I betul betul sayangkan Baba u. Tapiiiiii".
Suzie kembali rapat kepada Farid dan kembali berbisik kepada Farid.
"Pasal nasfu ni! I tak boleh tahan, u tau".
Jijik Farid mendengar kata kata Suzie. Farid lantas bangun dan mengankat pinggan makannya. Tergelak jahat Suzie, bila Farid lantas bangun.
"I tahu, u pun tak boleh tahan kan. Apa lagi! Pintu bilik i sentiasa terbuka buat u sayang".
Farid mengeleng geleng kepalanya sambil setia berkerut wajahnya. Farid betul betul malas untuk melayan Suzie. Farid meletak pingannya didalam singki dan terus menuju ketingkat atas dan terus masuk kedalam bilik. Kerana risau Suzie akan masuk kedalam biliknya. Farid lantas menekan butang lock dipintu. Suzie pula duduk dan menghabiskan nasi goreng dipinggannya.
"Anak anak meh turun! Auntie dah siap masak".
Jerit Suzie bila dia selesai memasakkan makan tenghari, buat anak anak Dato Kamarul. Nadia keluar dulu dari biliknya dan mengetuk pintu bilik abangnya. Agar sama sama turun kebawah. Farid membuka pintu biliknya, bila diketuk oleh Nadia.
"Abang! Dia dah panggil makan".
Kata Nadia kepada Farid. Farid memandang jam ditangannya, sudah pun menunjukkan hampir pukul2 petang.
"Patutlah perut dah berbunyi".
Bisik Farid. Farid menutup pintu biliknya dan turun bersama Nadia kebawah dan lantas, mereka berdua duduk dimeja makan diruang tamu. Suzie menyediakan pinggan makan dan nasi diatas meja.
"Yummeee"
Suzie membuka tudung saji diatas meja. Kelihatan banyak menu yang dimasak oleh Suzie. Farid dan Nadia berpandangan.
"Pandai juga dia masak".
Bisik Nadia. Begitu juga Farid. Suzie duduk bersama mereka dimeja makan. Sedang mereka baru mula untuk makan tiba tiba.
"Assalamualaikum".
Dato Kamarul membuka pintu rumahnya, sambil memberi salam. Berlari Nadia dari kerusi makannya dan lantas memeluk Dato Kamarul.
"I miss you Baba".
"I miss you too sayang".
Dato Kamarul memeluk kembali Nadia. Sambil mata Dato Kamarul memandang kepada Suzie. Suzie lantas memanjangkan muncung dibibirnya. Umpama mahu dicium. Terseyum Dato Kamarul dan berjalan menuju kemeja makan. Sambil dipeluk Nadia.
"How are you dear?"
Tanya Dato Kamarul kepada anak lelakinya Farid dan lantas mencium dahi Farid. Terseyum Farid memandang Babanya.
"Thanks sayang! Sudi jaga anak anak i. Thanks juga sudi masakan menu yang sedap sedap untuk anak i".
"It's okay darling! Anak anak u, anak anak i juga. I love them".
Kata Suzie sambil terseyum bangga, dipuji oleh Dato Kamarul. Yang sebenarnya, sepanjang dia disitu. Itulah kali pertama dia memasakkan masakan buat anak anak Dato Kamarul. Nadia menjeling, bila Suzie bermuka muka dihadapan Babanya. Bagi Nadia, Suzie seoarang perempuan yang jahat. Nadia melepaskan pelukan Babanya dan duduk kembali dikerusinya. Dato Kamarul duduk disebelah Suzie dan mereka berempat makan bersama sama.
Share this novel