Part47

Drama Completed 18514

"Meee mangggg i ada maaa sukkk biii likkk u".

Suzie menarik nafas panjang.

"Tapi i gunakan tandas bilik u sahaja. I mana tahu u simpan duit dimana?"

Kata Suzie dengan nada yang tersangkut sangkut diayat pemulaannya.

"U tak ada bukti yang i keluar dari bilik u dengan duit ditangan".

Terseyum Dato Kamarul. Kebodohan Suzie, sikit sebanyak membuatkan hati Dato Kamarul terhibur. Mana kala Farid, Nadia, Noor dan Bibik setia mendiamkan diri, hanya melihat sahaja, perbalahan antara Dato Kamarul dan Suzie.

"Ohh kau nak tengok bukti ya. Ada ada! Aku boleh tunjuk lagi".

Tersentak lagi sekali Suzie, bila Dato Kamarul kata dia ada lagi bukti. Dato Kamarul hantas menujukkan pula adegan dia mengoda Farid dan merangkul Farid. Berpusing Suzie dan beralih pandangan ketempat yang lain. bila melihat aksi ransangan dia bersama Farid dirakam.

"Heii pandanglah video ni. Video aksi jijik u. U yang cuba mengoda Farid. U kata Farid cuba rogol u. Tapi apa yang ada dalam video ni. U yang cuba goda dia".

Kata Dato Kamarul, sambil menarik dagu Suzie agar memandang Vedio itu. Hati Suzie betul betul resah dan gusar. Bila satu satu aktiviti jahatnya di ketahui oleh Dato Kamarul. Bila sampai part duit jatuh didalam poket Suzie, Lantas dato Kamarul meneka butang Stop di vedio.

"Ini buktinya. Menunjukkan kau ni perempuan jahat. Bukan sahaja gatal, tapi seoarang pencuri".

Bertambah berdegup kencang dada Suzie. Suzie hanya diam dan tidak berkara apa apa. Wajah bersalah dan takut mula wujud didalam diri Suzie. Debaran didada, setia berdegup kencang.

"Kalau kau nak video yang kau simbah Bibik dengan air panas pun i ada. Kalau kau rasa nak tengok i boleh tunjukkan".

Tanya Dato Kamarul kepada Suize. Suzie memusingkan badannya, bererti, dia tidak mahu melihat. Berpandangan Nadia, Farid, Bibik dan Noor. Bila Dato Kamarul mempunyai bukti yang Suzie mencurah air panas keatas Bibik. Bibik kembali tunduk kebawah. Sedih bila dikenang. Dia yang tidak berdosa kepada Suzie, tetapi Suzie sanggup berbuat begitu terhadapnya. Dalam masa yang sama. Bibik merasa lega juga. Kerana semua masalah didalam rumah, telah terungkai.

"Aku akan bawak semua bukti ini kebalai polis. Biar polis sahaja yang mengambil tindakan terhadap kau. Aku tak mahu menghakimi kau. Biarlah undang undang yang jatuhkan kau hukuman. Hukuman kerana mencuri duit aku dan hukuman kerana mencederakan orang lain".

Kata Dato Kamarul dengan tegas, terhadap Suzie. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan takut yang menyelubungi diri Suzie sekarang ini.

"Maafkan saya Bik, kerana menuduh Bibik yang mencuri duit saya".

Kata Dato Kamarul dalam penyesalan.

"Ngak apa apa Dato. Saya tidak ambil hati. Saya bersyukur terhadapnya. Kerana semua ini udah terjawap".

Balas Bibik, dengan Senyuman. Nadia lanats memeluk Bibik dengan pelahan. Kerana takut terkena luka Bibik. Bibik membalas pelukan itu dengan penuh bahagia.

Tiba tiba.

"Maafkan i sayang. I yang bersalah. I tahu i jahat. Tapi i sayangkan u. Tolong maafkan i sayang. I sangup terima apa sahaja hukuman yang u berikan. Cuma satu i pinta. Maafkan i sayang".

Suzie terduduk dilantas, sambil memegang kaki Dato Kamarul. Sambil meminta ampun dan maaf dari Dato Kamarul. Air mata Suzie mengalir deras dipipinga. Terkejut Dato Kamarul, bila Suzie buat begitu.

"I sedar! I memang jahat terhadap semua. Tapi i nak u tahu. I tak pernah menipu tentang cinta i terhadap u sayang. I betul betul cinta dan sayangkan u. Tolong bagi i peluang terakhir sayang. I akan ubah perangai buruk i. Tolong sayang please give me a chance. Satu sahaja lagi sayang".

Rayu Suzie dikaki Dato Kamarul. Dato kamarul sedia terdiam. Mata Dato Kamarul memandang kepada Farid. Farid hanya tertunduk kebawah. Lalu Dato Kamarul memandang pula Nadia. Nadia mengeleng gelengkan kepalanya. Lantas Dato Kamarul menarik nafas Panjang sebelum berbicara dengan Suzie. Yang tidak putus asa merayu dan menangis teresak esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience