Part35

Drama Completed 18514

Setelah memberi Suzie jug air. Bibik kembali menghabiskan cucian pingan didalam singki. Manakala Suzie pula mengisi penuh air panas yang baru dimasaknya kedalam jug. Suzie berjalan disebelah Bibik dan berpura pura mahu tergelincir, hendak terjatuh. Lantas Suzie menyimbah sebelah badan Bibik dari sisi tepi dengan air panas yang ada didalam jug itu. Mengelupur kepanasan Bibik, sambil menjerit meminta tolong. Tersenyum menyeringai Suzie, bila melihat Bibik mengelupur dilantai. Bila ternampak susuk orang berlari kedapur. Suzie lantas berpura pura menolong Bibik yang kesakitan ditepi singki.

"Ehh kenapa ni? Macam mana boleh jadi macam ni".

Tanya Dato Kamarul kepada Bibik, Sambil mengankat pembantunya itu bangun. Separuh lengan dan badan Bibik melecur dan kemerah merahan.

"Suzie, kenapa dengan Bibik?"

Tanya Dato kamarul.

"Dia tersadung sayang. Jug air panas dekat tangan dia, tersimbah dibadan. I dah cakap dengan dia. Biar i yang buat. Tapi dia tak nak bagi i buat. Dia kata dia yang nak buat. Bila dia lalu aja dekat tempat singki ni. Dia terus tersepak alas kaki tu. Itu yang dia tersimbah air panas".

Nadia membuat cerita. Agar orang tidak menyalahkannya. Terbeliak mata Bibik, bila Suzie menipu. Suzie lantas membalas renungan kepada Bibik. Renungan yang membawa erti, jangan bagi tahu apa yang sebenarnya terjadi. Bibik tertunduk, bila Suzie merenung tajam kepadanya. Perasan takut mula timbul. Takut Suzie akan buat lebih jahat lagi, terhadap dirinya.

"Sudah sudah! Jom kita ke hospital. Kesian Bibik kesakitan".

Arah Dato Kamarul. Nadia lantas memimpin Bibik hingga ke kereta. Hanya Nadia sahaja yang mengikut Dato Kamarul menghantar Bibik kehospital. Mana kala Farid dan Suzie, tinggal berdua didalam rumah. Farid duduk diruang tamu semula sambil membelek belek talifon bimbitnya. Sesekali matanya mencuri pandang kepada Szuie yang berada ditepi tangga, untuk naik ketingkat atas.

"U baliklah dulu?. Baba pun dah keluar".

Kata Farid sambil memandang kepada Suzie ditangga.

"Alahh biarlah! i tunggu disini sampai Baba u balik. I ingat nak berehat dekat bilik atas lah".

Farid hanya diam dan tidak berkata apa apa. Suzie pula terus melangkah kaki ketingkat atas. Sampai diatas. Suzie menjenguk Farid yang sebok bermain dengan handphonenya di ruag tamu bawah, sambil baring disofa. Suzie lantas masuk kedalam bilik Dato Kamarul. Tujuannya hanya satu. Mahu mencuri lagi barang yang berharga didalam laci. Tempat Dato Kamarul, menyimpan barang berharganya dan akan menuduh pula, Bibik yang mencuri... Bila Suzie membuka sahaja laci itu. Suzie terus terseyum sendiri.

"Yess ada lagi duit dollars Singapore."

Bisik Suzie. Duit itu baru sahaja Dato Kamarul tukar. Untuk mengantikan duit yang hilang hari itu. Suzie lantas mengambil semua duit itu dan memasukan kedalam poket seluarnya.

Suzie mengintai dari dalam bilik, melalu daun pintu bilik Dato Kamarul, sebelum keluar dari bilik. Bila dia yakin selamat. Dia lantas meluru keluar dan menutup pelahan pintu bilik itu. Suzie terus turun kebawah. Farid memanjangkan lehernya bila terdengar orang turun dari anak anak tangga. Dan mengintai melalui kepala sofa. Bila terpandang Suzie. Farid lantas baring semula.

"Kata nak berehat dekat atas. Ni kenapa pula turun bawah".

Tanya Farid sambil baring dan setia memandang handphonenya.

"Tak boleh tahan lepak sorang sorang. Tiba tiba rasa nak cari peneman. Itu yang i turun kebawah. I nak ajak u teman i. Boleh kan sayang".

Kata Suzie dengan nada manja dan datang menghampiri Farid disofa. Nadia duduk dibawah kaki Farid. Farid lantas bangun, bila Suzie datang dekat kepadanya.

Berdebar dada Farid bila Suzie dengan sengaja mengosok gosok peha Farid yang hanya memakai seluar pendek.

"Apa ni Suzie".

Farid menerpis tangan Suzie dan bangun dari sofa itu. Bila melihat Farid berdiri. Suzie juga banggu dari tempat duduknya.

"Jangan jual mahal sangat lah sayang. I tahu u juga mahu bersama i kan? Baba u tak ada sayang. Kita berdua aja dalam rumah ni. U boleh buat apa apa pun dengan i. I janji dengan u. Ini rahsia kita berdua sahaja sayang".

Suzie cuba mengoda Farid. Suzie begitu tidak putus asa. Dia mahu, agar Farid jatuh dalam gengamannya. Berkerut wajah Farid, bila Suzie begitu gahirah, mahu dia bersamanya. Suzie merapatkan dirinya kepada Farid, Farid lanats berundur sedikit kebelakang. Supaya Suzie tidak terlalu dekat dengannya. Terseyum Suize, bila melihat Farid tidak mahu dia menghampirinya.

"Kau ni kenapa Suzie? Baba aku tak dapat puaskan nafsu kau ke?"

Tanya Farid selamba. Kerana Suzie tidak pernah malu untuk bercakap, tentang sex kepadanya. Dia juga berfikiran, yang dia tidak harus menghormati Suzie lagi.

"Kalau dah tak tahan sangat. Pergi cari jantan muda yang boleh puaskan kau. Tak payah nak meleseh dengan Baba aku lagi".

Farid mula bersuara tinggi. Menyeringai Suzie, bila Farid berkata begitu kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience