"Yaallah, apa yang aku dah buat ni? Hidup aku bergelumang dengan maksiat. Hingga aku tidak dapat menyentuh isteri ku didalam mimpi. Bertapa jijiknya aku. Hingga dalam mimpi pun, aku tidak dapat memeluknya".
Kesedihan tetap terpahat didalam diri Dato Kamarul. Akhirnya Dato Kamarul banggun dari katilnya dan terus kebilik air untuk mandi dan menunaikan solat. Rasanya sudah lama dirinya tidak menyentuh sejadah. Menggigil badan Dato Kamarul bila selesai mengambil wuduk. Masih terbayang bayang mimpinya itu. Perasaan rindu terhadap isteri tercinta, mula terpahat didalam diri.
Dato Kamarul mencapai sejadah dan melakukan solat taubat. Menitis air mata Dato Kamarul, sepanjang menunaikan solat taubat. Selesai solat. Dato Kamarul mengangkat tangannya untuk berdoa. Air mata setia mengalir membasahi pipi. Doa pertama yang Dato Kamarul ucapkan ialah tentang anak anaknya. Dia berdoa agar anak anaknya berada ditempat yang selamat. Dan didalam lindungan Allah. Doa kedua buat arwah isterinya. Biar isterinya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Dan akhir sekali. Dato Kamarul meminta agar segala dosa dosanya sebelum ini di ampunkan. Dia juga berdoa agar jauhkan dia dijauhkan dari orang orang yang munafik. Selepas berdoa. Dato Kamarul baring semula diatas katil. Terfikir pula tentang Suzie.
"Lepas ini aku akan terus pergi kerumah orang tua Suzie. Agar aku boleh lekas lekas dinikahkan. Untuk menjauhkan aku dan Suzie melakukan maksiat lagi dan lagi"
Bisik Dato Kamarul. Sambil dia setia baring, sambil memandang kipas yang berpusing didinding siling. Dato Kamarul berhayal melihat pusingan kipas itu. Akhirnya Dato Kamarul terlena semula hingga ke pagi.
"Cikgu Nad nak call Baba. Kesian pula Baba. Pasti Baba risaukan Nad".
"Ehh call sahaja Nadia. Cikgu tak halang pun".
Kata Noor dengan senyuman. Bila Nadia terjaga dari tidur dan terus teringat kepada Babanya.
"Ring ring ring!"
Tersedar Dato Kamarul bila medengar talifon bimbitnya berbunyi. Dato Kamarul lantas bangun dan terus mencapai talifon bimbitnya. Kelihatan discreen tertera nama "Anak kesayang Baba". Dato Kamarul lantas menekan butang angkat.
"Hello sayang! Nad dekat mana sayang? Baba risau sangat ni".
Kata Dato Farid kepada Nadia. Menagis Nadia bila mendengar suara Babanya.
"Baba maafkan Nad Baba. Nad ikut abang. Nad juga sayang Abang. Sayangkan Baba juga".
Balas Nadia sambil menangis.
"Sayang awak dekat mana? Baba datang ambil".
"Nad tidur rumah cikgu Noor. Abang tidur rumah kawan kawan dia".
Lega hati Dato Kamariul. Bila Nadia mengatakan yang dia ada dirumah cikgu Noor.
"Baba datang ambil kamu ya sayang?"
"Tak payah Baba. Nanti cikgu Noor hantar Nad balik".
"Sayang jangan susahkan cikgu Noor ya sayang. Cakap dengan cikgu Noor. Baba berterima kasih sangat. Sebab izinkan Nad tidur disitu".
"Ok Baba. Nanti Nad balik".
Nada Nadia kembali reda. Bila dapat berbicara dengan Babanya.
"Ok Nad. Baba tunggu Nad".
Mereka berdua memutuskan talian. Nadia memandang kepada Noor.
"Cikgu boleh hantar Nad?"
"Boleh sayang. Tapi kita sarapan dulu ya?"
Nadia lantas memeluk Noor dengan erat.
"Bahagianya aku, kalau cikgu Noor menjadi ibu tiri aku".
Bisik Nadia, sambil merenung cikgunya itu.
Dato Kamarul banggu dari katil dan terus kebalconi biliknya. Termenung Dato Kamarul melihat suasana rumahnya yang mula suram. Sebelum pemergian istrinya, rumah itu cukup meriah. Dengan gelak tawan Farid dan Nadia, berlari lari berkejaran didalam kawasan taman rumahnya. Arwah isterinya yang sebuk menyiram bunga, sambil bermain main dengan air. Dato Kamarul, betul betul rindukan detik detik diwaktu itu. Dato Kamarul menarik nafas panjang dan berpusing masuk kedalam bilik semula. Dato Kamarul membuka laci untuk mengambil barang didalam laci itu. Bila laci dibuka. Dato Kamarul betul betul terkejut dan mengerutkan dahinya. Bila duit Singapore dollarsnya sudah tidak ada disitu. Dia menyelonkar lacinya itu. Tetapi tidak ada. Hanya ada beberapa documents dan passpor Dato Kamarul, Farida dan Nadia sahaja. Nafas Dato Kamarul turun naik, menahan marah.
Share this novel