"I boleh maafkan u. I tidak akan buat laporan polis. Tapi satu yang i nak dari u. I nak u minta maaf dengan semua orang yang u telah inaya. Dan tolong tinggalkan apartment yang u duduk sekarang ni. I dah tak nak tengok muka u lagi... I bagi u masa seminggu untuk keluar dari apartment tu. Lepas ni tolong jauhkan diri dari keluarga i. Kalau u masih lagi menganggu semua yang ada didalam rumah ni! I akan terus buat laporan polis".
Kata Dato Kamarul dengan Nada yang keras dan sayu... Hati Dato Kamarul betul betul kesedihan. Diatas tindakannya terhadap Suzie. Tapi dia terpakasa buat begitu. Dia tak mahu pencuri dan perempuan jahat menjaga anak anaknya. Dia harus mencari perempaun yang layak menjaga dan mendidik anak anaknya. Memang dia telah buta dengan kecantikan dan godaan Suzie. Dia leka membuat dosa maksiat. Banyak perkara yang dia telah lakukan hingga dia tersedar dari godaan manusia yang bertopengkan syaitan.
Suzie bangun dari tempatnya. Dan berdiri berdepan dengan Dato Kamarul. Sambil mengesat air matanya. Suzie merenung Dato Kamarul kemudian berpusing memandang Farid, Nadia, Bibik dan Noor. Kemudian memandang Dato Kamarul kembali.
"Kamal, tolong maafkan i sayang. I merayu sangat dengan u. I tak tau kenapa i bertindak bodoh macam tu. Jauh disudut hati i. I sayang dengan u. I cuma nak u seoarang sahaja dalam hidup i Kamal. Tolong maafkan i. Jangan halau i dari apartment tu sayang. I nak tinggal dekat mana nanti? U tak kesian dengan i ke Kamal?. U tak sayang dekat i ke?" Rintih Suzie.
"Maaf i tak boleh terima u lagi. U mahukan i, tapi u tak mahu anak anak i. Itu menunjukkan u tak layak buat i. I mahu berkahwin orang yang boleh terima i dan anak anak i. Buka hanya mahukan i sahaja".
Dato Kamarul memandang kepada Noor yang setia terpaku. Melihat semua sandiwara didalam rumah Dato Kamarul.
"Tidak tidak sayang! I juga terima anak anak u".
"U cuba rosakkan fikiran Farid dengan nafsu u. Itu baik ke? Layak ke u jadi ibu tiri meraka. Sudahlah Suize, tak payah merayu lagi. I dah menyampah mendengar rayuan palstik u tu. Lagi pun i tau. U cuba merayu dengan i, supaya i tak halau u dari apartment i tu kan? Sebenarnya, u malu dekat kawan kawan u. Sebab u berpisah dengan i. Buka i tak tahu semua itu Su. Sekarang i sedar. U nak i sebab harta dan pangkat yang i ada kan? U boleh dapat apa yang u nak dari i kan?"
Share this novel