"Su! I betul betul gembira bila dapat belayan dari u. Terima kasih u sudi terima i, masuk kedalam hidup u. Belayan u membuatkan i tidak tidur lena di Johor. I juga berterima kasih, u setia dengan i dan sanggup menjaga anak anak i, terutama Nadia. Nadia seoarang yang sangat manja. Dia lah satu satunya penghibur hati i. I berharap sangat. U dapat sayang dia, sepertimana Mummy nya dulu".
Kata Dato Kamarul sambil memegang tangan Suzie yang duduk dihadapanya. Dato Kamarul membawah Suzie makan berdua didalam sebuah hotel yang mewah.
"Jangan risau sayang! I akan jaga mereka".
Balas Suzie sambil membalas senyuman kepada Dato Kamarul.
"Sayang lepas ni kita pergi kedai emas. I nak belikan u sesuatu".
Kata Dato Kamarul kepada Suzie. Bertambah lebar senyuman Suzie. Bila Dato Kamarul mahu membelikannya sesuatu. Bertambah gedik dia melayan Dato Kamarul. Dato Kamarul seperti rela dirinya dibelai oleh suzie.
Mereka melangkah keluar dari hotel mewah itu dan terus kekedai emas yang terletak didalam sebuah mall. Sebelum kekedai emas, Dato Kamarul membawa Suzie kekedai Jam tangan terlebih dahulu. Dato Kamarul mahu membeli sepasang Jam couple. Teruja Suzie, bila dibawa kekedai jam yang mewah.
"Yess dapat aku jam mahal".
Bisik suzie sambil berpaut lengan Dato Kamarul.
"Sayang tolong carikan jam couple yang paling terbaik".
Suzie lantas memilih dua pasang jam satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Terpandang satu Jam untuk wanita itu, sangat cantik dimatanya. Dia membelek belek dan diletakan dipegelangan tangannya. Sambil mata memerhatikan harga jam itu. Terbeliak mata Suzie bila melihat harga jam wanita yang berada ditangannya. Tertera di tag rm2500.
"Cantik juga yang u pilih tu. Memang sesuai untuk Nadia".
Tersetak hati Suzie, bila Dato kamarul mengatakan jam itu untuk anak perempuannya.
"Apa? untuk anak perempuan kau! Aku ingat kan, kau suruh aku pilih untuk aku. Cilaka betul orang tua ni".
Marah Suzie didalam hati. Tapi wajah Suzie tetap terseyum memandang kepada Dato Kamarul. Dalam hati Suzie, berbakul bakul cacian yang dilemparkan kepada Dato Kamarul dan anak anaknya.
"Ahaaaa cannntikkkk"
Tersekat sekat suara Suzie. Menahan marah dan lantas meletakkan jam itu diatas counter bayaran, bersama satu lagi jam untuk lelaki itu. Dato Kamarul membayar dua barang itu dengan harga Rm4000 setelah ditolak dengan diacaunt yang ada.
"Bodoh betul! Belikan budak budak jam mahal mahal buat apa? Buat rugi duit aja. Kalau aku, belikan jam rm100 200 cukup lah".
Ngomel Suzie didalam hati.
"Ok sayang! I nak belikan untuk u pulak".
Kata Dato Kamarul. Terseyum lebar Suzie. Bila Dato Kamarul kata begitu. Dari tadinya dia merah dengan Dato Kamarul yang membelikkan jam mahal kepad anak anaknya. Kini bertukar ceria. Dato Kamarul membawa Suzie masuk kedalam sebuah kedai emas yang ada didalam mall itu. Sungguh teruja Suzie, bila sampai disitu.
"Sayang! I tak pandai memilih barang emas buat u. I nak u yang pilih sendiri. U pilih sahaja satu barang yang u suka. Hadiah dari i, kerana u sudi jaga anak anak i".
"Terima kasih sayang. I bukan nak ini semua. Cukuplah kasih sayang yang u berikan untuk i. Itu sudah cukup buat i gembira".
Kata Suzie yang cuba bermuka muka. Kononnya dia perempuan yang paling baik. Tidak mahukan semua itu. Sebaliknya dia lah yang paling mahukan rewad dari Dato Kamarul.
Share this novel