"Cikgu! Malam ni boleh ke cikgu tidur dekat sini? Temankan Nad?"
Tanya Nadia kepada Noor. Kerana Farid mahu keluar bersama kawan kawannya dan dia tidak mahu tinggal berdua bersama Suzie dirumahnya.
"Mana boleh Nadia. Cikgu kena balik, lepas mengajar kamu ni. Tak kan lah cikgu nak kena tidur sini pula".
"Alahhh cikgu! Minta tolong sangat. Tolong teman saya. Cikgu tak kesian dekat saya ke cikgu?"
Tanya Nadia dengan wajah yang sedih. Bila Noor tidak mahu tidur disitu. Nada dan Noor melirik berpandanga kepada Suzie yang turun dari atas dan terus kebawah.
"Apa pandang pandang! Korang tak pernah nampak orang ke? Apasal batak sangat. Kau tinggal dekat hutan ke?"
Marah Suzie dengan kasar. Terperanjat Noor dengan cara Suzie bercakap. Sunguh kurang sopan dan biadap. Noor dan Nadia beralih pandangan dan Nadia kembali belajar. Mereka tidak menghiraukan Suzie lagi. Suzie pergi kedapur untuk mengambil air dan terus naik semula diatas. Sampai diatas terlihat Farid baru keluar dari bilik dengan pakaian yang kemas dan bergaya. Membuatkan Suzie terseyum melihat Farid.
"U nak pergi mana?"
Tanya Suzie kepada Farid dan merapatkan dirinya kepada Farid.
"Nak keluar lepak dengan kawan kawan i"
Kata Farid dengan nada yang agak kasar.
"I ikut boleh ke?"
"Ehhh mana boleh!"
"Alahhh aku boringlah duduk rumah. Kalau u tak kasi i ikut u. I nak minta tolong u hantar i pergi jumpa kawan kawan i boleh ke?"
Suzie cuba mengoda Farid dengan kata katanya yang manja dan mengoda.
"U kan ada kereta? U pergilah naik kereta sendiri".
"Alah sayang! Boleh lah. Aku malas nak memandu. Nanti kau hantar aku.Masa kau nak balik nanti kau tolong ambil aku. Boleh ye sayang".
Suzie meletakan tangannya didada Farid dan mengosok gosok dada Farid. Suzie berharap agar dapat keluar dengan Farid. Walaupun ketempat berlainan.
"Hiss u ni, Ya lah! Cepat lah siap".
Farid malas untuk melayan kerenah Suzie. Selagi dia tidak berkata ok! Selagi itu lah, Suzie akan terus mencuba mengodanya.
"Yehhhh! Sayang u"
Teriak Suzie lantas memeluk serta mencium pipi Farid, kiri dan kanan. Suzie terus masuk kedalam biliknya untuk menukar pakaian. Berkerut dahi Farid, bila Suzie buat begitu.
"Layak ke dia ni jadi ibu tiri aku?"
Bisik Farid didalam hati. Bila melihat cara Suzie yang tidak mengambarkan sebagai seoarang yang bersedia untuk menjadi isteri kepada Babanya.
"Cikgu tengok! Kalau saya tinggal berdua dengan dia, tak tau apa yang akan terjadi. Tolong untuk malam ini sahaja ya cikgu".
Bila melihat wajah Nadia yang kesediah. Noor mula tidak sampai hati. Dengan cara Suzie yang biadap. Noor dapat merasakan yang Suzie tidak akan menjaga Nadia dengan baik.
"Ok lah! Malam ini sahaja ya. Lepas ni cikgu tak dapat tolong kamu lagi".
Akhirnya Noor setuju untuk tidur disitu untuk malam itu sahaja.
"Yehhh! Terima kasih cikgu".
Nadia begitu keriangan, bila Noor mahu menemaninya.
"Dah habiskan kerja sekolah kamu dulu".
Nadia kembali menghabiskan latihan kerja sekolahnya.
"U dah siap. Jom".
Farid yang duduk diruang tamu dtingkat atas menoleh kepada Suzie. Berkerut wajah Farid melihat cara Pakaian Suzie. Suzie memakai skirt hitam yang terlalu singkat menampakkan pehanya yang putih gebu. Dan bersinglet putih. Farid lantas mengeleng gelengkan kepalanya. Farid turun kebawah, diikuti Suzie.
"Nad! Abang keluar dulu ya?"
Berpusing Nadia memandang abangnya bersama Suzie.
"U keluar dengan dia?" Tanya Nadia sambil memandang Suzie dari bawah hingga ke atas. Berkerut wajah Nadia, dengan cara pakaian Suzie.
"Ehhh tak lah. Auntie Suzie minta tolong abang hantar dia dekat tempat kawan dia. Abang hantar dia dulu. Lepas tu, abang terus jumpa kawan kawan abang".
Terang Farid kepada adiknya. Nadia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Saya pergi dulu ya cikgu".
Kata Farid kepada cikgu Noor. Cikgu Noor hanya terseyum memandang Farid dan memandang kepada Suzie pula.
Suzie lantas menjeling melihat Noor disitu dan berjalan selamber, meninggalkan Noor dan Nadia. Farid mengikut Suzie dari belakang. Suzie dan Farid masuk kedalam kereta dan teris Farid menghantar Suzie diclub.
"Mekasih u. Nanti jangan lupa ambil i ya. Nanti u masuk aja, cari i dekat dalam".
Kata Suzie sambil terseyum dan keluar dari kereta. Farid hanya diam membisu dan Farid memerhatikan Suzie berjalan masuk kedalam club. Tergoda Farid melihat Suzie. Farid berlalu pergi meninggalkan tempat itu dan berjumpa kawan kawannya diclub yang lain.
Share this novel