Bila sampai dirumah, kelihatan kereta Suzie tidak ada didalam parking kereta.
"Merayap aja malam minggu ni!"
Bisik Farid sendiri. Nadia dan Farid masuk kedalam rumah. Farid terus kedapur dan mengambil ubat untuk Nadia. Farid mahu adiknya lebih sehat. Lepas makan ubat, Farid menggarahkan Nadia untuk terus tidur. Kerana ubat itu, boleh membuatkan Nadia mengantuk. Nadia menurut kata kata abangnya. Dia naik keatas dan terus masuk kedalam biliknya. Farid pula melayan channel bola diruangtamu.
"Suzie! Dato Kamarul balik bila. Lama lagi ke dia dekat sana?"
Tanya Aida.
"Aku rasa esok dia balik! Sebab dia ada call aku semalam. Dia kata nak ambil documents yang tertinggal di ofis. Lepas tu dia kena pergi balik, untuk uruskan business dia di Johor. Jadi penjaga rumah lagi lah nampaknya aku ni!".
Keluh Suzie kepada Aida.
"Untung kau beb, dapat lombong emas. Kalau aku! Aku tak akan lepaskan lombong emas tu".
Aida kelihatan cemburu kepada Suzie, kerana suzie mendapat seorang lelaki kaya, yang sangat sayangkannya. Apa sahaja kemahuan Suzie, Dato kamarul akan tunaikan. Suzie hanya terseyum bangga, bila Aida kata begitu.
Keesokan harinya Nadia bangun awal untuk membuat sarapan pagi. Nadia membuat sendiri nasi goreng planta yang pernah diajar oleh cikgu Noor. Terseyum Nadia, bila nasi gorengnya menjadi.
"Wahhh adik abang masak nasi gorenglah".
Kata Farid yang tiba tiba sampai didapur.
"Patutlah berbau sedap sampai keatas. Ingatkan Bibik dah balik sini".
Kata Farid sambil terseyum memandang Nadia, yang sebuk meletakkan makanan didalam mangkuk. Farid pula mengambil pinggan dirak dan meletakkan diatas meja makan didapur.
"Kita makan dekat sini ajalah".
Nadia mengajak abangnya makan dimeja makan didapur sahaja. Farid bersetuju. Farid duduk dan merasa masakan Nadia.
"Wahh sedap sedap! Pandainya adik abang memasak. Macam ni lah kalau nak jadi anak dara Dato Kamarul. Cantik, pandai memasak pulak tu".
Terseyum bangga Nadia, bila Farid memuji mujinya.
"Abang Baba balik bila. Nad dah rindulah dekat Baba?"
"Entahlah Nad! Baba tak call abang pun. Hari tu Baba ada call Nad. Dia tak cakap apa apa ke?".
Nadia hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Sambil memandang Farid.
"Baba korang balik hari ini. Semalam dia ada bagi tau auntie".
Sampuk Suzie yang tiba tiba muncul didapur. Nadia dan Farid berpandangan antara satu sama lain dan terseyum, bila mendegar Babanya akan balik hari ini.
"Wahhh nampak sedap. Ini mesti Nad yang masakkan. Pandai cikgu Noor ajar masak Nad masak. Auntie pun boleh ajar Nad masak, lebih dari ini".
Kata Suzie sambil mengherutkan sedikit bibinya. Seperti meluat melihat Nad yang belagak pandai.
"Jom makan sekali auntie".
Ajak Nadia. Suzie terseyum dan terus duduk disebelah Farid. Farid hanya berdiam sahaja. Bila Nadia mempelawa Suzie makan bersama mereka.
"Nanti tengahari auntie masak untuk korang pulak".
Suzie terseyum memandang Nadia dan Farid. Suzie sepertinya ada agenda yang tersendiri. Dan berharap dia akan mendapat reward dari Dato kamarul, bila Dato Kamarul balik nanti. Reward kerana sudi menjaga dan memasakkan anak anaknya makanan, sepanjang dia dan Bibik tidak ada dirumah. Farid dan Nadia hanya berdiam diri bila Suzie mengatakan yang dia akan masak menu tengahari hari ini.
"Hummm dap, dah pandai dah Nad masak".
Kata Suzie sambil memandang Nadia dengan senyuman. Nadia menggerutkan dahinya. Bila Suzie kelihatan berpura pura baik hari ini. Nadia kelihatannya malas hendak melayan Suzie. Tadinya Nadia tidak sampai hati melihat Suzie datang kedapur dan melihat mereka sedang menjamu selera. Sebab itu lah Nadia mempelawa Suzie untuk makan bersama. Nadia segera makan dan bangun dari situ. Nadia terus melangkah naik keatas. Hanya tinggal Farid dan Suzie sahaja yang sedang makan didapur.
"Jomm kita mandi swimming pool sama sama lepas ni?"
Ajak Suzie, sambil berpusing memandang Farid disebelahnya.
"Hurmm tak nak lah".
"Alahh u ni! Semua i ajak u tak nak. Ajak mandi swimming pool tak nak".
Suzie merapatkan badannya kepada Farid dan mula berbisik.
"Ajak main pun tak nak".
Farid berpusing memandang Suzie disebelahnya sambil mengerutkan dahinya. Farid menolah sedikit bahu Suzie. Agar Suzie tidak terlalu rapat dengannya. Suzie pula tergelak manja sambil menjelirkan sedikit lidahnya keluar dan menjilat jilat bibirnya atas dan bawah. Berpeluh Farid melihat Suzie berbuat begitu. Sampai tak tertelan makan yang ada didalam mulutnya.
Share this novel