part26

Drama Completed 18514

"Sayang, Kenapa marah Nad! Jangan buat macam tu Sayang. Kesian dia. Dia budak kecil lagi".

Suzie mula bermuka muka kepada Dato Kamarul. Jauh disudut hatinya. Begitu bahagia, bila Nadia dimarahi.

"Kalau i tak ajar dia sekarang! Sampai bila bila dia akan kurang hajar dengan orang tua".

Balas Dato Kamarul dengan wajah yang serba salah.

"Ok lah sayang! I balik dulu ya. Nanti kita jumpa lagi. U pergi lah berehat. Kalau u rasa naik jumpa i atau rindu i. U datang aja ke apartment i ya".

Terseyum Dato Kamarul. Dato Kamarul hanya menganggukan kepalanya dengan seyuman. Suzie mengankat beg bajunya masuk kedalam bonet kereta.

"Bye sayang".

Suzie memeluk dan mencium kedua bydua belah pipi Dato Kamarul dengan lembut dan manja. Dato Kamarul hanya mampu mengukirkan senyuman dibibir kepada Suzie sehingga Suzie meninggalkan perkarangan rumahnya. Bila Suzie sudah hilang dari padangan dato Kamarul. Dato Kamarul melangkah masuk kedalam. Terbayang bayang wajah sedih Nadia diruang matanya.

"Jom kita duduk sama sama adik dekat atas".

Dato Kamarul mengajak Farid untuk naik keruang tamu atas bersama samanya. Farid terseyum kepada Babanya dan mengikut Dato Kamarul dari belakang. Farid tahu! Babanya serba salah dengan Nadia. Kerana memarahinya tadi. Sampai diatas Nadia masih lagi duduk sofa diruang atas. Nadia tidak akan berganjak dari tempat duduknya, selagi Babanya tidak memujuknya.

"Nad! Baba minta maaf ya. Baba ada sebab Baba sendiri! Kenapa Baba marah kamu. Baba harap kamu juga sedar kesilapan kamu itu".

Kata Dato Kamarul sambil memeluk anak kesayangannya itu. Nadia hanya membiarkan sahaja, Babanya memeluk dirinya.

"Ya Nad! Kalau kita tak suka sesiapa pun. Kita jangan tunjuk muka atau kurang hajar dengan orang yang kita tidak suka itu. Menghormati antara satu sama lain adalah sifat orang yang disayangi oleh Allah".

Sampuk Farid sambil duduk disebelah Nadia juga. Mereka bertiga duduk disofa yang sama. Kini mereka bertiga berpelukan sesama meraka. Nadia yang tadinya bersedih kembali ceria. Bila dia diapit oleh abang dan Babanya.

"Nad janji, tak akan kurang hajar lagi. Maafkan Nad ya".

Terseyum Dato Kamarul, begitu juga Farid.

"Malam ni Baba belanja kamu berdua makan dekat tempat yang paling best sekali. Kita makan buffet dekat hotel lima bintang. Kita makan sepuas puasnya".

Kata Dato Kamarul. Bersorak Farid dan Nadia kegembiraan. Sambil mereka berdua memeluk Babanya.

...................................................

"Sayang! Kenapa i sekarang susah sangat nak jumpa u. Lepas u balik dari JB lansung u tak jumpa i. U dah tak sayang i lagi ke? U dah tak rindu i lagi ke?".

Tanya Suzie dengan nada manja, semasa ditalian talifon.

"Siapa kata i tak rindu u. I rindu sangat dekat u. Esok malam minggu kita jumpa ya. I datang apartment u. Kita keluar sama sama".

"Kenapa tak malam ni? Kenapa esok pula. I dah tak boleh sabar nak jumpa u. I dah rindu sangat dekat u".

"Malam ni tak boleh sayang. Nad ada kelas tusyen. I nak jumpa cikgu Noor. Nak bayar duit tusyen Nad".

Menarik nafas panjang Suzie bila dato Kamarul kata, dia mahu menunggu Noor.

"Nampaknya aku ada persaing sekarang ni".

Bisik Suzie didalam hati.

"Selama ni u memang tunggu cikgu tu ke? Kalau nak buat bayaran. Kenapa tak bagi sahaja duit tu dekat Nad. Biar Nad sahaja yang bagi cikgu tu".

Tanya Suzie dengan nada yang agak kasar. Bila Dato Kamarul tidak mahu berjumpanya malam ini, kerana mahu menunggu kedatangan Noor.

"Jangan fikir yang bukan bukan sayang. I still love you. I cuma nak tanyakan tentang perkembangan pelajaran Nad. Itu sahaja".

Kata Dato Kamarul yang cuba membuat Suize tidak berfikiran yang bukan bukan tentang dia dan Noor.

"Ok lah u. Kita jumpa esok sahaja lah. Dah lah i nak tidur".

Dato melihat jam ditangannya, baru pukul 8.20malam.

"Awalnya dia nak tidur".

Bisik Dato Kamarul, bila Suzie kata hendak tidur. Dato Kamarul tahu yang Suzie memarahinya.

"Ok sayang. Sweet dreams".

"Hmmm"

Balas Suzie dan lantas memutuskan talian.

"Marah betul tu".

Bisik Dato Kamarul dan dia terseyum sendiri. Melihat gelagat Suzie yang sedang marah kepadanya. Tak sampai rasanya hati, bila melihat Suzie marah begitu. Dato Kamarul lantas masuk kedalam bilik bersiap siap, untuk berjumpa kekasih hatinya.

Noor sampai kerumah Dato Kamarul pada pukul 8.30malam. Nadia sudah bersiap sedia duduk di ruang belajar. Bila terdengar sahaja bunyi kereta Noor. Nadia berlari kepintu utama. Dan bersiap sedia membuka pintu untuk Noor. Terseyum Noor, bila melihat Nadia sudah menunggunya dihadapan pintu. Mereka berjalan beriringan pergi ke ruang belajar. Dato Kamarul turun kebawah dengan berpakaian kemas, sambil memegang sampul surat berisi duit ditanganbya. Berkerut dahi Nadia, bila melihat Babanya berbaju cantik.

"Baba nak pergi mana? Kata nak jumpa cikgu Noor?"

"Ohh, Baba nak keluar. Baba adahal sikit".

Balas Dato Kamarul kepada Nadia.

"Maaf cikgu. Saya kena keluar. Baru ingat nak berborak borak dengan cikgu tentang, perkembangan Nadia".

"Tak apa dato. Next tima kita boleh bincang. Dato uruskan dulu hal dato".

Balas Noor dengan senyuman manis. Tersenyum dato Kamarul.

"Terima kasih cikgu. Ini bayaran tusyen Nadia".

Dato Kamarul menghulurkan sampul itu dan disambut oleh cikgu Noor.

"Terima kasih dato".

"Sama sama kasih".

Dato Kamarul sempat bergurau dengan Noor. Tersipu sipu malu Noor. Bila Dato Kamarul, kata begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience